31 Mei 2012

Segmen tambah followers sampai beribu


Suka-suka join segmen ni.Nampak mcm menarik tu yg join.Nak join jg klik jerk banner kat atas tu.

----> Start berblog Jun 2010 (maaf tarikh tak ingat lor) hihihi..
Tag: Sesiapa yang jenguk sini
So cepat-cepat yer nak join sebab tarikh tutup 1 Jun 2012


Klu suka entri nie Plz LIKE

30 Mei 2012

Beginilah Makannya


Assalammualaikum
Hehe xtau nak update ape update lah pasal mkn tgh hari td.Ni menu untuk hari ni.Beras dah bertukar dari beras Faiza Emas kepada Beras Ponni Taj Mahal.Hahaha tq pada AIN NAZRI.Tapi memang berbeza selalu klu mkn 2 senduk nasi rasa tak cukup jek mcm nak tambah jerk lg nasi tapi lepas mkn beras ponni ni 1 senduk suku nasi dah rse kenyang dah pun.
Selepas jek Ain Nazri bg komen pasal menu diet terus Aini sms husband ckp pasal beras ponni.Alih-alih balik dari kerja tgk die dah belikan dah.Memang perihatin lah husband Aini ni.Sayang U Forever..!!

Seperti biasa lah lepas makan nasi kena lah santap hidangan buah-buahan plak.Baru lengkap menu diet btol x? Hihihhi.Ni lah buah yg selalu Aini telan semestinya sunkist perlu ada tiap-tiap hari.Epal hijau ni org kata tak elok mkn hari2 sbb nti cepat pelupa betul ke tak belum buat research lg.Hahaha.Tapi untuk ibu mengandung pun elok juga makan epal hijau ni ada petua kata elakkan baby kena jaundis( Sakit kuning).


Klu suka entri nie Plz LIKE

28 Mei 2012

Danish Ada Kuda Baru

Assalammualaikum
 Anak bujang Aini kini dah ada kuda mainan baru sey..hihihi.Thanks to daddy belikan kuda mainan.Lepas ni tak payah lg lg nak geduk-geduk (bahasa Danish) kereta mainan ok.Bukan main lg die punya suka dapat kuda tu.Siap bawa kuda tu pergi kaunter nak bayar.Nampak daddy die dh kuarkan duit trus amik kuda tersebut buat main kat pasaraya tu jg.Amboi! melampau budak sorg ni tak penyabar nk tunggu sampai rumah.Dalam kereta pun die sempat lg naik kuda tu.Nasib lah kuda tu kecik.
Tak leh nak renggang dengan kuda die dah,bukan main lg sayang kudanya.Baca buku pun still nak juga duduk atas kuda,Kadang-kadang tu minum susu pun atas kuda.Hey budak sorang ni mcm-mcm gelagat die.Sambil main kuda dengan mulutnya bunyi skali ("geduk-geduk") Hahaha nak tergelak jek tgk die ni main kuda.Itulah ragam anak bujang ku yang sorang ni.


