7 Julai 2011

Sup Ayam Special


Bahan-bahan ( 8org )
  • ·         1 ekor ayam potong 16
  • ·         1 labu bwg merah
  • ·         2 ulas bwg putih
  • ·         1 inci halia
  • ·         sebatang kulit kayu manis
  • ·         4 kuntum bunga cengkih
  • ·         2 kuntum bunga lawang
  • ·         3 iji buah pelaga
  • ·         2 bj kentang
  • ·         1 btg lobak
  • ·         1 mangkuk air panas br masak
  • ·         lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • ·         daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara
  1.  Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2.   Bwg merah & bwg putih dikisar halus.Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong  bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4.  Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5.  Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7.  Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang