29 Disember 2012

Berkenan Samsung I9300 Galaxy S III


Asslammualaikum

Tak sabar nak tunggu tahun 2013 sebabnya En.Husband dah janji nak tukarkan smartphone baru untuk Aini.Horey!!!.

Kononnya nak tunggu Rebet RM200 tu tapi tgk syaratnya semua ok yang tak berapa nak ok tu Maksimum harga smartphone yang RM500 jek.Hampeh plak..Punah ler nak dapat rebet tu.Takpe yang penting En.Husband sudi nak tukarkan yang baru.Hihihi..Asal tukar tahun baru jek mesti phone nak baru jg.Melampau ni.Tapi apakan daya orang dah offer tak kan nak menolak plak kan.Rugi..Rugi..Alah bukan selalu pun setahun sekali jerk.

Haritu En,Husband dah ajak tengok phone kat kedai Samsung, belek punya belek touch sana touch sni sekali berkenan lah plak dengan Samsung I9300 Galaxy S IIISebabnya bila touch smooth jek.Terus jatuh cinta plak.Ha..Kini dilemma plak nak pilih warna phone.Korunk blh bantu Aini tak warna apa yang paling menarik ek.Kat bawah ni ada 3 pilihan yang berkenan tapi tak comfirm lg warna apa yang jadi idaman hati ni.Tolong bagi Recommend skit eh..Plz...

Pebble Blue

Garnet Red

Titanium Grey


Klu suka entri nie Plz LIKE

28 Disember 2012

Segment : King Follow Back by Amercorner



Segmen lagi by Amercorner.Seperti kebiasaan nak join klik banner di atas secepat mungkin sebab tarikh tutup tak lama jek lagi.

Jumlah Follower Pada Saat Ini:

Semua syarat telah dipenuhi.Sekian,Selamat berfollow :)




Klu suka entri nie Plz LIKE

21 Disember 2012

Segmen : Memori 2012 Terpahat di Ingatan


Assalammualaikum


Secara tak sengaja terjumpa plak segmen ni kat blog Aisyah Humaira nampak macam menarik.So mummy budak pun nak juga kongsi memori 2012.Sesiapa nak join klik jek banner atas tu ek.


Tahun 2012 banyak meninggalkan memori pada Aini.Syukur Alhamdulillah tahun 2012 ini kami bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga kami. Pada 26 Ogos 2012,merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi kami sekeluarga kerana pada tarikh itu lah Aini telah selamat melahirkan putera kedua seberat 2.36kg pada jam 5:55 pm di Hospital Suitan Ismail,JB. Putera Aini ini telah diberikan nama Muhammad Darwish Rifqi bin Mohd Hamizan.


Ini dia budak comei yang baru kuar dari perutku

Pengalaman bersalin kali kedua ini banyak meninggalkan memori.Aini bersalin secara normal tp terpaksa diinduce coz ada Aini ada GDM.Ini juga merupakan memori yang takkan dilupakan sepanjang hayat apabila merasai bagaimana bersalin secara induce.Paling terharu bila husband Aini dapat menemani Aini ketika berada di dalam laboor room di saat-saat getir.Terima kasih Sayang...!!!Ini kerana sebelum ni hubby tak sempat nak masuk laboor room Aini dah bersalin dah.



Kini si comel ini sudah pun berusia 3 bulan.Sudah pandai jerit-jerit.Malah tak boleh tak nampak mummy die nanti sekejap jek dah nangis mencari.Maklumlah muka copy paste mummy..Hihihi..


Dah mula pandai meniarap dah..Memang dah tak boleh nak tinggal sekejap ini budak.

Sekian sahaja kisah memori 2012 yang terpahat di ingatan Aini.sampai bila-bila pun tak kan terpadam memori ini.Maaf entri pendek kejor masa nak type panjang-panjang baby lak nangis so ini jek lah yang dapat hihi..

Sayang anak-anak mummy!!!!...


Tag: Semua yang datang baca blog ini.Terima kasih :)




Klu suka entri nie Plz LIKE

19 Disember 2012

Cara Pasang Fungsi Threaded Comment


Assalammualaikum
Disebabkan ada yang request macam mana Aini buat butang relpy bawah gambar seperti gambar dibawah :
Maka tak nak menghampakan beliau Aini pun buat jugalah.Tapi tuto ni perlu berhati-hati yer.Sila pastikan buat backup dulu sebelum melakukan tutorial ini.Jika tidak kamu akan menyesal jika ianya tidak menjadi.Ingat backup dulu!!!

