5 April 2012

Bahana Kad Kredit


Salam,
Hari ni mood sepoi-sepoi bahasa jek.Hahaha.Dek kerana cuaca yg mendung hanya menanti hujan turun membasahi bumi.

Sebelum memulakan bicara Aini pohon maaf terlebih dahulu andai ada dikalangan korang yg terasa.Ni sekadar kongsi pendapat saja..Xde maksud pape pun.

Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.

Kebanyakkan pemilik kad kredit ni adalah dari golongan kaya.

Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.

Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.

Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.

Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri.Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.

Oleh itu, berbelanjalah mengikut kemampuan jgn mengikut nafsu..Kelak membinasakan diri sendiri dgn menanggung beban hutang yg tak mampu dibayar.Last-last dapat tittle MUFLIS.