30 November 2011

Cara Letak Iklan Nuffnang Di Blog


Sebelum korang nak buat harus log in nuffnang korang dlu yerk..
Bila dah login korang akan lihat page seperti gambar dibawah :

Klik pada kotak merah yang ditunjukkan.Maka disitulah kod nuffnang korang..
Mari kita bermula dari sini

Untuk letak iklan nuffnang di header

Dashboard >Design >Edit Html > Tick Expand widget
 Tekan F3 cari kod ini <body>

Copy kod iklan nuffnang bahagian leaderboard (728 x 90).


Contoh:

Dah copy kod iklan nuffnang pastekan Di bawah kod <body>
contoh seperti ini :

Untuk Letak Di post Entry

Tekan F3 Cari kod ini  <data:post.body/>
Copy kod iklan nuffnang bahagian large rectangle (336 x 280)
Contoh:

Dah copy paste kan di bawah coding  <data:post.body/>


Dah siap semua Save kemudian lihat hasilnya di blog korang.

Untuk Letak Di Sidebar

Untuk sidebar ni lain skit jerk tak banyak pun 

 Dashbord > Design > Add A Gadget > Javascript/Html

Copy kod  iklan nuffnang bahagian sidebar (160 x 300)
Contoh:

Kemudian save ke dalam Javascript/Html

Okey selamat mencuba...

*Note=Sebarang kemusykilan sila tinggal di kotak komen 
~Terima Kasih~





Klu suka entri nie Plz LIKE

Berdebar menanti hari esok



Salam 1 Malaysia,
Hehehe tgk gmbar atas tue terbeliak mata nampak duit tapi tue tak penting.
Bila fikiran dah tergiang2 ingat kan hari esok rasa jantung ni  dup dap dup dap..cam nerves plak.huhuhu
Hari penting untuk Aini semakin hampir. Oh no!Rasa mcm sekejap jek rasanya masa berputar.
Knape Aini nerves jeng..jeng..jeng.. Tak nak cter dulu lah nanti tak suprise plak kan.hihihi..tgu yerk..akan di update storynya.

Takde ape nak buat....Tengok Ni Sekarang!!!

Siapa nak BB percuma sila klik di bawah untuk detail cara nak dapat BB percuma.

Rasa nak blogwalking jerk...Siapa nak blog die kne terjah dengan mummy sweet ni sila tinggalkan url blog korang di kotak komen tanpa http://.

*Perhatian!!!...Jangan SPAM okey!!!!
~Terima kasih~




Klu suka entri nie Plz LIKE

Cara Letak Linkwithin


Fungsi linkwithin ni lebih kurang mcm related post tapi bezanya linkwithin ni mempunyai paparan serta thumbnail untuk menarik perhatian para blogger yang tengok.
Memudahkan blogger lain dapat membaca entri korang yang lain.

Tengok contoh ni :


Ikuti cara bagaimana nak letak linkwithin ni 


1. Masuk dalam laman web www.linkwithin.com
2. Isi form tue kemudian klik Get Widget!




3. Klik perkataan install widget


4. Pilih nama blog korang yang mahu letak widget ni (klu lebih dari 1) kemudian klik button Add Widget.


5. Dah selesai, drag widget linkwithin dari sidebar ke bawah blog post.Tengok contoh gambar kat bawah nie.


6. Selepas itu Save dah tengok hasilnya di blog..


Sebarang pertanyaan sila tinggal diruang komen terima kasih..
Dah berjaya tolong saya klik burung biru yang sedang menari.Bolehkan sebagai hadiah untuk Aini..