Klu suka entri nie Plz LIKE

26 Mei 2012

Diet Oh Diet


Assalammualaikum

Bermula pada semalam Aini telah dipaksa untuk berdiet.Oh No!! Tak rela mak nak..Makan kena sekat-sekat..Sedih jerk dengarkan.Mcm mne lah badan Aini nak bg besar skit ni klu dh kne diet.Memang slim jek lah.Bila org suh mkn Aini ckp kne diet lah org pun pelik nak diet ape badan cekeding jerk ni nak diet konon.Hahaha boleh gelak lg tue.Padahal hati ni dah pasrah tau.Tekak mcm-mcm teringin nak mkn.Tapi kena juga sabar.
Sebab utama kena diet Aini ada kes GDM (kencing manis masa hamil) kne lah kawal pemakanan.So makanan yang bergula,berkarbohidrat kna kurangkan.Demi baby dalam perut ni Aini ukut sahaja.Dulu klu makan nasi bersenduk-senduk main belasah jerk.Sekarang ni dah tak boleh kena ikut menu diet.Sekali makan nasi hanya 2 senduk sahaja yg boleh,lauk pun ken sikit tapi yang kne banyak sayuran.Ikutkan hati mmg rse tak cukup kenyang tapi terpaksalah tahankan nya.Demi kesihatan Aini dah bayi dlm kandungan.
Antara contoh menu diet Aini : 
Sarapan Pagi 
  • Susu segar 1 cawan
  • Quaker oat (4sudu besar)
Makan Tengah Hari
  • Nasi putih (2 senduk)
  • Sayur berdaun hijau (1 senduk)
  • Ayam (1 ketul)
  • Buah-buahan (epal 1 biji)
  • Air suam
Makan Malam
  • Nasi Putih (2 senduk)
  • Ikan (seekor setengah)
  • Sayur berdaun hijua (1 senduk)
  • Buah-buahan (Oren 1biji)
Sebelum Tidur
  • Susu 1 gelas
Harap blh lah bertahan dengan menu diet ni tp kdg2 tu tak tahan jg bila dh kul 10mlm mula perut ni nak kan sesuatu yang boleh ditelan.Hahaha..Tp ku tahan sebab ada bodyguard(En.Husband) yg melarangnya.Siankan...:(


Klu suka entri nie Plz LIKE

25 Mei 2012

Keputusan Tidak Memihak Kepadaku


Assalammualaikum
Semalam dah lalui buat kali pertamanya kena minum air gula.Uwekk..!! Rse nak termuntah kat situ juga.Nasib ku tahan juga..Lepas minum kena plak tgu 2 jam ha! amik beku Aini kat klinik tu skejap.Hahaha.Lepas 2 jam tgu amik darah kemudian baru blh balik rumah.Sebelum tu kne pg Kd plak buat check up.Semua ok normal Fuh dah lega dh rsenya.

Mak aih letihnya badan.Tertido sekejap sekali telefonku berbunyi tgk nurse call Aini dh cuak gle ni die bgtau  Aini sekarang penghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) senang faham kencing manis semasa hamil.Oh tersentak dibuatnya.Bacaan result tinggi benor 10.15.Itu ler tak reti kawal makan melantak lagi roti byk2 kan dh kne GDM..Apelah nasib pregnant kali ni..Hurm..

Tension campur risau
Hari ni terpaksalah kne buat ujian BSP plak ulang-alik klinik 4 kali sehari amik darah dari pukul 8.30pagi, 11.30 pagi, 4.30 ptg, 8.00mlm.Aduhai meletihkan sungguh.Kesian En.Husband kne ulang-alik dr ofis gara-gara nak hantar Aini.Demi kesihatan baby dlm perut ni ku redah juga.Berharap lepas ni boleh teruskan diet seimbang.Tak mau ada sebarang masalah pada baby.Ya!Allah permudahkanlah segalanya.Hanya padamu ku memohon Ya!Allah.


Klu suka entri nie Plz LIKE

23 Mei 2012

For my Little Boy


Ari Ahad lepas sempat jg lah pusing2 bandar sementara nak tunggu mak mertua balik rumah.Aini singgah kedai kain Bali Tekstil memang tujuan nak cari kain cotton untuk si bujang ni buat sarung bantal. baru.Jauh tu shopping kat Bali ni.Hehe jgn mudah terpedaya yerk nama kedai tu jerk yang Bali tapi bukan kat Bali Indonesia ek.Ni Bali kat Malaysia.Kedai punya lah besar nak lawan Jakel agknya.

Pilih punya pilih mak aik rambang biji mata tgk mcm-mcm cartoon ada.Bukan anaknya tapi mummy n daddy die plak lebih2.Hahaha..Mmg normal semua tu klu beli brg ank mak bapak yg terlebih xcited padahal anak biasa jek.Dah puas tgk 1 kedai last-last daddy die buat keputusan nak pilih kain gambar cartoon bunny.So harga jgn citer lah nak kualiti baik harga pun kena lah baik jg kan.Disebabkan kualiti baik dah tu jenis lerang besar 60" harga semeter kain ni RM25.80 dpt diskaun RM23..Nasib ler nak buat sarung bantal jek cukup lah semeter sahaja.Ni pun leh dapat 5, 6 helai jg.

