15 Ogos 2011

Petua Keselamatan Jalan Raya



    Kepada semua pengguna jalan raya pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhemah..Ikuti beberapa panduan keselamatan di jalan raya.
        • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
        • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
        • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
        • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
        • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
        • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
        • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
        • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
    Ingatlah org yang tersayang menanti kepulangan anda dengan kegembiraan bukan menanti dengan kesedihan.Sama-sama kita renungkan.