Fungsinya adalah memudahkan untuk membalas setiap komen yang diberikan.Hanya klik pada Reply untuk membalas setiap komen tersebut dan komen yang di reply itu akan berada di bawah setiap komen yang diberikan oleh pembaca.Ikuti langkah dibawah:

1. Log in dashboard--> Template --> Edit HTML --> Proceed.

2. Seterusnya tick "Expand Widget Templates"

3. Dengan menggunakan keyboard, tekan "Ctrl+F" cari kod ]]></b:skin>

4. Copy dan paste kod css ini, di atas atau sebelum kod ]]></b:skin>
#comments h4 {
font-size: 24px;
font-weight: normal;
margin: 20px 0;
}
.cm_wrap {
clear: both;
margin-bottom: 10px;
float: right;
width: 100%;
}
.cm_head {
margin: 0;
width: 70px;
float: left;
}
.cm_avatar {
margin: 0;
vertical-align: middle;
border: 1px solid #DDD;
padding: 3px;
background-image: url(http://3.bp.blogspot.com/-PmKxzY3m4xc/TrH6vjTcW7I/AAAAAAAABbU/bjyOcVut-AA/s60/684c851af59965b680086b7b4896ff98.png);
background-position:center;
background-repeat:no-repeat;
width: 35px;
height: 35px;
}
.cm_reply {
padding-top: 5px;
}
.cm_reply a {
display: inline-block;
margin: 0;
padding: 1px 6px;
border: 1px solid #C4C4C4;
border-top-color: #E4E4E4;
border-left-color: #E4E4E4;
color: #424242 !important;
text-align: center;
text-shadow: 0 -1px 0 white;
text-decoration: none;
-webkit-border-radius: 2px;
-moz-border-radius: 2px;
border-radius: 2px;
background: #EDEDED;
background: -webkit-gradient( linear, left top, left bottom, color-stop(.2, white), color-stop(1, #E5E5E5) );
background: -moz-linear-gradient( center top, white 20%, #E5E5E5 100% );
font: 11px/18px sans-serif;
}
.cm_reply a:hover {
text-decoration: none !important;;
background: #ccc;;
background: -webkit-gradient(linear,left top,left bottom,color-stop(.2, #eeeeee),color-stop(1, #cccccc));;
background: -moz-linear-gradient(center top,#eeeeee 20%,#cccccc 100%);;
}
.cm_entry {
padding: 16px;
background: #F7F7F7;
border: 1px solid #E4E4E4;
overflow: hidden;
}
.cm_arrow {
display: block;
width: 9px;
height: 18px;
background: url(http://3.bp.blogspot.com/-NONrBLhghFk/To0nNB1LmkI/AAAAAAAAAI4/CAuzDfYiCiU/s1600/comment-arrow.gif) no-repeat;
position: absolute;
margin-left: -25px;
}
.cm_info {
margin-bottom: 5px;
}
.cm_name {
font-weight: bold;
font-size: 12px;
float: left;
}
.cm_date {
font-size: 10px;
float: right;
font-style: italic;
color: #CCC;
}
.cm_entry p {
margin: 0;
font-size: 13px;
color: #666;
}
.cm_pagenavi {
font-size: 10px;
text-transform: uppercase;
color: #666;
text-shadow: 1px 1px white;
font-weight: bold;
}
.cm_pagenavi a {
color: #666;
text-decoration: none;
padding:10px;
}
.cm_pagenavi a:hover {
text-decoration: underline
}
.cm_pagenavi span {
color: #888;
background: white;
padding: 4px;
border: 1px solid #E0E0E0;
}

5. Seterusnya, dengan menggunakan keyboard, tekan "Ctrl+F" cari pula kod </body>

6. Copy dan paste kod ini, di atas atau sebelum kod </body>
<script type="text/javascript" src="http://javscript-code.googlecode.com/files/threaded%20comment.js"></script>                                                                             

7. Seterusnya, copy dan paste kod ini pada notepad dan edit pada kod yang di bold merah dengan menggantikannya dengan ID Blog anda.

Contoh ID blog saya : http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4823928882486752556
<div class='comments' id='comments'>
<a name='comments'/>
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<h4>
<b:if cond='data:post.numComments &gt; 0'>
<b:if cond='data:post.numComments == 1'>
<span id='cm_total'>1</span> comment
<b:else/>
<span id='cm_total'><data:post.numComments/></span> comments
</b:if>
</b:if>
</h4>
<div id='cm_reply_css'></div>
<div class='cm_pagenavi' id='cm_page'></div>
<div id='cm_block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<b:else/>
<div expr:id='data:comment.anchorName'>
<div class='cm_wrap'>
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
<div class='cm_head'>
<div class='cm_avatar'>
<b:if cond='data:blog.enabledCommentProfileImages'>
<data:comment.authorAvatarImage/>
</b:if>
</div>
<div class='cm_reply'>
<a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID

4823928882486752556=&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=600,height=500&quot;); return false;'>Reply</a> </div>
</div>
<div class='cm_entry'>
<span class='cm_arrow'></span>
<div class='cm_info'>
<div class='cm_name'>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow' target='_blank'>
<data:comment.author/>
</a>
<b:else/>
<b><data:comment.author/></b>
</b:if>
</div>
<div class='cm_date'>
<data:comment.timestamp/>
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
</div>
<div class='clear'/>
</div>
<p><data:comment.body/></p>
</div>
</div>
</div>
</b:if>
</b:loop>
</div>
<div class='cm_pagenavi' id='cm_page_copy'></div>
<b:if cond='data:post.embedCommentForm'>
<b:if cond='data:post.allowNewComments'>
<b:include data='post' name='comment-form'/>
<b:else/>
<data:post.noNewCommentsText/>
</b:if>
<b:else/>
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a>
</b:if>
</b:if>
</b:if>
</div>

