21 Mac 2012

Daging Salai Cili Api


Terasa plak tekak nak mkn daging..Jom kongsi resepi daging plak..Sama-sama kt cuba yerk...

Bahan - bahan :

1/2 Kg daging (dipotong dan disalai)
1 mangkuk rebung (dihiris nipis)
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
1 batang serai (diketuk)
2 biji tomato dibelah empat
Santan dr sebiji kelapa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :

  1. Kisar kunyit,halia,bawang merah dan cili api.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
  3. Masukkan pula rebung,daging salai dan santan.
  4. Masak ramuan ini dengan menggunakan api sederhana.Kacau perlahan-lahan agar santan tidak naik minyak.
  5. Apabila mendidih masukkan pula serai dan tomato.
  6. Tamban garam secukup rasa.Kacau seketika dan biarkan ia mendidih dan masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.

1 comment

awekku
21 Mac 2012 11:40:00 PTG

Cuba jgn x cuba