Hari ni Aini telah laksanakan tugas untuk menjahit sarung bantal untuk si bujang.Taraaa..Siap jg akhirnya walaupun simple.Dah siap nampak cantik plak.Ukuran ni untuk saiz bantal 12" x 16" (L x P) baru suku kain jek baru guna.Ni klu buat set cadar untuk si bujang pun ok gak.Next week balik rumah MIL blh beli lg nti.hihi..



Klu suka entri nie Plz LIKE

Minggu Tak sihat


Assalammualaikum

Dah lama tak berupdate blog disebabkan Aini bercuti selama 4hari balik rumah MIL.Lepas balik dari bercuti trus badan rasa tak sihat.Argh!!! Dugaan lagi..Apa nak buat terpaksalah redho.

Kepala ni pusing jek.Tekak tiba-tiba jadi tak sedap perit,gatal pun ada.Mcm nak kena batuk.Bila bgn pagi suara xde plak.Ya,Allah esok dh lah ada apointment kat klinik.Jgn lah melarat.
Pagi tadi waktu jemur kain baju kepala dah dok pusing mcm nak pitam.Terhenti seketika nak jemur baju.Terbaring sekejap kat sofa.Dah tu sambung balik buat kerja.

Tekak nie bila nak baik tak tahan dah ni..Sapa ada petua mujarab untuk sembuhkan sakit tekak plz lah share mana tau berhasil.Nak ckp pun mls dh ni.Bila ckp nti makin sakit plak lebih baik mendiamkan diri.Hihi.


Klu suka entri nie Plz LIKE

18 Mei 2012

DNC 1ST GIVEAWAY


Nak join juga jom klik banner kat atas ni..
Hye..
Kali ni Aini join giveaway yang simple plak.Ini adalah giveaway yang pertama dari De Nazfa Collections.Klu blh nak beg tu blh wat isi brg baby nantikan.Hihihi.Harap-harap ada lah rezeki Aini.Aini hanya mencuba untuk memeriahkan lagi giveaway ni.Giveaway ni bermula from May 14,2012 until June 14,2012.Ha, masih sempat lg klu nak join..Sebulan tempohnya..Apa tunggu lagi!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

17 Mei 2012

Nak Follow Baru Syiok


Assalammualaikum.
Apa khabar? Sihat ke? Harap korang sihat n happy selalu ok.Terima kasih lah pada korang sbb sudi dtg jenguk blog Aini.Sayang korang ketat-ketat r mcm ni..Hihi.

Baru syiok hihihi
widget ni senang nak Follow..Like..like..like

Ni nak citer r skit.Aini ni suka follow blog mereka semua tapi paling suka bila nak suh Aini follow tu kat blog mesti ada widget followers baru r best.Tapi ada juga yang tak letak widget tu just tumblr follow button jek.Kadang-kadang ade problem jg time nak follow klu gne tumblr follow button.Last-last bila dah *fedup comfirm Aini tak jadi nak follow disebabkan xde widget followers ditambah masalah nak follow.Korang rjin2 kan lah letak widget followers tu bukan berat sgt pun kn.Lagi senang org lain nak follow blog korang tau.Makin ramai ler followers tu nanti..hehe..Nak letak dua-dua sekali pun takpe.Takde sapa nak marah.hihi.

Ni lh yg Aini maksudkan tumbIr Follow button


Klu suka entri nie Plz LIKE

16 Mei 2012

Cara Backup Blog Terbaru


Aini nak kongsi cara backup blog untuk papan kemuka yang terbaru 2012.Tak sama dah rupa papan kemuka yang lama.Meh sini yang masih tak tau caranya boleh tgk sini yerk.Backup blog ni amat penting untuk semua blogger.Sekarang ni ramai hacker berkeliaran nak rosakkan khazanah blog.

Mula-mula  pergi ke Dashbord akan keluar seperti gambar di bawah.;

Klik seperti gambar anak panah yg ditunjukkan.Akan keluar menu seperti di atas pilih Tetapan

Kemudian akan kuar page seperti di atas sebelah kiri ada senarai menu dan klik pada Lain-lain.Boleh rujuk  gambar yg ditunjukkan.