8. Seterusnya adalah langkah akhir yang merumitkan sedikit. Kembali kepada script template anda. Dengan menggunakan keyboard, tekan "Ctrl+F" cari pula kod <b:includable id='comments' var='post'>

Selepas menjumpai kod tersebut, delete kod-kod yang bermula selepas kod <b:includable id='comments' var='post'> hingga sebelum kod </b:includable>

Contoh:

<b:includable id='comments' var='post'>
<div class='comments' id='comments'>
  <a name='comments'/>
  <b:if cond='data:post.allowComments'>
        <h4>
             <b:if cond='data:post.numComments &gt; 0'>
          <b:if cond='data:post.numComments == 1'>
            <span id='cm_total'>1</span> comment
          <b:else/>
            <span id='cm_total'><data:post.numComments/></span> comments
          </b:if>
        </b:if>
        </h4>
       ------------ Sebahagian daripada kod yang perlu di delete -------------------

      <b:include data='post' name='comment-form'/>
            <b:else/>
                <data:post.noNewCommentsText/>
            </b:if>
            <b:else/>
            <b:if cond='data:post.allowComments'>
                <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a>
            </b:if>
    </b:if>
  </b:if>
  </div>
</b:includable>

9. Kemudian, copy kod yang telah siap di edit pada notepad ( rujuk langkah ke 7) dan paste pada kod yang telah anda delete pada langkah ke 8 di atas.

<b:includable id='comments' var='post'>
Paste kod yang siap di edit pada notepad di bahagian ini
</b:includable>

10. Akhir sekali, klik PREVIEW. Jika tiada sebarang mesej error terpapar, klik Save.

p/s:
 1. Sila pastikan anda membuat backup pada script template sebelum membuat tutorial ini.

2. Pastikan setting Comment Location anda adalah Embedded (Lokasi Ulasan = Terbenam).

3. Jika avatar(gambar profile) comment tidak berada betul-betul di tengah kotak, sila cari kod css yang seperti ini dan delete.


.avatar-image-container {margin: .2em 0 0;}#comments .avatar-image-container img {border: 1px solid #eeeeee;}


Kredit : MariBinaBlog


Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Disember 2012

Parut Keju Yang Rock


Assalammualaikum


Nak parut keju sambil rasa seronok ni lah die parut keju di abad ini yang rock dan berstyle.Haha..Lakukan dengan gaya tersendiri sambil memarut.Dekat Malaysia ada jual ker yang mcm ni ek? Kreatif plak orang yang cipta benda alah ni kan.Hish!!Ni klu anak Aini nampak comfirm die nak buat main tak pasal-pasal ape jek die parut nti..Hehehe..

Haha lepas ni jangan ada pula yang buat konsert dengan menggunakan parut keju ni.Ni untuk kegunaan di dapur jek tau untuk memudahkan kerja.



Klu suka entri nie Plz LIKE

13 Disember 2012

Segmen Aku Gila Blog




Mari-mari kita meriahkan lagi segmen CikFie ni..Tak bermaksud klu join segmen ni korunk akan gila erk..(Hahaha takut ada yg salah anggap jerk nti).

Macam mana cara penyertaan senang jek klik banner yg sweet tu nti direct boleh tau..Kan senangkan..Hehehe..



Klu suka entri nie Plz LIKE

12 Disember 2012

5 Kaedah Bersalin


Terdapat 5 kaedah bersalin. Pilihan akan ditentukan berdasarkan keadaan ibu dan bayi.

1. Bersalin spontan melalui vagina
2. Bersalin menggunakan forcep
3. Bersalin menggunakan vakum
4. Bersalin songsang
5. Bersalin melalui pembedahan


1. Bersalin spontan melalui vagina



-Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.

Prosedur

1. Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2. Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.

3. Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4. Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5. Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6. Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.

7. Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan).

8. Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.

9. Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10. Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting.

11. Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12. Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.
kembali ke atas


2. Bersalin menggunakan forcep



Syarat-syarat untuk bersalin menggunakan forsep

1. Doktor akan memastikan serviks telah terbuka sepenuhnya. Ini kerana serviks yang tidak terbuka akan menjadi penghalang untuk menggunakan forsep.

2. Persembahan bayi mestilah sama ada puncak ataupun muka.

3. Kepala bayi harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks.

4. Pundi kencing mesti dikosongkan.

Prosedur

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi san saluran kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran.

2. Doktor akan memeriksa tulang pelvis bakal ibu dan kedudukan kepala bayi sebelum memasukkan forsep.

3. Anda akan diletakkan pada kedudukan lithotomy (kedua-dua belah kaki diletakkan di atas pemegang di bahagian sisi katil).

4. Kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.

5. Sekiranya perlu, doktor akan membuat episiotomi untuk meluaskan lagi bukaan untuk memudahkan forsep dimasukkan dan seterusnya memegang kepala bayi.

