21 Disember 2012

Segmen : Memori 2012 Terpahat di Ingatan


Assalammualaikum


Secara tak sengaja terjumpa plak segmen ni kat blog Aisyah Humaira nampak macam menarik.So mummy budak pun nak juga kongsi memori 2012.Sesiapa nak join klik jek banner atas tu ek.


Tahun 2012 banyak meninggalkan memori pada Aini.Syukur Alhamdulillah tahun 2012 ini kami bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga kami. Pada 26 Ogos 2012,merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi kami sekeluarga kerana pada tarikh itu lah Aini telah selamat melahirkan putera kedua seberat 2.36kg pada jam 5:55 pm di Hospital Suitan Ismail,JB. Putera Aini ini telah diberikan nama Muhammad Darwish Rifqi bin Mohd Hamizan.


Ini dia budak comei yang baru kuar dari perutku

Pengalaman bersalin kali kedua ini banyak meninggalkan memori.Aini bersalin secara normal tp terpaksa diinduce coz ada Aini ada GDM.Ini juga merupakan memori yang takkan dilupakan sepanjang hayat apabila merasai bagaimana bersalin secara induce.Paling terharu bila husband Aini dapat menemani Aini ketika berada di dalam laboor room di saat-saat getir.Terima kasih Sayang...!!!Ini kerana sebelum ni hubby tak sempat nak masuk laboor room Aini dah bersalin dah.



Kini si comel ini sudah pun berusia 3 bulan.Sudah pandai jerit-jerit.Malah tak boleh tak nampak mummy die nanti sekejap jek dah nangis mencari.Maklumlah muka copy paste mummy..Hihihi..


Dah mula pandai meniarap dah..Memang dah tak boleh nak tinggal sekejap ini budak.

Sekian sahaja kisah memori 2012 yang terpahat di ingatan Aini.sampai bila-bila pun tak kan terpadam memori ini.Maaf entri pendek kejor masa nak type panjang-panjang baby lak nangis so ini jek lah yang dapat hihi..

Sayang anak-anak mummy!!!!...


Tag: Semua yang datang baca blog ini.Terima kasih :)



4 comments

22 Dis 2012, 9:29:00 PG

Memang kenangan manis ni.. Moga Darwish Fiqri bakal menjadi anak cemerlang yg membahagiakan mummy & daddy

22 Dis 2012, 12:16:00 PTG

@Nor Salmi
Tq sis tp sis name bby Darwish Rifqi bkn fiqri hehe..Amin..

23 Dis 2012, 2:43:00 PTG

tahniah kak dapat baby baru.. semoga bby Darwish Rifqi akan menjadi permata yang dapat membahagiakan ibu bapanya kelak..

jom terjah memori 2012 kawan-kawan lain pula ya.. http://pon2ecah.blogspot.com/2012/12/senarai-peserta-segmen-memori-2012.html

23 Dis 2012, 8:33:00 PTG

Assalamaualaikum, dtg dari segmen yg sama, comel nya baby tu.. tahniah akak :)
http://dairihatiyana.blogspot.com/2012/12/segmen-memori-2012-terpahat-di-ingatan.html