Klu suka entri nie Plz LIKE

29 November 2011

Cara Buat Link Membesar Apabila Disentuh


Macam biasa lah Dashboard > Design > Edit Html
cari kod ni a:hover {
Dah jumpa copy plak kod kat bawah ni :
font-size: 15px;
font-weight: bold;
text-decoration: none;}
 Kemudian Paste kod yang dicopy tadi di bawah kod a:hover {
contoh : 
a:hover {
font-size: 15px;
font-weight: bold;
text-decoration: none;}
* Font-size boleh diubah mengikut kesukaan korang


Klu suka entri nie Plz LIKE

Cara Letak Shadow Keliling Blog



 Pergi Dashboard > Design > Edit Html 

tekan F3 @ Ctrl+F Cari kod  #content-wrapper {

Kemudian bila dah jumpa kod di atas, copy plak kod dibawah ni :
-moz-box-shadow: 0 0 15px 5px #fe04d2;
-webkit-box-shadow: 0 0 15px 5px #fe04d2;
Bila dah copy kod atas ni ,Paste kan kod yang dicopy tadi di bawah kod #content-wrapper {


contoh mcm nie :

#content-wrapper {
-moz-box-shadow: 0 0 15px 5px #fe04d2;
-webkit-box-shadow: 0 0 15px 5px #fe04d2;
*(Warna oren tue boleh tukar ikut warna kegemaran korang.)

Setelah selesai klik preview dah okey baru lah save...

Dah berjaya tue bagilah derma sikit kat burung biru yang tengah joget kat sidebar tue ek..
Terima Kasih..


Klu suka entri nie Plz LIKE

Dia Cemburu Bila Sayang Orang Lain


Assalammualaikum,
Kawan-kawan blogger ku semua...Shat ker? Harap semua shat walafiat okey..
Setelah puas bercuti kini kembali lah untuk melakukan tugas mengupdate blog.hahaha..

Nak citer ni pasal handsome boy Aini.Pada suatu petang yang damai Aini dan mak mertua serta adik ipar berjalan ke rumah nenek saudara.Di rumah die ada cucunya yang lebih kurang sebaya cuma beza 3 bulan jerk.Badan dan ketinggian memang sama lah.Dah sebaya kan..Nama cucunya "Udin".Aini saja jek nak menyakat handsome boy Aini tue (Danish).Aini cakap ngan Udin "sayang Udin" kebetulan plak Udin tue trus dtg kat Aini duduk atas riba.Danish masa tu tengah main..sekali die nampak Udin duduk atas riba Aini trus die dtg lalu tolak si Udin tue.Tak puas ati lagi tue Danish tarik tangan udin suh tepi tak bagi udin tue dekat dgn Aini..Udin plak buat derk jek hahaha makin ler Danish geram dan marah.Lepas tue di pukulnya si udin tu.Nasib baik lah Si Udin tu tak menangis kena pukul dengan Danish..Alahai anak mummy nie cemburu sangat dengan budak sebaya die..
Kat kampung plak ada anak pak cik masih baby lagi.Danish tau plak sayang baby tue.Dia bobok kan,cium baby tue..so sweet tgk Danish ngan baby tue..Siap cakap lagi dengan Aini "ami,ayang baby"..hehehe..Danish nie lebih sayangkan baby dari budak sebaya dengan die agaknya..Yelah baby kan tak pandai lagi nak pukul ker ape,klu bdk sebaya die dah pndai balas balik..
Muhammad Danish Thaqif awak nak adik yerk?Bila Aini tanya macam tue korang tau die jawab ape "Nak,nak!" Tengok gambar yang ada baby die ciumnya..siap ckp "ayang".Hey ni lah gelagat anak Aini sekarang.Bila dah pndai bercakap ada saja die cakap tak berhenti-henti...
Nampak gaya kna lah bagi Danish baby mcm nie...huhuhu..




Klu suka entri nie Plz LIKE

25 November 2011

Churp Churp Boleh Buat Duit


Salam sumer...