6. Apabila forsep telah memegang kepala bayi, doktor akan menarik dan pada amasa yang sama anda perlu meneran untuk membantu bayi keluar.
kembali ke atas


3. Bersalin menggunakan vakum


Prosedur

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.

2. Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.

3. Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy)

4. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.

5. Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.

6. Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.

7. Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.

8. Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.

9. Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.

10. Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.

11. Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.

12. Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.

13. Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.

14. Plasenta akan dikeluarkan.

15. Luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.

16. Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan.


4. Bersalin songsang

Terdapat 3 persembahan songsang:

Extended or frank breech - punggung bersama paha akan dibengkokkan bertentangan dengan dada dan lutut tidak akan membengkok.
Flexed breech - punggung bersama paha akan membengkok bertentangan dengan dada tetapi lutut turut membengkok juga.
Footling breech - lutut dan punggung tidak akan membengkok dan kaki terletak dibahagian bahagian bawah sekali.
Sebelum bersalin secara sonsang, beberapa keadaan perlu dikenalpasti:

1. Bayi mestilah berat kurang dari 2.5 kg.
2. Bahagian punggung tidak terlalu kecil.
3. Pembukaan faraj adalah sepenuhnya lebar.

Prosedur :

1. Anesthesia (ubat bius) digunakan semasa bersalin secara songsang. Episiotomy selalu digunakan untuk membenarkan pembesaran pembukaan faraj. Bahagian punggung akan dibawa keluar diikuti dengan badan dan bahu.

2. Kadangkala forcep digunakan untuk bersalin secara songsang.

3. Jika masa untuk bersalin sudah terlewat, doktor akan memilih cara bersalin secara pembedahan (caesarean section).kembali ke atas


5. Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)


Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.

Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.

Mengapa anda memerlukan caesarean section ?

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:

1. kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :

1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Prosedur

1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.

2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.

3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.

4. Saluran intravena juga akan dimasukkan.

5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.

6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.

7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.

8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.

9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.

10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik

11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.

12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.

13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?

1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .

Mitos

Mitos 1:
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta:
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2:
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta:
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Mitos 3:
Sebelum bersalin seseorang wanita yang mengandung boleh dijangka untuk bersalin melalui faraj atau sebaliknya.

Fakta:
Beberapa kajian telah menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk sesetengah bayi. Kaedah ‘ultrasound mempunyai 10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi. Oleh itu, kebanyakan doktor mendapati kesesuaian seseorang wanita untuk bersalin melaui faraj adalah melalui ujian makmal.




Klu suka entri nie Plz LIKE

5 Disember 2012

Teknik Urutan Bayi



Teknik urutan bayi ada pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...



  • Muka
Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.

Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.
Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

  • Dada
Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.
Tangan dan Lengan

Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

  • Kaki
Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
Betis diurut dengan kedua ibu jari.
Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

  • Perut
Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.


#Note: Untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang lain :)


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 Disember 2012

Stroller Pulsa Joger Sweet Cherry


Assalammualaikum,

Cerita sebelum ni beli stroller online time nak delivery brg hilang kat kurier.Nak tau mcm ner citer nye leh tgk kisahnya di sini----->>KiSAh StrOlleR HiLanG<<-----

Brg Baru Sampai ni...

Sehari lepas kejadian tu pihak berkenaan hantar yg lain sebagai ganti kali ni gne perkhidmatan kurier Gdex..Sehari jek dah sampai pd tgn.Wow dgn xmenyabarnya nak tgk secara real bentuk rupa stroller baru tu..
Tu dia rupa yang real..

Seronok sgt sebab harga sgt murah n berpatutan Rm149.00 jerk yg best ringan plak tu.Lagipun dr dulu mmg berkenan sgt nak stroller jenis tayar depan 1 bru ada style kan..cewah..Baby Awish pun suke dok dalam stroller tu,diam jek.Hihi..Nak beli online mcm Aini pun blh kat sini-->Stroller Online<-- nak tgk sendiri blh pg mane-mane cawangan Jusco.

Sebelum ni ada juga jenis mcm ni nama nya Tulsa Jogger tp Sweet Cherry dah tak kuarkan model Lc200-Tulsa Jogger.Digantikan dengan model Lc100 Pulsa Jogger plak lebih menarik design nya.Design sikit lebih kurang jek dengan Pulsa Jogger cer tgk perbezaan gambar kat bawah nie : 


Ni antara ciri-ciri yang ada pada stroller Pulsa Jogger:


  • boleh digunakan utk sicomel anda yg baru lahir hingga knk2 4thn.
  • tempat duduk boleh diselaraskan dr posisi duduk & baring.- toy tray dihadapan stroller yg boleh dipasang & ditanggalkan.
  • mempunyai tingkap kecil dikiri & kanan stroller.
  • tayar hadapan yg boleh diubah utk bergerak bebas/lurus.dn ada brek pd tayar belakang.
  • bumbung stroller boleh dilipat & ditanggalkan.
  • tali pinggang keselamatan utk pinggang & bahu simanja.
  • bakul dibahagian bwh stroller utk meletakkan brg.
  • mudah utk dibuka,dilipat & dikendalikan.
  • sesuai utk travel kerana stroller xberat.


