4 Jun 2013

Puree Bayam Untuk Baby Awish



Mari kita  buat puree Bayam Hijau.Jangan terkejut plak sayur berdaun ni blh buat puree yer.Ni sebabnye sayang beli seikat guna nti 5 6 helai daun jek.Lgpun xblh nak simpan lama sayur ni nti lecur plak kan.Ambik jln selamat pureekan jek.Tahan lama gitu.Klu freezer lah.

Anak dah 9 bulan baru nak bg makan bayam.Adoihai mummy sorg ni.Kekeke.

Pilih sayur bayam yang segar..Kemudian cuci bersih dari segala kekotoran.

Dah siap cuci bolehlah rebus@celur dalam periuk yang berisi air(gunakan air bertapis klu blh).Jangan lama sangat yer 2-3minit cukup.Klu x nanti zat2 hilang rugi jek.Klu steam lg bagus.


Selepas dah rebus@celur angkat dan toskan sayur bayam tu tadi.

Lepas tu blend sampai halus.(Ni pic terlupa snap mse tgh blend hehe..so dah siap baru teringat.Hahaha)
Tada..Siap blend masuk kan dalam bekas yang sesuai kemudian bekukan.Senangkan.Nak masak nti tinggal campak2 jek.



Kongsi Info:

PERIHAL BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

4 comments

4 Jun 2013, 5:09:00 PTG

wah makan bayam lah awish nanti kuat macam popeye taw heheh

4 Jun 2013, 5:13:00 PTG

@nuha ahmad
Hehe sblum mkn bayam ni pun die dah mcm popeye cane..

4 Jun 2013, 11:18:00 PTG

eh, budak kecil pun boleh makan ye???? wahhh... bgus ni...kat rumah ena ni, dah lama tak masak bayam.. ena kureng minat sikit makan bayam ni...

5 Jun 2013, 12:17:00 PG

@✿AINAA ROSEBERRY✿
Boleh tgk info khasiat sayur bayam tu bgus tau..