Ramai orang yang sebok bercakap tentang Churp Churp nie.
Apa tue Churp Churp ?
Mesti ada yang xtau lagi kan.Macam Aini ler dulu tak amik kisah pun benda-benda ni..sekali tengok orang lain senang-senang jerk dapat duit Aini pun mencuba lah juga.
Klu korang nak tau Klik sini dulu Churp Churp ni sama juga mcm nuffnang tapi kelebihan Churp Churp ni boleh buat duit dengan pantas tau sebab kita hanya share  campaign kemudian income akan dikira per klik.
Hebat bukan!!!.
Bila duit dah terkumpul Rm100 kita dh boleh cashout dah.
Mudah sangat hanya Sign Up dengan Facebook @ Twitter 
Untung bagi mereka yang selalu online memang boleh masyuk lah tiap-tiap bulan..
Nak Tunggu ape lagi orang lain dah senyum jerk dapat duit dari churp churp ni.Tak kan nak tengok blogger lain kaut duit sorang-sorang.Hihi..
Jom daftar sekarang juga!!!!

Macam mana nak daftar?


atau tekan di bawah ni :


*Nantikan sambungan entri akan datang "Cara Letak Iklan Churp Churp"



Klu suka entri nie Plz LIKE

24 November 2011

Alamak! Ada Orang Berkenan Lah

Salam,
Hari nie banyak plak Aini update kan..kan..kan..
Budak comei tue tido blh ler ada masa terluang skit ni untuk update ape yg nak update..

Tadi dengan tak semenanya buka Tagged dah lame tak buka Tagged kan so bacalah pesanan yang berlambak bagai tue..
Tup..Tup..dapat 1 pesanan dari seseorang ni antara pesanan yang ditinggalkan :


Haha ada lagi tau orang menggunakan ayat sebegini..Tak cair pun hahahaha (Jahatnya aku)
Yang menghairankan Aini die ckp ada tgk profil Aini.Kat profil Aini tue dah letak status hubungan "BERKAHWIN" masih lagi nak berkenan ker dgn isteri org..Ke budak tue ingat Aini nie tipu saja-saja letak status mcm tue.Siap ada letak gambar kawin Aini lagi dalam tue.
Hey nie lah perosak rumahtangga tau.Dah tau isteri orang nak juga lagi try..
Meh sini Aini try penampar maut nak ker?

*Amaran: Jangan sesekali merosakkan rumahtangga orang 



Klu suka entri nie Plz LIKE

Aduh! Pecah Lagi Sekali


Salam blogger semua,

Aduh!!
Pagi-pagi lagi dah pening.
Mana tak pening anak Aini nie blh plak wat kerja sorang-sorang kat dapur mengemas.
Tak tau lah macam mana boleh terlepas dari pagar dapur tue.
Tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh dan pecah jek.Dah sah ni mesti pinggan lagi die pecah kan.Nak marah dah tak guna lagi sebab pinggan dah pecah bukan boleh bercantum semula.Biasa lah budak baru nak belajar katakan..
Tapi klu tak pecah tak dapat ler pinggan baru nanti..Hahaha pandai anakku punya trick nak pinggan baru.
Lepas ni 1 family kena makan guna pinggan plastik plak..hehehe..
Danish Thaqif  anakku nape kamu baik sangat ari ni nak tolong mummy kemas rumah.Ni klu daddy die tau abis ler dapat hadiah ler jawabnya.Silap-silap dengan Aini sekali kena marah sbb cuai.
Ni ler klu dah ada tanggungjawab kne handle baik-baik..


Klu suka entri nie Plz LIKE

K-Pop Superstarz are in town!!

Selamat Malam,
Berita terbaik dari Malaysia....


Neno!Neno!!..
Peminat K-Pop berita baik untuk korang.
Nantikan kemunculan nya pada Jumaat nie tau 25 Nov di Stadium Negara jam 8:30pm!!
Nak tau lebih detail lagi just klik di bawah okey.

Rock With 2PM This Friday!