Mood nak jalan2 dengan baby Awish naik stroller baru..Horay...!!!





Klu suka entri nie Plz LIKE

3 Disember 2012

"Year End Giveaway By Cik Bunny"



Wow Cik Bunny wat GA lg lah..meh ler join.Nak join klik banner atas ek..
Hadiah best menanti.Nak tau hadiah ape klik banner atas tu jek :)








Klu suka entri nie Plz LIKE

27 November 2012

♥ Birthday GA by Sharina ♥


Assalammualaikum

Photobucket

Jom join GA ni bagi yang berminat sila klik banner atas ni ek..Sure best ni.

♥ Birthday GA by Sharina sponsored by 
Lyssa,Eita,Maisarah,KinaApitShida and Atiqah ♥ 
thanks a lot :)


Klu suka entri nie Plz LIKE

23 November 2012

KENAPA BABY COMEL KITA TERSEDAK SUSU





KENAPA BABY COMEL KITA TERSEDAK SUSU ..?

Tak lama dulu kita ada mendengar kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekeliling menjaganya.

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.


Sebab-sebab bayi tersedak susu

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu adalah salah.


Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).

- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

- Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..

- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

- Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.


kredit to--->Kelab Penyusuan Si Manja




Klu suka entri nie Plz LIKE

21 November 2012

Beli Barang Online Tapi Hilang Kat Kurier


Assalammualaikum

Pengalaman yang tak pernah ku alami selama ini akhirnya ku alami nya juga.Tabiat Aini suka beli barang online ni memang sejak dulu lagi.Disebabkan kecanggihan zaman skang ni nak beli just order n buat payment n then tgu jek kat umah brg pun sampai depan pintu.Tak pernah terlintas dalam kepala otak ni yang beli online ni mudah kena tipu sebabnya Aini akan selidik dlu sebelum nak berurusan dengan seller online ni.


Sebelum ni xde timbul masalah besar just masalah lambat hantar atau tersalah hantar tu jek.Tapi kali ni Aini ada beli stroller dengan Sweetcherry Online.Barang tu dikatakan proses 5 hari bekerja baru sampai.Ok lah Aini tunggu disebabkan buat Aini buat order n payment pada 6 Nov 2012.So untuk proceed kne tgu 2 3 hari.Maka 8 Nov bru proceed n brg pun dah di pos gne kurier KTM.

Tunggu 5 hari waktu berkerja dr 8,9,12,14 & 16 Nov (10,11,13,15 Nov ari tak bekerja ada public holiday) masih tak sampai juga.so blh sabar lg ni.Hari Isnin berikutnya Aini call Sweetcherry tnya knape brg still x sampai lg die org pun terkejut knape tak sampai sepatutnya dah sampai.Cek punya cek call KTM kl pastu KTM Jb lg.Masing2 ckp xde rekod brg tu pd die org.Call lg Sweetcherry die pg settle kan n nti die org call back.Hati Aini dah rase lain mcm jek.Mesti ada yang tak kena dengan brg ni.

Tgu punya tgu sweetcherry  call back Aini,ape yang memeranjatkan Aini die orang cakap brg Aini hilang dekat KTM.Terkezut ku dengar brg hilang.Mak oi bukan harga barang tu setakat rm 10 20 30 tau ni barang harga beratus-ratus blh hilang.Naya aku mcm ni.Amat mengecewakan.Nasib baik dan bersyukurlah yang pihak Sweetcherry tu mahu bertanggungjawab atas kehilangan barang Aini kemudian di gantikan dengan yang lain n servis kurier lain.

Pengajaran lain kali klu nak beli barang yang mahal-mahal tak mo dah guna KTM lambat bek gne kurier yg servis cepat..Sekali kena dengan TM mahu serik Aini.


Klu suka entri nie Plz LIKE

20 November 2012

Fenomena Durian Crepe


Assalammualaikum

Fenomena Durian Crepe telah melanda di negara kita sekarang ni.Sana-sini bercakap tentang Durian Crepe.Amboi mcm hebat jek makanan ni sampai semua org cakap sedaaapp!!.Aini mmg lama teringin nak makan durian crepe ni tp nak bli kena by hand tak boleh post.Kang berkulat lah pulak yer..


Akhirnya baru ketahuan yang jiran kampungku ada membuatnya.Huh ape lg Aini cuba untuk merasai kenikmatan Durian Crepe ni.Nak buat jgn harap ler Aini fail bab2 kuih-kuih ni hahaha..Tau makan ajer..


Sekali dah rasa comfirm mmg tak cukup klu order 1 set ni pasti kena order 2 3 set lg.Hahaha..memang meletop-letop dlm mulut bila mkn ni..kebaabomm.hihi..Lihat lah isipadu dalamnya yang padat.Memang lazat di nikmati bersama keluarga..

