Salam,
Kali ni aku nak kongsikan petua-petua yang aku tahu lah...Jom kita share sesama eh..
Penawar Sakit Kuning
- Berikan susu ibu
- Ibu pula makan epal hijau setiap hari
- Kadangkala bayi yang baru dilahirkan kelihatan kekuningan.Rebus daun bungaraya dan daun sireh dengan air kelapa.Kemudian mandikan bayi dengan air tadi.
Kedut Perut
- 1 sudu kapur sireh dan campurkan segelas minyak kelapa hijau serta pati sebiji limau nipis.sapukan pada perut dan pakai bengkung.Lakukan selama 2 minggu..Insyaalah boleh hilang kedut.
Mudah Bersalin
- Makan buah kurma setiap hari
- makan sayur bendi lebih kurang 10 biji sehari
- Lakukan senaman 10 minit sehari
- Supaya mudah bersalin makanlah telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.
Penawar sakit Bersalin
- ambil segenggam daun lengkuas dan 2inci halia,diketuk sampai pecah.Kemudian rebus bahan tadi untuk dijadikan air mandian
- Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air susu Badan Selepas Bersalin
- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
- Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
- Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
- Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Ruam Bayi
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
- Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
- Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
- Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.