Enjoy with him...yeah!!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

23 November 2011

Tak Perlu Kata Apa-Apa


Assalammualaikum,

Wah!agak lama juga blog nie tak berupdate kan..
Korang ada perasan tak?Rasanya tak perasan kot yelah blog Aini tak ler se fames mereka-mereka yang otai tue.So memang korang tak kan perasan pun..hehehe.
Ape Aini merepek malam-malam nie..Ya Ampun!

Hari ni husband balik lambat sebabnya terkandas di Taman Desa Cemerlang gara-gara banjir.Sian die kul 8 lebih baru sampai rumah.Sepatutnya kul 5.30ptg dah sampai.Nak wat mcm ner banjir punya pasal tak kan nak redah jek plak.Kne lah cari jalan alternatif lain.

Pada mereka yang menerima nasib yang sama macam husband Aini harap bawa bertenang yerk..Tue suma dugaan kecil aje..Blum besor sangat pun..hihi

Sekian sahaja entri untuk malam ni..Selamat menonton Bola malam nie yerk!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

18 November 2011

Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Hai...
Kali ni nak berkongsi cara bagaimana nak daftar Maybank2u Online Banking.
Penting ker Maybank2u nie? Jawapannya YA,
Kerana kita boleh berurusan melalui online tak kira dimana sahaja.
Contoh nak beli topup,beli barang secara online bayar bil,transfer duit dan macam-macam lagilah .
Kan mudah tak payah beratur nak kuar umah lagi.Sekadar duduk depan Pc atau laptop dah boleh selesaikan urusan tersebut..Btol tak?

*Penting = Pastikan anda mempunyai akaun Maybank serta kad ATM Maybank

Langkah yang perlu dilakukan :
  1. Pergi ke mesin ATM Maybank.
  2. Plih menu Maybank2u 
  3. Pilih menu Daftar TAC Telefon Bimbit 
  4. Masukan No.handphone anda dan pilih YA
  5. Pilih menu Pin Laluan Maybank2u
  6. Masukkan Pin laluan yang anda mahukan.Anda akan diminta untuk memasukan semula  Pin tersebut sebagai langkah keselamatan.
  7. Siap! Pendaftaran di mesin ATM.
  8. Akses internet dan buka laman web Http://www.maybank2u.com.my/
  9. Klik pada First time login please click here.
  10. Untuk akses number,masukkan no.kad Atm anda.Untuk pin pula,masukkan no.pin yang anda daftarkan di ATM.(langkah 6)
  11. Pilih username dan password  yang anda mahu gunakan sebagai akses akaun Maybank anda.
  12. Okeh Siap!!Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.


Klu suka entri nie Plz LIKE

CONTEST : Loving Couple By Cik Scha



Yeah kali ni di jemput oleh Cik Scha untuk join contest daripadanya..
Yang ni mcm best skit lah sebab tue Aini nak join jugak..hihi.
Siapa nak join klik kat banner atas tu okey..!!!

Hehehe..Maaf gambar ni dah die edit jadi cam gini..
Ni gambar masa Wedding Aini.

Kisah Cinta Abadiku

Perkenalan kami bermula di Yahoo Messenger(YM) pada tahun 2004.Pada mula kawan mcm biasa, Dalam tempoh masa dua minggu Aini kenal si dia minta alamat rumah Aini katanya nak bg gambar.Zaman dulu belum lg trend hantar gambar pakai mms hanya gne pos jek.hehehe..Kira belum maju lg lah.Tup!tapt!up!tap! Sampai lah seputus surat dari si die.Dalam surat tu terkandung sepucuk surat cinta,dua keping gambar berukuran 4R dan pasport.Wah teruja Aini masa tue tgk tulisan die sgt2 lawa dan kemas.Dalam hati berkata si dia ni mesti seorang yg kemas.Dah seronok lah kononya.Pada keesokkannya, kami berjumpa.Mula-mula Aini tukar identiti dengan kawan Aini..Entah mcm mana die blh tau yg Aini tipu.Selepas terbongkar rahsia identitiAini.Si dia mula menunjukkan kan minat utk berkenalan dengan lebih rapat lg.Semakin hari semakin rajin call, sms pastu ajak keluar.Bermula lah cinta kami berdua.Nak dipendekkan cerita Aini adalah Cinta Pertama kepada Si dia.PercintaanAini dgn si dia mencecah usia sehingga 5 thn kemudian kami membuat keputusan bertunang pada Mac 2008.Alhamdulillah kami akhirnya selamat disatukan menjadi Raja sehari pada tanggal 6 Jun 2009.Dan Kini kami telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki berusia 1 tahun 6 bulan.
Jangan ckp percintaan laman sosial tidak boleh membawa kebahagiaan.Buktinya sekarang Aini bertemu jodoh dari laman sosial jg.Cinta kami tetap bersatu selamanya..Aini Sayang sangat Husband Aini 
"I Luv U Cayang"
Inilah serba ringkas tentang kami.