Sape yg belum merasa penangan durian crepe ni ape lg cuba try lh yer..cari di sekitar kawasan korang..Hehehe selamat mencuba yer kawan-kawan..Nyumm..nyumm..



Klu suka entri nie Plz LIKE

6 November 2012

Stroller Disney Baby


Assalammualaikum
Hari ni Aini nak let go stroller disney ni plak..hihi disebabkan jarang sangat digunakan lalu menyempitkan rumah so let go jek lah yer..Siapa berminat leh ler inbox eh FB Aini.Harga let go RM250 tp still lg blh nego..Siapa yg sedang mencari stroller dengan harga cun meh ler...Tq sebelum tu tgk dlu gambar kat bawah ni ek..Ada serta kan skali die punya features.TQ

 Setelah di lipat untuk disimpan

 posisi hadapanya

posisi di sisinya

Features:
1. Two way pushing function: Reversible handle - Easy for parent to care for the baby
2. 5-point safety harness
3. Integrated braking system
4. Front wheels with strong suspension - Front wheels could absorb the wallop from the road, more comfortable & safe
5. Large storage basket convenient for shopping
6. Multi-position adjustable backrest - Baby can sit or lie
7. Adjustable canopy with peek-a-boo window
8. One-hand adjustable reclining seat
9. Parent cupholder
10. Large storage basketFB Aini


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 November 2012

Wow Mables Terangkat Beb


Assalammualaikum


Thanks My Love bawa wife awak makan Wastern Food.Masuk kali ni dah 2 kali makan Chicken Chop kat sni.Walaupun Restoran Tok Mak ni baru beroperasi makanan yang disediakan memang sedap-sedap lah..Senang citer makan mesti sampai licin lah.Dah jadi dalam senarai pilihan tempat makan untuk kami sefamily tau.

Orang-orang KOTA TINGGI boleh lah cuba yer..Yang mana nak berjalan ke KOTA TINGGI blh try singgah RESTORAN TOK MAK (Selera Fateha) di Taman Daiman dan merasa kenikmatan makanannya..Wah mcm buat promosi pulak..Tokey kedai lps ni blh bg diskaun ek lau makan kat sana sbb dah tolong promote ni..Hahaha..




Klu suka entri nie Plz LIKE

3 November 2012

Manfaat Bayi Susu Ibu



Just for sharing untuk mommy semua..:)
Memang susu yang terbaik di dunia ini adalah SUSU IBU


Klu suka entri nie Plz LIKE

Untung Budak Zaman Sekarang


Assalammualaikum

Abang Danish dapat gadget baru dari daddy.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
v
Jeng..Jeng..Jeng...
Tq Daddy ~~~
~Tablet PC Nautica II~

Bertuah sungguh jadi anak zaman skang ni kan ape sume benda blh dpt.Beruntunglah kan.Kita dulu xdapat pun mcm tu kan sbb mak ayah kita tak mampu nak bagi.Belikan die ni sebab asyik gado jek nak main org lain punya.Siankan budak kecik mcm tu harus diperkembangkan mindanya dengan benda-benda baru.Tak lah nanti rasa "jakun".hihihi..

Walaupun tab ni harganya murah..(Murah ke? Rm250) bermanfaat untuk semua peringkat umur.Bukan setakat boleh buat main game jek tau tapi boleh dapat ilmu melalui tab ni jg.Jangan salah ilmu sudah ler..Salah satunya adalah sebagai media belajar anak kerana banyak dari aplikasi android yang dapat kita manfaat untuk membantu edukasi anak kita.

Daddy blikan tab ni melalui online jek,rasa gerun lah jg walaupun harganya x mahal tp takut jg kes mcm beli tab sekali dapat lesung batu ke.Ha amik ko klu kne mcm tu mau tak naya ke..Tapi nasib baik syukur Alhamdulillah tak terkena.Sebelum nak bli tu selidik btol2.Nak beli boleh ler tgk kat FB Gadjet Shop 

Ha,selepas adanya tab ni setiap kali bangun pagi jek mesti die minta nak ipad katanya walaupun ni tab sebenarnya.Abang Danish suka dengan aplikasi Alif Ba Ta sebab die suka mengaji.hahaha.Ish bila dah ada tab ni senang sikit adiknya nak tido klu tak Abang Danish ni selalu kaco adik tido.Guna sebaik mungkin yer wahai anak-anak ku sekalian.


Klu suka entri nie Plz LIKE

24 Oktober 2012

Siapa mau cepat!!!


Assalammualaikum

Perhatian!!!!!!!

Hari ni Aini nak lelong Pencuci Muka Charcoal BARU lg seal pun tak buka.
Dulu tamak beli banyak sampai 2pcs (byk ker tu? haha) guna 1 pcs jek pastu gatai tukar pencuci produk lain.Maka tggl 1pcs tak guna dari simpan bek lelongkan blh bt duit topup.Ewah..hihi


Sesiapa yang terbaca dan berminat dengan produk ni sila inbox yer..Ini kerana hanya ada 1pcs jek.Harga mmg tip top bg kaw2 punya harga..