Akan keluar page sepeti ini pula, Alat Blog > pilih Eksport Blog (boleh rujuk pada gambar)

Ok,akan keluar page seperti gambar diatas,Tekan Muat Turun Blog.

Muat Turun akan dilancarkan seperti gambar yg ditujukkan anak panah.Siap sudah backup blog.


Klu suka entri nie Plz LIKE

15 Mei 2012

Tunggu Punya Tunggu Tak Sampai Juga


Assalammualaikum
Terperanjat bila nurse dtg rumah lagi sekali..Hihi..tgh tdo plak tu.Aiyak..!!Kikiki..Dah mmg kje die kan kne buat lawatan ke rumah.Buat checkup biasa..Hari ni die tgk kedudukan baby..dia ckp bb skang tgh melintang n die rse baby ni mcm kecik ckit.Tapi tak perlu risau semuanya ok.Lega sikit hati ni.



Ok tu cite pasal pagi tadi ni cite pasal item yang ditunggu selama beberapa hari ni.Agaknya kecewa juga ngan sikap Pos Laju ni.Dijanjikan servis penghantaran 1 hingga 3 ari jek.Tapi ni dah lebih hari.Bukan tu jek die boleh salah pergi tempat.Dah masuk 2 kali kena mcm ni..Hurmm..hampa sgt tau brg tu Aini nak guna.

Hari tu item Aini boleh pergi ker Pejabat Pos Kulai padahal Aini duk Kota Tinggi.Lebih kurang kat seminggu juga brg tu sampai ke tangan sebab berpatah balik.Dari Rawang ke Batu Caves kemudian ker JB dah tu boleh ker Kulai plak,patah balik 
JB n then baru ke Kota Tinggi..Item dipos 28.4.2012 tapi sampai kat tangan 3.5.2012.

Kali ni lain plak.Item di pos 10.5.2012..sepatutnya 12.5.2012 sampai tp disebabkan Pos LAju cuti ganti pospone.Ingat hari Isnin brg sampai tak tidak rupanya.Check tracking beku lg kat Pejabat Pos Kota Tinggi.Oklah tak kisah lagi.Hari ni mmg dah bajet item sampai ke tgn check tracking terkezut plak Aini boleh plak item tu dihantar ke Pejabat Pos Ulu Tiram..Ape kehalnya ke sana plak.Try call service Pos Laju lain plak ckpnya.Terpaksa ler menunggu lg dengan mood hampa..Hurm..Sampai kn pengirim terkejut dgn aduan ni..Sbb sebelum ni sampai mcm biasa jek.Sejak-sejak ni ler Pos Laju jd slow plak servicenya.Kecewa teramat sgt..


Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Mei 2012

Risau Dan Mendebarkan


Assalammualaikum

Setelah beberapa hari tak update akibat belenggu dgn keadaan risau dan mendebarkan.Mana taknye disebabkan checkup ari tu punya masalah ler.Aini dalam dilemma ni tau.Huhuhu.Takut ni wei. Lg 2 minggu nak buat ujian.Memang mendebarkan.Hati ni rasa tak tenang jek bila difikirkan masalah ni.Harap dijauhkanlah segala kekusutan ini.

Ya Allah! Sekarang ni makan ape pun mcm cuak-cuak jek..Padahal perut ni menggeodak kelaparan.Takut nak makan banyak dah.Ish nak di ikutkan mcm tak percaya jek tapi tu lah hakikatnya.Keturunan Aini semua sihat belaka takde pun yang mempunyai masalah diabetes.Kakak Aini pun dlu xde masalah diabetes gak tiba kali ni turn Aini anak kedua ada plak muncul.Dugaan sungguh pergnant kali ni.

Ya, Allah berilahku kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Teguhkan imanku Ya,Allah!

