14 Julai 2011

Ayam Masak Black Pepper


Bahan - bahan

  • 500 gram Ayam
  • 4 ulas bawang merah(dikisar)
  • 2 ulas bawang putih(dikisar)
  • 2 inci halia(dikisar)
  • 1 btg serai(diketuk)
  • Lada hitam
  • sos tiram
  • Kicap pekat
  • Pati ayam
  • garam
  • gula
  • Minyak masak untuk menumis
Tips: Nak nampak menarik lagi blh letak lada merah dan daun sup.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga hampir masak serta serai yang dah diketuk untuk menaikkan bau.
  3. Masukkan sos tiram,kicap pekat,lada hitam,pati ayam,garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sampai ayam tadi dah masak.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!!!