17 September 2011

Resepi Mee Racun

Semalam aku cuba memasak resepi mee racun ni.Nampak gayanya aku berhasil memasaknya.Hasilnya seperti gambar di atas.Nampak mcm mee bandungkan tp sebenarnya bukan.Ni lah mee racun kalau korang nak tau.Meh sini aku kongsikan resepinya sekali biar korang boleh cuba sendiri.

Bahah-Bahan:

  • 1 Bungkus mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 3-4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2-3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu besar lada boh
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar gula
  • ayam,udang,sotong (suka hati nak letak banyak ke sikit)
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sebiji buah tomato
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara:
  1. Rebus tulang lembu dengan halia.
  2. Tumis bahan yg dikisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis sehingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang,kemudian masukkan soso tomato,sos cili dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang,ayam,sotong,kemudian gula,garam ,kiub ayam dan lada sulah.Masak hingga kuah agak pekat masukkan buah tomato.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!

2 comments

8 Mei 2012 6:20:00 PTG

wahh..macam sedap..name pon unik ,tp mls nk pgi cri tulang lembu..

@! ❀ ainie sempoy ❀ !
hehe..klu mls nk cari tulang lembu apa kata pergi jek Batu Pahat order yg siap masak tinggal mkn.Lg snangkan.hihi :)