***Tak Update Entri Tapi Rupa Blog Jek Yang Berupdate***


Klu suka entri nie Plz LIKE

13 Mei 2012

Happy Mothers Day


Assalammualaikum
Di kesempatan ini Aini nak ucapkan selamat hari ibu  terutamanya kepada ibu Aini iaitu Puan Khatijah Binti Ahmad, kerana telah melahirkan serta membesarkan dan mendidik Aini dengan sempurna.segala pengorbanan ibu hanya Allah sahaj yang dapat membalasnya.Kepada ibu mertua Aini pun iaitu Puan Norhasimah Binti Hj.Samian terima kasih kerana sudi menerima Aini seadanya sebagai menantu.Aini sayang kedua-dua ibu Aini sehingga akhir hayat..Luv you Mums...:) 

Dan tak lupa jg kepada semua ibu-ibu yang berada didunia ini tidak kira bangsa.Kerana peranan seorang ibu tu merupakan satu anugerah yang telah dikurniakan untuk setiap wanita yang bergelar ibu.Justeru itu sebagai anak kita wajib menyayangi ibu kita walaupun sejahat mana sekalipun die tetap ibu kita sampai bila-bila kerana beliau telah mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini.Tanpa ibu siapalah kita ini.

Akhir sekali nasihat Aini kepada semua anak-anak yang masih mempunyai ibu ingatilah perngorbanan dan jasa baik ibu anda sebelum terlambat.Mohon keampunan sekiranya ada yg telah melukai atau mengecewakan ibu anda.Ibu mana yang tidak sanggup memaafkan anak kandung nya sendiri betul tak.



Klu suka entri nie Plz LIKE

10 Mei 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny


Terima kasih  Cik Bunny coz invite Aini join giveaway ni.Tanpa melengahkan masa Aini pun sertai lah giveaway ni.

U all klu nak join pun blh juga just kli banner tu yer..

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)


Klu suka entri nie Plz LIKE

OMG Result Kantoi Macam Mana Nie?


Assalammualaikum


Baru balik checkup kat klinik.Sekali bawa Danish untuk check up 2 tahun untuk timbang berat ukur ketinggian dan minum ubat cacing.Hehehe sebab banyak perkara nak buat kan.So kne starting dengan mummy dulu lah.Awal2 lg mcm biasa lh cek Hb ok.Hari ni juga Aini kne buat ujian pemeriksaan Glucose. Ujian secara rawak Random Blood Sugar (RBS) OMG!!! Kantoi sudah 8.7mmol/L nurse ckp kne bawah 7mmol/L.Ni tanda kemungkinan mengalami diabetes.Terus nurse ckp kena minum air gula.Aini dh tepuk kepala.Alamak!!! Knape jadi mcm ni padahal makan xdelah keterlaluan pun.Nak buat mcm mana nurse ckp mungkin pembawakan bayi dlm perut tu.2 minggu lagi bru ler kena pergi buat pemeriksaan Modified Oral Glucose Tolerance Test(MOGTT) harap lepas lah resultnya..Tak sanggup weh Aini nak telan.
Nasib ler berat Aini naik 1.8kg dalam masa sebulan kira normal lah tu.syukur sgt.Dah settle semua lastly kne cucuk untuk kancing gigi plak.Ya,Allah..sakitnya tangan ni.Bisa plak rasanya.Sampai lah skang ni masih sakit lagi.Bila nak baik ni agaknye kan..


Klu suka entri nie Plz LIKE

9 Mei 2012

Koktel Buah-Buahan




Bahan -Bahan :
  • 1 Tin susu cair
  • Tembikai Merah (potong kiub @ guna alat pengorek bulat)
  • Tembikai susu (potong kiub @ guna alat pengorek bulat)
  • 1 Tin Nenas
  • Puding Kastad (potong kiub)
  • Jelly (cumi)
  • Sedikit air gula (utk penambah rasa)
  • Beberapa ketul ais
Caranya;
  1. Campur kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian letakkan ketulan ais.
  3. Siap untuk dihidangkan.



Klu suka entri nie Plz LIKE

8 Mei 2012

Doa Memelihara Anak Kecil Dari Gangguan


~::♥::~~:♥::~~::♥::~Assalammualaikum~::♥::~~:♥::~~::♥::~
Hari ni Aini nak share satu doa yang amat berguna untuk ibu-ibu yang ada anak kecil.
Sebelum berlaku perkara yang tidak di ingini lebih baik kita bersiap sedia dengan perlindungan.Semoga dapat jadi panduan untuk para ibu bapa semua.