Kini tiba masa untuk Aini Tag..lihat nama siapa yang naik okey..;

---> Aein <---

---> Aten <--- 

---> Eeiyss <---


Klu suka entri nie Plz LIKE

17 November 2011

SEGMEN JOM FOLLOW RERAMAI by HANY


Bila Aini free mula lah join pelbagai contest tapi kali ni nak join segmen dari Hany plak.
Tujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger.Kita harus support newbie yang sedia ada sekarang.Termasuk ler yang bercerita ni.

Siapa nak join jg mcm Aini just klik banner kat atas tu.

Okey sebelum tue harus wajib baca di bawah ni :

SYARAT-SYARAT :
  1. Follow blog Hany. Mesti taw :P mekaseh :)
  2. Buat satu entry pasal segmen ni yang bertajuk "SEGMEN JOM FOLLOW RERAMAI by HANY"
  3. Letak banner kat atas and linkkan ke entry ni :)
  4. Copy syarat2 ni masokkan dalam entry hampa.Takmau pon tak pa.
  5. Tag sekurang2nya 2 atau 3 orang blogger lain and pastikan depa taw :) Lagi banyak lagi bagus
  6. Letak link entry ampa kat comment box di entry ini :) And pastikan url tu full taw sebab saya akan update entry ni dari semasa ke semasa untuk masokkan url ampa.Time tu ramai2 pakat blogwalking n follow k! :)
    Contoh url : http://hanyrarawifsillystory.blogspot.com/2011/11/segmen-jom-follow-reramai-by-hany.html
  7. Saya akan pilih 10 blog yang cantek, kreatif n entry menarik untuk direview lepas tarikh tutup segmen ni :)


Oleh itu, Aini nak Tag mereka yang di pilih nie antaranya :
Eka


Klu suka entri nie Plz LIKE

I Love You Handsome Boy


Assalammualaikum,
Selamat tengahari semua..


Hari ni update cerita pendek jek pasal Handsome Boy.
Siapa lagi klu bukan si handsome boy cilikku Muhammad Danish Thaqif.
Korang tau tak gelagat die sekarang ni kan makin menjadi tau..
Aduhai bukan main ligat lagi die sejak dah besor ni.Klu Aini marah die pandai amik hati plak tue.Nanti tiba-tiba datang cakap "Ami ayang"(Ami=mummy) sambil peluk dan cium pp.Comfirm lah kita tgh marah pun tak jadi marah.hehehe betapa bijaknya budak cilik ni.Ya Allah!Sayangnya Aini pada budak cilik ni tak boleh nak digambarkan.Hanya Tuhan sahaja yang tau.
Budak cilik ni pun tau jeles tau..Bila anak buah Aini duduk atas ribaAini, dia tarik tangan anak buah Aini suh ketepi die nak duduk plak.Memang die tak bagi orang lain duduk kat Mummy die ni...hahaha.Klu dapat adik nanti mcm mane lah agaknya budak cilik ni jeles..Kene bersiap sedia lah mcm ni..
Sekian sahaja cerita untuk kali ni..smile....:)