Hanya ada 1pcs SAHAJA!!!!!!!

Cepat!!Cepat!!Siapa Cepat Dia Dapat


Klu suka entri nie Plz LIKE

Pengalaman Bersalin Anak Kedua


Assalammualaikum
Alhamdulillah Aini selamat melahirkan 2nd junior baby boy pada hari Ahad 26 Ogos 2012 di Hospital Sultan Ismail JB secara normal.Pada 25 Ogos Aini kena admit ward sebab utama Aini ada masalah GDM.Terpaksa lah serah diri walaupun xde rase pape lg dlm kul 8mlm bru Aini pg hospital.Sampai sana kne masuk bilik saringan dlu doc nak cek jalan.So lpas doc dh cek die ckp jln dah buka 2cm.Doc ckp esok pagi baru bg induce.Maka terpaksa tido kat hotel hospital second class 1 bilik 4 org.Tapi dalam tu hanya ada 2 patient jek termasuk Aini.

Sewaktu muka tenang sebab tak sakit lagi..Hihi

Esoknya,hari Ahad 26 Ogos 2012 (My Edd) pagi doc cek jln dah buka 3cm.Tapi doc ckp laboor room penuh so kne tgu ada kekosongan baru bawa turun.Pada kul 11.30pg nurse dtg nak bawa Aini masuk laboor room.Masa tu perasaan dah takut yelah xde sakit tetiba kne bawa bilik bersalin plak.Kecut perut dibuatnya.Sampai laboor room cek jln lg dah buka 4cm masih lg xde rase contraction.Dulu anak pertama dah sakit2 dh yg ni xde plak.Kul 12.30 tgh ari buat CTG kemudian tgn kanan kiri dh masuk air lepas tu doc pecahkan air ketuban.Nsib ler xsakit masa tue.(Seriau tgk benda pnjang pastu depannya tajam plak tu.) Still kena tgu 2jam dlu doc kata "awak tido dlu lah eh".Aini pun terlelap sekejap.Tepat jam 2.30 ptg aku kne masuk ubat jenis drip water.Lepas beberapa jam aku masih lg relax tak rasa sakit pape pun.Wah hebat nya aku ni.Siap nurse tanya "tak ada rasa sakit ker dik" Aini hanya gelengkan kepala saja.Siap boleh terlelap sekali lg sampai lah doc kejut nak cek jln kali ni dh 6cm plak masih lg tak ada rse sakit .

Lepas dua jam Aini dh start rse contraction.Makin lama makin sakit.Sakit tu dtg melampau2..Tersangatlah sakit tak sama mcm sakit bersalin natural.Tiba-tiba terasa mcm sesuatu nak keluar Aini suh husband pggil doc,Doc pun sampai tgk CTG kemudian sempat lg cek jln tu skali dh 8cm doc tu xsure blh kuar ker x maklumlah doc pelatih.Sekali dengan tak semena datang doc pakar die ckp "dik klu rse nak teran tu teran jek lah dik".Aini ape lg trus push ler..Alhamdulillah 3 kali push keluarlah My Hero Junior tepat jam 5.55 ptg.Terus husband kucup dahi.Fuhh lega dah dr menanggung kesakitan tu.Confirm lps ni mmg serik nak kna induce lg..Biar lah bersalin natural jek.

Si comel yang baru kuar dari perut mummy seberat 2.36kg



Klu suka entri nie Plz LIKE

19 Oktober 2012

Eca Year End Giveaway #1

5 Oktober 2012

Sama Tak Muka Kita


Assalammualaikum
Apa khabar para blogger yang sudi mengunjungi blog Aini ni?Lama nya tak update kan..Hihi xde masa lah buzy dengan new baby ni.So kali ni just nak update entri ringkas jek.Blh kan..??

Hihi..sama tak muka kami ni?..hehe baru adil anak yang first orang asyik ckp mcm muka husband jek.Jeles tau..Akhirnya yang 2nd ni dpt jg muka iras mummynya plak..Hihi..syukur sangat2.So pasni tak yah gado2 pasal muka ikut sape lg masing2 dah ada copy pada anak2.

Now baby Awish dah sebulan lebih.Dah nampak org..Lg best dah kenal suara mummy die..Huhuhu.Berat baby pun dah 3kg lebih.Bby Awish breastfeeding..Harapan smoga berjaya BF bby Awish sampai usia 2 tahun.Sebab abg die dlu sebulan jek BF oleh kerana susu tak cukup die melalak jek.Terpaksa bg susu formula lama2 die x mau BF lg.Kali ni try usaha nak berjaya Bf anak.

So lagi 3 hari jek nak abiz pantang 44 hari..Fuh!!lega lepas dr pantang.Sian time raya tak dapat pg openhouse.Makan mcm2 balik2 mkn lauk pantang jek.Hihi..Tu lah besalin time raya mana xnye kan.Tapi yang pasti lepas abiz pantang ni dah idam nak mkn mcm2.

Sekian entri ringkas untuk kali ni.Next time kita story lagi yer..Bubye..:)


Klu suka entri nie Plz LIKE

10 September 2012

Super Hero Baru!!!!