Klu suka entri nie Plz LIKE

Content-Wrapper Berborder Bunga



 Ni request dari Myra so Aini cuba laksanakan lah.Mudah-mudahan Myra n yang lain-lain boleh faham.
Gambar ni diambil dari blog testing
Lihat anak panah yg ditunjukkan dlm kotak hijau .Itulah yg dimaksudkan Myra bagaimana Aini buat body content wrapper ada corak.

Mari lihat tutorial berpandukan pengalaman Aini sendiri.
Sebelum tu korang harus design sendiri background untuk content wrapper dengan menggunakan Photoshop.



  • Buka Adobe Photoshop :  File >New > akan keluar seperti gambar di atas.Saiz file(dlm kotak merah) harus mengikut kesesuaian width wrapper content blog masing2.

Contoh Aini punya saiz width wrapper content adalah 790px.Tapi Aini letak width 850px.Height tu ikut koranglah nak berapa tapi better 400px or 500px ikut selera ok.


  • Lepas tu korang cari lah gambar background ape yg korang nak letak.Kemudian open gambar yang dipilih tadi.

  • Drag gambar yg nak buat background tadi ke New file yg dh buat tadi.Kemudian drag plak gambar yg nak letak sebagai border.Ikut kreativiti sendiri lh.Nti jd seperti gambar kat atas.Selesai korng save dalam file Save for web and Devices preset png-24.
  • Dan siap mcm biasa upload gambar yg di save tadi dan amik url image nya..



  • Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML cari kod content-wrapper {
  • Kemudian copy kod ini ;
background-url: ('URL IMAGE');
  • Dan Paste kan di bawah kod content-wrapper{
  • Gantikan perkataan Url Image tu dengan Url Image yg korang dah upload td.Siap preview dulu tgk menjadi ker x.Okay dah puas hati baru SAVE.Begitu lah yg Aini buat untuk blog.
Note: Aini buat berdasarkan idea sendiri,So klu cam xberapa nak menjadi tu adjust pada width gambar background mungkin besarkan atau kecil kn.Semoga berjaya.


Klu suka entri nie Plz LIKE

Nasi Tomato




Bahan-bahan ( Untuk 8 Orang )
500gm Beras Wangi - dibasuh & disejat
500gm Beras Biasa - dibasuh & disejat
150g Minyak Sapi/Marjerin
2 Bunga Cengkih
1 Bunga Lawang
3 Buah Pelaga
5cm Kayu Manis
1 Labu Bawang Besar (dicincang)
150 ml Puri Tomato
1.5 ml Air
Garam secukup rasa

Bahan Dikisar :
2 Ulas Bawang Putih
5 Biji Bawang Merah
1 Labu Bawang Besar
1.5 cm Halia

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis 1 hingga 2 minit.
  2. Bubuh bahan kisar kacau hingga wangi.
  3. Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Letak beras dan gaul.
  4. Kemudian letak air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutp periuk.
  5. Siap dimasak.


Klu suka entri nie Plz LIKE

7 Mei 2012

Party Birthday Yang Happening


Assalammualaikum
Birthday Boy`s
Semalam 6 Mei 2012 merupakan hari lahirnya my lilttle boy Muhammad Danish Thaqif yg ke-2 tahun.Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun sebelum tu hujan turun dengan lebatnya.
Menu yang disediakan pada hari tu adalah ;
MENU UTAMA
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah

Mee Hoon Sup
Kuih Muih




Otak-Otak Kempas

Koktel Buah-Buahan

Kepada pembuat kek terima kasih sangat2 kerana membuat kek tiramitsu yang sungguh sedap sekali.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana majlis ini.Dan juga present yang diberikan.Maaf present tak sempat nak snap my son dah buka..hehehe..Sekian untuk kali ni.
*Mood masih lg dlm keadaan kepenatan..


