17 Januari 2013

Comfort Ultra Pure Sangat Best


Assalammualaikum


Hai,hai, lama tak berentri ni.hehehe ok kali nk story mory skit tentang softener Comfort Ultra Pure ni.Mula lah tangan ni gatal nak try bila ramai yang kata bau die wangi plak tu memang khas untuk baby.Mula-mula harus try yang botol kecil dlu lah.

Wow!!Wow!! lepas dah try menggunakan nya memang x menyesal lah beli sebab bau die superb!!! wangiii...Bau die blh bertahan lama.Suka sangat.Pastu tu baju anak-anak lembut jek umpama pegang kapas.Klu boleh nak cium jek die org setiap masa.So klu anak bujang Aini tu berpeluh dekat dengan die tetap bau wangi jg sebab bau dr softner baju yang die pkai tu.

Lagi best bila lepas kita basuh baju dan bilas dengan softener Comfort ni kemudian  jemur kat ampaian baju tetiba angin bertiup fuh..nyaman nye bau die sampai ke dalam rumah.Padahal jemur baju kat anjung rumah jek hahaha..Lepas ni boleh beli saiz yang besar plak.

So percaya atau tidak, Betul @ Bohong cubalah sendiri yer.

Lawati COMFORT ZONE MALAYSIA untuk mendapatkan SAMPLE PERCUMA sekarang!!!

Jom share mcm mane nak cuci pakaian bayi atau anak-anak kecil.

TIP MENCUCI PAKAIAN BAYI:

  1. Bagi membersihkan pakaian bayi sudah semestinya memerlukan perhatian yang lebih daripada anda. Sebaik-baiknya gunalah cucian tangan kerana cara ini dapat memelihara baju agar tidak cepat ‘mengembang’.
  2. Pastikan anda menggunakan bahan pencuci yang dirumus khusus untuk bayi bagi mengelakkan sebarang alahan pada kulit si manja anda. Jika timbul sebarang alahan pada kulit bayi anda, berhenti menggunakan bahan pencuci tersebut.
  3. Asingkan pakaian bayi dan pakaian ahli keluarga yang lain.
  4. Pastikan anda mencuci terlebih dahulu pakaian yang baru dibeli sebelum dipakaikan kepada si manja anda. Ini penting bagi memastikan pakaian tersebut benar-benar bersih.
  5. Elakkan menggunakan bahan pemutih pada pakaian bayi anda. Kandungan bahan tersebut mungkin boleh mengundang iritasi pada kulit si manja anda.
  6. Jika terdapat kotoran degil pada pakaian si manja, rendam terlebih dulu menggunakan air biasa selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih. Setelah itu, rendamlah dengan menggunakan air dan bahan pencuci khusus untuk bayi. Kemudian, bilas dengan air yang mengalir.
  7. Pilih bahan pelembut yang selamat untuk kulit bayi anda dan Comfort Ultra Pure adalah pilihan yang tepat.
  8. Setelah itu, gunakan suhu paling rendah pada mesin pengering untuk mengeringkan pakaian bayi. Kemudian, jemur hingga kering.
  9. Akhir sekali seterika (jika perlu) pakaian bayi dan simpan di tempat yang baik, kering dan bersih.

2 comments

18 Jan 2013, 3:32:00 PG

kompom semerbak harum satu rumah gune nih kan

18 Jan 2013, 12:07:00 PTG

@Mimi Fadeli
A`ah 1 rumah blh semerbak hihi.sampaikn ank yg bujang tu ckp mummy wangi nyer..hehe..