Assalammualaikum
Dengan rasminya inilah putera kedua Aini...Comei x hihihi

Setelah sekian lama tak update blog baru hari ni berkesempatan nak update entri oleh kerana sedang berada dalam pantang lg ni.Ni pun curi masa skit nak on blog.hihi..

Syukur Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2012, (on due date) tepat jam 5.55pm Aini telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.36kg di Hospital Suitan Ismail,JB.Aini bersalin secara normal tp terpaksa induce coz ada Aini ada GDM..Putera Aini ini telah diberikan nama Muhammad Darwish Rifqi bin Mohd Hamizan.

Ikuti sambungan cerita selanjutnya dalam entri akan datang yer...Jeng..Jeng..Jeng..

Terima Kasaih atas sokongan anda semua..Luv u All



Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Ogos 2012

Segmen: Blogwalking Sambil Follow


Jom lah join segmen paling simple n mudah.
Caranya klik banner di atas korang akan dpt baca syarat-syarat yg begitu simple jerk.
Selamat bersegmen...


Klu suka entri nie Plz LIKE

13 Ogos 2012

Menghitung Hari Kegembiraan


Assalammualaikum

Masa berlalu begitu cepat kan tinggal lg 5 hari jek untuk kita meninggalkan bulan puasa ni.Arh!!! Mood raya dah dtg tapi dalam masa yang sama juga gementar bercampur kegembiraan sbb org baru tak lama lg dah nak kuar..Happynya..My Little boy bakal dpt kwn.
Ya, Allah!! Permudahkanlah segala urusan ku ini.Semoga semuanya berjalan dengan selamat.Kepada semua blogger yg rajin bg support pada Aini tak kira siapa pun, Aini nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa,menyinggung perasaan org lain atau ada membuat silap dlm penulisan entri Aini selama ini.Harap korang sume doakan supaya Aini selamat yer..

Sebelum tu takut xsempat lah kan..Hihihi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger yg telah follow Aini selama ini..Makan kuih raya tu igt2 lah Aini yerk..hihihi


Klu suka entri nie Plz LIKE

9 Ogos 2012

Jom Try New!! Gluta Collogen Gel


Assalammualaikum

Penggunaan sabun Gluta Collogen (3Bulan)
Sebelum ni Aini ada guna Sabun Gluta Collogenkan mmg best sabunnya.Kebetulan sabun dah abis guna 1 buku selama 3 bulan.Tgk pic perbezaan sebelum n selepas penggunaan kesan tang dahi dah licin,jerawat pun dah jarang kuar.Bintik-bintik kecik pun dah xde.Hihi..Konon nak repeat blik penggunaa sabun ni tp ada keluaran terbaru plak dr Pinkish Beauty.

Ni lah produk keluaran terbaru dari Pinkish Beauty.Berbentuk dalam Gel plak lg senang nak bawa ke mana-mana

Rumusan yang sama cuma bezanya dari sabun diformulasikan menjadi Gel



GLUTATHIONE COLLAGEN GEL
ADALAH SATU PRODUK KELUARAN PINKISH BEAUTY COSMETIC YANG MANA RUMUSANNYA DARI SEJENIS SABUN DIFORMULASIKAN MENJADI GEL.

EKSLUSIF FORMULASI YANG MEMPUNYAI KUALITI BAHAN YANG BERNILAI UNTUK DIJADIKAN DALAM MUTIARA GEL.

FORMULASI TERSEBUT MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG HAMPIR 6 BULAN UNTUK DIHASILKAN OLEH PAKAR FARMASEUTIKAL ANTARABANGSA.


BOLEH DIGUNAKAN DIBAHAGIAN MUKA DAN BADAN.

CARA PENGGUNAAN:
1.BILASKAN MUKA ANDA DENGAN AIR BERSIH DALAM 3- 4 KALI.
2. MULAKAN MENITISKAN GLUTATHIONE COLLAGEN GEL KETAPAK TANGAN YANG BERSIH.
3.MULAKAN CUCIAN DAN BIARKAN DALAM 2-3 MINIT KEMUDIAN HENDAKLAH DIBILAS SEMULA SEBERSIH2NYA.
4.RASAKAN KESEGARANNYA


KANDUNGAN UTAMA:
GLUTATHIONE,KOJIC,COLLAGEN/VITAMIN C.VITAMIN E, LICORICE & SPECIAL FRAGRANCE JASMINE LILY

HARGA PASARAN : RM45.90
UNTUK PROMOSI DENGAN STOK TERHAD TELAH DISEDIAKAN DALAM PEK 65ML

Aini baru try 3hari mmg lah rasa perbezaannya.Lepas cuci dengan Gel ni muka sentiasa soft jek.Best sgt.Lgpun Gel ni senang nak sumbat dlm beg blh bawa pg mana2 pun.Tu yg paling Aini suka.Hihi..Sape nk Try jom ler blh dapatkan nya di FB BestBuyBeauty Plaza


Klu suka entri nie Plz LIKE