Klu suka entri nie Plz LIKE

5 Mei 2012

Panduan Membeli Barangan Bayi


Adakah anda baru pertama kali nak menyambut Permata Hati? Jom kite tengok ape yg perlu disediakan...

  • Pakaian Bayi
1. Baju Lengan Pendek (5)
2. Baju Lengan Panjang (5)
3. Seluar Pendek (5)
4. Seluar Panjang (5)
5. Rompers (3)
**(1-5) Kalau nak beli lebih, beli size 3-6M atau 6-12M sebab baby cepat besar. Beli juga Baju & seluar yg berlubang-lubang ye.
6. Sarung Tangan (5)
7. Sarung Kaki (7)
8. Bip Baby (3)
9. Sapu Tangan (3)
10. Topi (3)
11. Tungku Bayi (1) ** Untuk melegakan kembung perut
12. Barut Baby (10) ** Beli yang bersaiz besar supaya boleh tutup dada baby sekali bagi mengelakkan dada baby masuk angin. Bukan hanya menutup perut semata2. Kalau musim panas boleh pakaikan barut sahaja disiang hari.

  • Diapering 
1. Lampin Pakai Buang (2pack) / cloth diaper (10)
2. Diaper Wipes (tisu basah) - (2pack)
3. Safety Pin
4. Changing Mat (tikar getah)
5. Nappy Liner (1)
6. Berus Pakaian
7. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
8. Simple Dimple Papa Bag

  • Nursering
1. Bedung Baby/Selimut Baby (4)
2. Set Tilam Dan Bantal Baby
3. Katil Baby
4. Mainan Untuk Gantung Pada Katil
5. Kelambu
6. Bakul Baju Kotor
7. Bakul Untuk Simpan Pakaian Baby

  • Penjagaan Diri (Baby Care & Grooming)
1. Bedak Baby
2. Losyen Baby
3. Baby Oil
4. Putik Kapas (cotton bud) **cari yg khas untuk baby ye-hujung nye kecil
5. Sikat
6. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
7. Nasal Aspirator (Baby nose clear)
8. Termometer
9. Vicks **cari yg kaler pink (khas untuk kanak2)
10. Minyak Telon & Minyak yu yee
11. Syringe
12. Cotton Ball
13. Krim Lampin (Drapolene-pink)
14. Bakul Kecil Untuk Simpan Baby Care & Grooming

  • Peralatan Mandi
1. Tuala (2)
2. Tab Mandi
3. Syampoo
4. Shower Gel
** Beli yg Top To Toe Wash Gel.. Senang 2 in 1.. syampoo & gel mandi.
5. Span
6. Gayung Kecil
7. Minyak Rambut
8. Bakul Barang Mandian


  • Feeding
1. Botol Size S (2)
2. Puting Botol Susu (2)
3. Bottle Sterilizer
4. Berus Pembersih Botol
5. Penyepit Botol
6. Sterilising Tablet
7. Nipple Cream
8. Nursing Pad Disposal (1 kotak)
9. Breast Pump
10. Nursing Pillow
11. Nursing Bra (5)
12. Termos

  • Travelling 
1. Beg Bayi
2. Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3. MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4. Infant Carrier

  • Extra 
1. Penyangkut Baju Berklip
2. Permainan Bermuzik
3. Bumbo Seat
4. Baby Gym
5. Stroller
6. Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7. Car seat
8. Album
9. Beg Bayi
10. Baby Sling
11. Nursing Cover
12. Nursing Clothes / Wear

Kredit to : Qaisara Collection
♥♥ Feel Free to share, like & TAG ♥♥


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 Mei 2012

Baru Nak Mencuba Sabun Glutathione Collogen


Produk yang paling digemari ramai org.So Aini tetiba teringin gak nak test.Al-maklum xselesa bila time preggy ni mcm2 ragam kat kulit muka.Konon memberanikan diri mencuba cewah.Tapi sebelum tu kena tahu isi kandungan dalam sabun ni dlu.
Dapatkan pada stokis atau agent yang berdaftar ok.Aini beli ni dengan stokis Pinkish Beauty Cosmetic BestBuyBeauty Plaza
Baru sampai jam 3.00 ptg tadi