I Love U Handsome Boy mummy!!!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

Terima Kasih Si Dia Yang Bertuah 222


Pagi ni Aini tak dapat nak tdo so dok depan lappy tgk blog pada jam 2:22Am.
Alamak!!!Baru terperasan lah. 
Aini rasa cukup bertuah dan bersyukur dengan angka 2 nie sebab ape cer tengok gambar kat bawah ni


Si Dia yang Bertuah..
Siapa tue?..Jeng..Jeng..Jeng!!
Dia guna nick MeiMei tapi bila nak jejak balik blog die Aini tak jumpe address blog beliau.. 
Harap die dapat tinggalkan jejak kembali untuk Aini.
(Terima kasih sebab sudi nak jadi Followers blog nie)



Klu suka entri nie Plz LIKE

15 November 2011

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular




Wow!! Bila tgk header contest ni bersemangat nak join.Contest ni anjuran dari Fixx 

Klu tengok pada tajuk contest ni, blog Aini ni sememangnya tak layak.Maklumlah masih newbie lagi katakan..hihi 
Tapi disebabkan semangat yang kental (cewah!!!) Aini memberanikan diri untuk join contest ni jg.

Tentang Blog Aini :

Aini terjebak dalam dunia blog ni bermula pada JUN 2010.Pada asalnya blog Aini tak rupa mcm ni pun.Tengok orang ada blog cantik hati pun mula terdetik nak buat blog cantik jg.Dari situ timbul pula rasa minat untuk mengedit blog sehingga terhasilnya blog yg sedia ada sekarang ni.Tema warna blog Aini adalah warna Pink.Knape pilih warna pink sebab Aini memang gilekan warna pink sejak dari dulu lg.Kenapa pilih tajuk blog Aini "Aini Mummy Sweet" kerana menggambarkan tentang diri Aini yang merupakan seorang mummy yang sweet.(Perasan plak minah ni,sweet ker die ni?) Tujuan buat blog sekadar suka-suka tapi lama-kelamaan nak kongsi segala info ,tutorial yang Aini tau untuk dikongsikan bersama-sama blogger lain..Bak kata org "Sharing is Caring"..
Oklah sekian sahaja  cerita serba ringkas tentang blog Aini.

Kepada sesiapa yang nak join contest ni baca dulu syarat-syaratnya seperti dibawah okey;


Mudah kan!!Oleh itu, Aini bersiap sedia nak TAG mereka :
Selamat beramal....


Klu suka entri nie Plz LIKE

Pengalaman Pakai Kain Batik


Assalammualaikum,
Selamat petang semua..


Korang pernah pakai tak kain batik lepas?Alah kain bati yang selit-selit tu.Jom share pengalaman korang tue.

Buat pertama kalinya Aini pakai kain batik lepas sewaktu nak bersalinkan my son.Tu pun sebab terpaksa kan..
Cerita di sebalik kain batik ni,dah lah tak pernah pakai kain batik sebelum ni. Tak tau plak cara pakainya.kepala kain kat bahagian mane.Aini Main hentam aje..Sampai kat hospital kain batik still maintain beb,kononnya terror ler tu.hahaha.Bila nurse dtn nak check die siap ckp "dik, bukan main lagi simpul kain batik ni mcm tak bagi buka jek"..hahaha aku pun jawab "tak tau pakai kain batik lah nurse tu sebab jadi mcm ni".Nurse tu boleh tergelak tgk Aini ikat kain batik mcm tu.
Sepanjang berpantang of coz ler kne pakai kain batik ni kan.Memang normal bagi seorang yang berpantang pakai kain batik ni.Ade ker org berpantang pakai suar ish! tak pernah lg tgk.Abiz kain semua kain batik my mum Aini gunakan sbb Aini hanya ada 1 helai jek kain batik ni.Tu pun org bagi.Tapi Aini pakai sebulan jek pastu dah tibai suar dh.Nasib ler my mum seorang yg tak cerewet,faham keadaan tak lh Aini kena marah sbb bru sebulan dh pakai suar. leceh r pakai kain batik kejap nak tertanggal lah nak terbuka lah..
Itulah die pengalaman memakai kain batik..


