3 Oktober 2011

Cinta YM Ku Membawa Kebahagiaan



Ape khabar?Lama dah Mummy tak update blog...Rindunye..hehehe.
Tadi tangan tiba-tiba gatal nak buka Ym (Yahoo Messenger).Tengah buka YM teringat plak kisah cinta YM mummy masa zaman dulu-dulu..hihi masuk dunia jiwang.Mummy ni dulu kaki YM jg sebelum kawin.Bila dah kawin terus tak ingat nak buka Ym plak.Di sebalik Ym ni ada 1 citer yang berlaku pada mummy.Al-Kisah suatu cerita tentang sorg jejaka cuba nak tackle seorang gadis ni.Gadis tue adalah mummy..Pada mula kawan mcm biasa, sama mcm kwn Ym yg lain-lain..Bermula lah episod bertukar-tukar no phone.Mummy mula-mula just suka-suka jek nak tambah kenalan.Dalam tempoh masa dua minggu mummy kenal jejaka tu dia minta alamat rumah mummy katanya nak bg gambar.Zaman dulu belum lg trend hantar gambar pakai mms hanya gne pos jek.hehehe..Kira belum maju lg lah.Tup!tapt!up!tap! sampai lah seputus surat dari die yg mummy igt surat tue sampai pada hari Jumaat.Dalam surat tu terkandung sepucuk surat cinta,dua keping gambar berukuran 4R dan pasport.Wah teruja mummy masa tue tgk tulisan die sgt2 lawa dan kemas.Dalam hati berkata jejaka ni mesti seorang yg kemas.Malam jejaka tue call mummy die ckp sekarang giliran die plak nak tgk mummy.Yang buat mummy bangga dengan jejaka ni die nak tgk dgn mata kepala sendiri.Pada keesokkannya, hari Sabtu jejaka itu dtg ke rumah dengan kawan die sebagai peneman.Mula-mula mummy tukar identiti..Entah mcm mana die blh tau yg mummy tipu die.Selepas terbongkar rahsia identiti mummy jejaka itu mula menunjukkan kan minat utk berkenalan dengan lebih rapat lg.Semakin hari semakin rajin call, sms pastu ajak keluar.Bermula lah cinta kami berdua.Nak dipendekkan cerita mummy adalah first love jejaka iut.alangkah berungtungnya mummykan.Percintaan mummy dgn jejaka tu mencecah usia sehingga 4 thn kemudian kita orang membuat keputusan bertunang pada Mac 2008.Alhamdulillah kami akhiri hubungan percintaan Ym kami dengan mendirikan rumahtangga pada tanggal 6 Jun 2009.Dan Kini kami telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki berusia 1 tahun 5 bulan.Jejaka yang mummy maksudkan itu adalah husband mummy yang sekarang ni..Terima kasih terima Baby seadanya "Baby Sayang kamu Cayang".Jangan ckp percintaan dunia internet tidak boleh membawa kebahagiaan.Buktinya sekarang mummy bertemu jodoh dari dunia internet jg.

2 comments

2 Jul 2012, 3:53:00 PTG

bila baca kisah cinta ni..... saya pun sama gak... sekarang ni menggu hari untuk bergelar isteri.... berkenalan bermula dengan ym

3 Jul 2012, 10:52:00 PG

@anakpakshaikh
Owh.Tgh darah manis ni kan.Tahniah yer!!..Selamat menempuhi dunia rumahtangga..:)
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!~~