17 September 2013

CARA MANDIKAN BAYI BARU LAHIR



 Assalammualaikum

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.



1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu..


Klu suka entri nie Plz LIKE

11 September 2013

Kad Kawin Kreatif


Assalammualaikum


Sekali pandang nampak macam bil elektrik btol tak?
Dua kali pandang rupanya kad undangan perkahwinan laa.....Huhu.
Elok sangat ler tul bertemakan bil sebab segala belanja pun guna bil.Wang hantaran jangan plak masuk bil buku 555 ya.Kahkahkah..
Yang mencipta ni memang kreatif otaknya berfikirkan.
Agak-agak ada yang nak tempah tak kad macam ni?

~Santai di petang hari.~




Klu suka entri nie Plz LIKE

Majlis Hari Lahir Darwish Rifqi Yang Pertama



Assalammualaikum

Pada 31.Ogos yang lepas Aini telah mengadakan majlis hari lahir Muhammad Darwish Rifqi.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Cuaca pun elok.Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang.Haha petang nyer.Sebabnya daddy Awish kena hadiri perbarisan di Bandar Penawar.Al-maklum kakitangan awam memang wajib sebab tu bt petang.Walaupun majlis diadakan secara ringkas tapi meriah dengan kehadiran sedara mara terdekat dan juga jiran-jiran kami.

 So simple Jerk.

Birthday cake 'bidas terjun'
(order yg homemade tp terpaksa cancel last minute sbb pembuat kek tu x sihat plak dah)

Fuh,Fuh,Abg Irffan meh tlg "Mak Ngah"(me) tiup lilin ni xmo padam plak.

Birthday Boy Potong Kek

Tenyum kegembiraan..Horay..!!!

Dan apabila lihat anak kecil ini tersenyum kegembiraan hati mamy n daddy terasa bahagia sangat dapat happy kan mereka.Walaupun penatnya yang terlampau.Sayang kamu selamanya...



Klu suka entri nie Plz LIKE

1 September 2013

Koleksi Inner Magic


Assalammualaikum

Selamat Hari Raya semua,Apa khabar hari ni?Harap semua sihat ok.Aini anak beranak selsema dan batuk oleh sebab banyak sangat gie openhouse kot (hahaha).

Ok nak kongsi citer mengenai inner magic ni.Serius beb dlu tak reti nak bershawl bagai.Lilit sana, lilit sini ha. skang ni berlilit-lilit dah,jgn sampai terbelit sudah.(huhuhu).Sejak terjumpa,terpakai inner magic ni terus jatuh cinta penangan pertama inner magic.Mula beli try 2 dulu.Eh shiok plak,color pun cun-cun plak tu.Tambah lagi order..Eh colour baru tambah lagi order.Ha..setakat ni koleksi inner magic ku..

Colour terkini yang ada padaku

semakin gemar inner magic nie

Rugi klu tak cuba..Meh ler cuba ramai-ramai yer..Tak mahal pun sehelai RM10 sahaja!



Klu suka entri nie Plz LIKE