SABUN GLUTATHIONE COLLAGEN
(nampak mcm kecik skitkan sbb dah potong skit.hihihi)

FORMULA TERBAIK + KESAN MENAKJUBKAN (GABUNGAN COLLAGEN & GLUTATHIONE)

KELULUSAN ANTARABANGSA
BFAD (Bureu of Food and Drugs)
BIRO DADAH DAN UBAT ANTARABANGSA
RDII-MM-CT-0492


Kelebihan:
  • Mengecutkan jerawat dalam masa 1 - 2 minggu 
  • Memudarkan & menghilangkan parut & cela
  • Mengurangkan & menyelesaikan masalah pigmentasi @ jeragat
  • Mengurangkan kedutan 
  • Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
  • Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit dicelah2 lipatan
  • Boleh digunakan untuk muka & badan
  • Memberi kelembapan yang sempurna
  • Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal

Bahan Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:-

GLUTATHIONE
Menolong memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, age spots dan freckles.

COLLAGEN
Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda selepas dicuci dengan sabun ini & dapat menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih tegang & gebu.

ARBUTIN
Arbutin dikenali sebagai bahan yang paling selamat dan efektif dalam pencerahan kulit muka. Arbutin menolong memperbaiki dan menjaga kulit yang rosak akibat daripada free radicals dan juga menolong menghalang pengeluaran melanin yang sangat banyak. Arbutin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan toksik, hidroquinon atau apa2 bahan berbahaya. Tiga fungsi penting arbutin ialah : Whitening effects, anti- age effect and UVB/ UVC filter

KOJIC ACID
kojic acid lebih efektif daripada whitening ejen yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela2 dan parut.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, glowing dan kulit sekata tanpa apa2 masalah kulit dari sehari ke hari Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan.

* Cuba dan tunggu dalam masa seminggu tengok ada perubahan ker tak?Aini akan update kemudian ok..Tunggu....


Klu suka entri nie Plz LIKE

Pyjamas GAP Lagi


Assalammualaikum...
Alamak tetiba dah bape hari ni no idea nak update mungkin bz skit utk buat persiapan Majlis untuk Danish.Tinggal 2 ari lg my little son masuk usia genap 2 tahun.Cepat sungguh masa berlalu.
Ni tengah kemaruk bershopping jek keja Aini tak kira Online or Offline..Org kata pembawakan padahal sendiri punya tabiat kot.Hahaha.Ni baru jek sampai Pyjamas GAP untuk Danish.Kenapa Aini suka Pyjamas GAP ni sebab kain nye jenis material cotton lembut dan sejuk.Lagipun design nye menarik mata tengok.Selesa bila dipakai oleh anak kecil.

Ni beli dengan online seller EasyOnline Baby`s & Kids Closet harga korang boleh bandingkan sendiri lah.Antara harga yang terbest Aini jumpa.
  • 1 Set Rm20 
  • 2Set Rm36
Rasa nak belikan untuk anak-anak kecil korang boleh ke page EasyOnline Baby`s & Kids Closet


Klu suka entri nie Plz LIKE

2 Mei 2012

Kenapa Cincin Disarungkan Di Jari Manis


Hari Sabtu lepas Aini tengok Drama Tv3 Mencintaimu lakonan Eman Manan dan Sharifah Amani.Dia tanya pada anak saudara die kenapa cincin disarungkan dijari manis.Lantas di suruh anak buahnya buat sedemikian rupa.



  • Pertama, tunjukkan telapak tangan Anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).
  • Kemudian, 4 jari yang lain Ditemukan hujungnya.
  • Cuba buka ibu jari anda, - ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia akan sakit dan meninggalkan kita suatu hari nanti.
  • Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, - jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
  • Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, - yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
  • Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan mendapati jari tersebut tidak akan boleh dibuka. - Kerana Jari manis ini mewakili suami dan isteri. selama hidup Anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.Itulah alasan cincin kahwin perlu disematkan di jari manis. Anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.
Info Tambahan Untuk Umat Islam :
Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.


Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw.Namun, yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang.Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali r.a. "Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya."

Kebolehan memakai cincin perak aka silver:
Berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ].



Klu suka entri nie Plz LIKE