Klu suka entri nie Plz LIKE

11 November 2011

Geram!!!....Geram!!!...Geram!!


Assalammualaikum,
Ape kbr hari ni?Sihat ker?
Wah lame nya Aini tak update..terasa mcm sebulan di buatnya.


Kenapa lama tak update?Ni lah sebabnya dua hari tak boleh nak online.Bengang tol r Aini dengan Maxis ni,dulu  klu 3 bulan tak bayar bru die block,tapi skang dah bertukar plak.
klu 2 bulan tersangkut terus menerus die block.Padahal Aini dah bayar tinggal balance rm40..Selalu takde pun mcm ni..Selagi kredit limit tak full selagi tu boleh gunakan lagi.
Tapi sekarang bukan main berdesup jerk die nak block.
Bertambah hot bila Husband boleh gelak sebab kena block.dah lah kne block die boleh nak gelak2.Memang hangin ler lagi jawabnya..Angin punya angin Aini suruh die yang settle kan payment broadband baru padam muka die ..hihihihi..Tu lah sape suh gelakkan.Memang saja nak suh kne bayar ler tue..
Bertambah lagi naik hangin plak tue dh buat payment lembab plak nak aktifkan balik..Geramnya....!!!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

8 November 2011

♥ Contest Cute Blog Design ♥

 
Assalammualaikun,,
Selamat Hari Raya AidilAdha..


Ape? Contest Lagi..Zuuuppp...!!Laju jerk Aini nak join Contest ni.
Contest ni anjuran dari tuan Puteri Sofya
Jom kita try cuba nasib plak.Mana lah tau ada rezeki kan..kan..kan..

Bagi sesiapa yang rasakan blog die tue "Cute" jom kita sertai ramai-ramai..
Macam mana nak join senang jerk.


Korang perlu baca syarat-syaratnya kat sini
--->> CARA JOIN CONTEST <<----

Cepat-cepat lah join sebab Contest ni bermula dari 30/10/2011-30/11/2011.


HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!(Ni kata pihak penganjur..hihihi)

Tak rugi pun klu korang join sekurang-kurangnya dapat gak kita berkenalan sesama blogger btol tak?


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 November 2011

Boleh Ketagih Ke Makan Biskut Oreo?


Salam,


Korang nak tau tak sejak akhir ni kan Aini gemar sangat makan biskut oreo chocolate creme.Oreo yang lain2 tue tak brape minat lak.Yang oreo aiskrim tue pun sedap tapi tak leh makan banyak nanti cepat muak.Yang peliknya kan dulu Aini tak berapa sangat gemar makan biskut coklat ni..Tapi sekarang lain plak dah jadinya.1 minggu mesti kena ada stok 2 bungkus.Klu tak rasa macam ada yang tak kena jerk bila tak makan biskut oreo ni.Nak kata mengidam tak pulak blum rezeki lagi.Aiyak!!Sampai husband pun naik hairan tgk Aini ni..Tak makan nasi pun takpe janji perkena oreo pun dah cukup.Agaknya biskut oreo ni boleh wat orang ketagih ker?
Klu mcm ni sampai bila lah Aini ni nak gemuk.kan..kan..kan..Orang cakap makan coklat cepat gemuk kan tapi Aini tak gemuk2 pun mcm tue jg..hihihi


Klu suka entri nie Plz LIKE

Pengumuman-Pengumuman Untuk Sahabat Blogger

 Berbicara tentang
-------------->> PENGUMUMAN<<--------------

Tiba masa rasanya untuk mummy bertukar angin lah.Bukan angin yang kat bawah tu ek (kentut) hihihi...Tapi angin mood mummy yang inginkan perubahan nama panggilan atau senang cerita bahasa diri.Korang faham tak?
Mulai saat ini mummy akan bertukar nama panggilan ker nama AINI plak ok, bkn ape nama tu lebih sweet seperti orang nya jg..(hahahahaha perasannya!!!)
Harap maklum yerk.........Pasni calling AINI jek..Jangan pggil "Wo Aini" plak yerk!Nanti jeles plak En.Husband tue..hihihihi..Tapi klu korang rasa nak syg pun boleh jg kan memang digalakkan dalam islam untuk sayang sesama umat islam btol tak?

