27 November 2012

♥ Birthday GA by Sharina ♥


Assalammualaikum

Photobucket

Jom join GA ni bagi yang berminat sila klik banner atas ni ek..Sure best ni.

♥ Birthday GA by Sharina sponsored by 
Lyssa,Eita,Maisarah,KinaApitShida and Atiqah ♥ 
thanks a lot :)


Klu suka entri nie Plz LIKE

23 November 2012

KENAPA BABY COMEL KITA TERSEDAK SUSU





KENAPA BABY COMEL KITA TERSEDAK SUSU ..?

Tak lama dulu kita ada mendengar kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekeliling menjaganya.

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.


Sebab-sebab bayi tersedak susu

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu adalah salah.


Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).

- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

- Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..

- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

- Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.


kredit to--->Kelab Penyusuan Si Manja




Klu suka entri nie Plz LIKE

21 November 2012

Beli Barang Online Tapi Hilang Kat Kurier


Assalammualaikum

Pengalaman yang tak pernah ku alami selama ini akhirnya ku alami nya juga.Tabiat Aini suka beli barang online ni memang sejak dulu lagi.Disebabkan kecanggihan zaman skang ni nak beli just order n buat payment n then tgu jek kat umah brg pun sampai depan pintu.Tak pernah terlintas dalam kepala otak ni yang beli online ni mudah kena tipu sebabnya Aini akan selidik dlu sebelum nak berurusan dengan seller online ni.


Sebelum ni xde timbul masalah besar just masalah lambat hantar atau tersalah hantar tu jek.Tapi kali ni Aini ada beli stroller dengan Sweetcherry Online.Barang tu dikatakan proses 5 hari bekerja baru sampai.Ok lah Aini tunggu disebabkan buat Aini buat order n payment pada 6 Nov 2012.So untuk proceed kne tgu 2 3 hari.Maka 8 Nov bru proceed n brg pun dah di pos gne kurier KTM.

Tunggu 5 hari waktu berkerja dr 8,9,12,14 & 16 Nov (10,11,13,15 Nov ari tak bekerja ada public holiday) masih tak sampai juga.so blh sabar lg ni.Hari Isnin berikutnya Aini call Sweetcherry tnya knape brg still x sampai lg die org pun terkejut knape tak sampai sepatutnya dah sampai.Cek punya cek call KTM kl pastu KTM Jb lg.Masing2 ckp xde rekod brg tu pd die org.Call lg Sweetcherry die pg settle kan n nti die org call back.Hati Aini dah rase lain mcm jek.Mesti ada yang tak kena dengan brg ni.

Tgu punya tgu sweetcherry  call back Aini,ape yang memeranjatkan Aini die orang cakap brg Aini hilang dekat KTM.Terkezut ku dengar brg hilang.Mak oi bukan harga barang tu setakat rm 10 20 30 tau ni barang harga beratus-ratus blh hilang.Naya aku mcm ni.Amat mengecewakan.Nasib baik dan bersyukurlah yang pihak Sweetcherry tu mahu bertanggungjawab atas kehilangan barang Aini kemudian di gantikan dengan yang lain n servis kurier lain.

Pengajaran lain kali klu nak beli barang yang mahal-mahal tak mo dah guna KTM lambat bek gne kurier yg servis cepat..Sekali kena dengan TM mahu serik Aini.


Klu suka entri nie Plz LIKE

20 November 2012

Fenomena Durian Crepe


Assalammualaikum

Fenomena Durian Crepe telah melanda di negara kita sekarang ni.Sana-sini bercakap tentang Durian Crepe.Amboi mcm hebat jek makanan ni sampai semua org cakap sedaaapp!!.Aini mmg lama teringin nak makan durian crepe ni tp nak bli kena by hand tak boleh post.Kang berkulat lah pulak yer..


Akhirnya baru ketahuan yang jiran kampungku ada membuatnya.Huh ape lg Aini cuba untuk merasai kenikmatan Durian Crepe ni.Nak buat jgn harap ler Aini fail bab2 kuih-kuih ni hahaha..Tau makan ajer..


Sekali dah rasa comfirm mmg tak cukup klu order 1 set ni pasti kena order 2 3 set lg.Hahaha..memang meletop-letop dlm mulut bila mkn ni..kebaabomm.hihi..Lihat lah isipadu dalamnya yang padat.Memang lazat di nikmati bersama keluarga..

