8 Mei 2012

Nasi Tomato




Bahan-bahan ( Untuk 8 Orang )
500gm Beras Wangi - dibasuh & disejat
500gm Beras Biasa - dibasuh & disejat
150g Minyak Sapi/Marjerin
2 Bunga Cengkih
1 Bunga Lawang
3 Buah Pelaga
5cm Kayu Manis
1 Labu Bawang Besar (dicincang)
150 ml Puri Tomato
1.5 ml Air
Garam secukup rasa

Bahan Dikisar :
2 Ulas Bawang Putih
5 Biji Bawang Merah
1 Labu Bawang Besar
1.5 cm Halia

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis 1 hingga 2 minit.
  2. Bubuh bahan kisar kacau hingga wangi.
  3. Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Letak beras dan gaul.
  4. Kemudian letak air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutp periuk.
  5. Siap dimasak.

2 comments

8 Mei 2012 11:42:00 PG

nyum2...sedapnyer.

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Lg sedap klu try cuba buat kat rumah hehe..