Oklah callobetty!!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

Cara Letak Icon Comel-comel


Assalammualaikum,
Selamat Pagi murid2 sekalian..
Hari ni Mummy nak ajar korang cara letak icon comel-comel mcm mummy nie kan.Seperti status mummy tu nampak tak? Yang dalam kotak warna merah tue...



Cara yang cukup mudah untuk korang pratik kan

 Mula2 Go to Dashboard > Design >Add A Gadget > HTML/Javascript

Copy kod kat bawah ni, kemudia paste kot yg di copy tu kat HTML/Javascript
<center><img src="URL IMAGE Icon Comel"/>AYAT KORANG</center>
Ayat tue pandai2 korang lah nak tulis ape pun kan.

 Dah siap save lah ape lg.btol x..hehe

Note:klu korang xtau nak amik kat mne URL image tue leh amik kat >> SINI << pilih jerk yg mane suke

UPDATE!!!...
Contoh :
Ni contoh nak letak icon yang dalam kotak warna Hijau kat atas tue..
 <center><img src="http://dl5.glitter-graphics.net/pub/638/638145bltz6zqhdo.gif"/>Taken By My Love</center>


Klu suka entri nie Plz LIKE

3 November 2011

Disember Bulan Honeymoon


Assalammualaikum,,

Rasa cam lama jerk tak update blog nie..

Bulan Disember ni konon planning nak gie Honeymoon kat Bukit Gambang Water Park.Dah bincang ngan husband die pun on jerk..Maklumlah dah ada anak ni susah sikit nak gi Honeymoon.
Wah mesti gempak di buatnya.Macam buat "Family Day".
Sape nak ikut Mummy gie sane..Jom lah..!(ni dikatakan pelawa okey) hihihi..


Mummy tgk gambar nie pun rasa cam tak sabar jek nak gie sana..Cepatlah bulan Disember.Kebetulan juga bulan Disember tue juga "Birthday" Mummy..hoyeh!!Hoyeh!!..
Terbayang-bayang dah suasana kat sane tue
Mummy nak tanya lah siapa pernah pergi Bukit Gambang Water Park ni?Cube citer skit tempatnya best ker tak?Mummy dengar ada yang ckp tak best,ada yang ckp best.Mana satu tah yang btol nie.Berbelah bagi rasanya nak pergi ni..
Jom,share citer pasal Bukit Gambang Water Park ni kat komen yerk.Harap sangat dapat respond yang positif.


Klu suka entri nie Plz LIKE

Lajukan Internet Selaju F1


Dulu internet lembab macam siput sedut...
Tapi sejak test guna tips ni..pergh!!!
Memang ade perubahan yang ketara
Cayalah!!!I like it..

Ikuti Step di bawah : 

1. Start > Run > taip gpedit.msc 




2. Keluar tetingkap "Group policy"
Klik pada Computer Configuration > Administrative Template > Network > Limit Reservable Bandwidth


*Klik pada image untuk kelihatan dengan jelas

3.Klik kanan Limit Reservable Bandwidth > Properties atau Edit > Enable > Bandwidth Limit (%) setkan kepada 100.

4.Selesai ,try lah korang suft internet.

*Pesanan : Bagi sesiapa yang dah cuba trick ni sila bagi komen yerk..Harap maklum..Sekian..


Klu suka entri nie Plz LIKE