Sape yg belum merasa penangan durian crepe ni ape lg cuba try lh yer..cari di sekitar kawasan korang..Hehehe selamat mencuba yer kawan-kawan..Nyumm..nyumm..



Klu suka entri nie Plz LIKE

6 November 2012

Stroller Disney Baby


Assalammualaikum
Hari ni Aini nak let go stroller disney ni plak..hihi disebabkan jarang sangat digunakan lalu menyempitkan rumah so let go jek lah yer..Siapa berminat leh ler inbox eh FB Aini.Harga let go RM250 tp still lg blh nego..Siapa yg sedang mencari stroller dengan harga cun meh ler...Tq sebelum tu tgk dlu gambar kat bawah ni ek..Ada serta kan skali die punya features.TQ

 Setelah di lipat untuk disimpan

 posisi hadapanya

posisi di sisinya

Features:
1. Two way pushing function: Reversible handle - Easy for parent to care for the baby
2. 5-point safety harness
3. Integrated braking system
4. Front wheels with strong suspension - Front wheels could absorb the wallop from the road, more comfortable & safe
5. Large storage basket convenient for shopping
6. Multi-position adjustable backrest - Baby can sit or lie
7. Adjustable canopy with peek-a-boo window
8. One-hand adjustable reclining seat
9. Parent cupholder
10. Large storage basketFB Aini


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 November 2012

Wow Mables Terangkat Beb


Assalammualaikum


Thanks My Love bawa wife awak makan Wastern Food.Masuk kali ni dah 2 kali makan Chicken Chop kat sni.Walaupun Restoran Tok Mak ni baru beroperasi makanan yang disediakan memang sedap-sedap lah..Senang citer makan mesti sampai licin lah.Dah jadi dalam senarai pilihan tempat makan untuk kami sefamily tau.

Orang-orang KOTA TINGGI boleh lah cuba yer..Yang mana nak berjalan ke KOTA TINGGI blh try singgah RESTORAN TOK MAK (Selera Fateha) di Taman Daiman dan merasa kenikmatan makanannya..Wah mcm buat promosi pulak..Tokey kedai lps ni blh bg diskaun ek lau makan kat sana sbb dah tolong promote ni..Hahaha..




Klu suka entri nie Plz LIKE

3 November 2012

Manfaat Bayi Susu Ibu



Just for sharing untuk mommy semua..:)
Memang susu yang terbaik di dunia ini adalah SUSU IBU


Klu suka entri nie Plz LIKE

Untung Budak Zaman Sekarang


Assalammualaikum

Abang Danish dapat gadget baru dari daddy.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
v
Jeng..Jeng..Jeng...
Tq Daddy ~~~
~Tablet PC Nautica II~

Bertuah sungguh jadi anak zaman skang ni kan ape sume benda blh dpt.Beruntunglah kan.Kita dulu xdapat pun mcm tu kan sbb mak ayah kita tak mampu nak bagi.Belikan die ni sebab asyik gado jek nak main org lain punya.Siankan budak kecik mcm tu harus diperkembangkan mindanya dengan benda-benda baru.Tak lah nanti rasa "jakun".hihihi..

Walaupun tab ni harganya murah..(Murah ke? Rm250) bermanfaat untuk semua peringkat umur.Bukan setakat boleh buat main game jek tau tapi boleh dapat ilmu melalui tab ni jg.Jangan salah ilmu sudah ler..Salah satunya adalah sebagai media belajar anak kerana banyak dari aplikasi android yang dapat kita manfaat untuk membantu edukasi anak kita.

Daddy blikan tab ni melalui online jek,rasa gerun lah jg walaupun harganya x mahal tp takut jg kes mcm beli tab sekali dapat lesung batu ke.Ha amik ko klu kne mcm tu mau tak naya ke..Tapi nasib baik syukur Alhamdulillah tak terkena.Sebelum nak bli tu selidik btol2.Nak beli boleh ler tgk kat FB Gadjet Shop 

Ha,selepas adanya tab ni setiap kali bangun pagi jek mesti die minta nak ipad katanya walaupun ni tab sebenarnya.Abang Danish suka dengan aplikasi Alif Ba Ta sebab die suka mengaji.hahaha.Ish bila dah ada tab ni senang sikit adiknya nak tido klu tak Abang Danish ni selalu kaco adik tido.Guna sebaik mungkin yer wahai anak-anak ku sekalian.


Klu suka entri nie Plz LIKE