12 Julai 2011

Daging Black Pepper


Bahan-bahan

1 kg daging
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu cili kisar
Lada hitam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Gula
Minyak masak untuk menumis

Cara - cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali sampai naik bau.
  2. Masukkan daging biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan sos tiram,kicap,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  4. masak sehingga daging empuk.
  5. siap untuk dihidangkan.
Tips
  • untuk lebih sedap, perang daging bersama lada hitam,bawang besar,bawang putih danhalia yang dikisar.
  • Boleh masukkan capsicum untuk lebih sedap dan lebih menarik.