Hari Sabtu lepas Aini tengok Drama Tv3 Mencintaimu lakonan Eman Manan dan Sharifah Amani.Dia tanya pada anak saudara die kenapa cincin disarungkan dijari manis.Lantas di suruh anak buahnya buat sedemikian rupa.
- Pertama, tunjukkan telapak tangan Anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).
- Kemudian, 4 jari yang lain Ditemukan hujungnya.
- Cuba buka ibu jari anda, - ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia akan sakit dan meninggalkan kita suatu hari nanti.
- Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, - jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
- Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, - yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
- Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan mendapati jari tersebut tidak akan boleh dibuka. - Kerana Jari manis ini mewakili suami dan isteri. selama hidup Anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.Itulah alasan cincin kahwin perlu disematkan di jari manis. Anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.
Info Tambahan Untuk Umat Islam :
Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.
Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw.Namun, yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.
Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang.Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali r.a. "Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya."
Kebolehan memakai cincin perak aka silver:
Berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ].

1 comment
info yg menarik ! :)
hmm ,jari manis xleh buka :)