Yeyeh!! Baby punya dah sampai..Seronok yer baby ni sampai tendang2 mummy plak tu.hihi.
Set Sarung Tilam with bantal
Akhirnya tempahan Aini untuk new baby siap jg.Walaupun penerima tempahan hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk menerima tempahan dari Aini.Terima kasih tak terhingga kepada Kak Mawarni Hussain merupakan pemilik kepada Cutie Baby Bedding.(Jom Order)
Comforter/Quilt tebal tau..(1 inci")
Setelah menilik fabrik yg tersedia ada akhirnya husband buat keputusan nak fabrik yg ni.Sebab dua-dua gender blh pkai.Nampak kan mickey & minnie lg tu..Sweet couple..Hhihi..Ni corak fabrik terlaris tau.Aini berpuas hati menempah kat Cutie Baby Beddingkemas pun kemas,paling suke perkhidmatan terpantas tak sampai seminggu dah siap..Express kan akk ni.
Harga pun murah jek set sarung tilam saiz custom saiz + comforter/Quilt (tebal)
Syukur alhamdulillah, rezeki yg datang kepada kami sekeluarga.Pejam celik sekejap jek kita dah seminggu puasa ek.Ish2.Org lain gembira menanti saat raya tapi bagi Aini berdebar-debar plus gembira kerana saat-saat getir bakal muncul tak lama lg.
Persiapan dah ready lum,Family Aini dah siap-siap dah.Cepat sebab persiapan jenis tunjuk-tunjuk guna jari kemudian stanby jek ongkosnya(duit).Aini tau ada jg yg dah siap sedia sebelum puasa lagi kan..Wah mmg terbaik r klu mcm tu.Aini plak sebelum ni tak planning apa-apa pun pasal bju raya cuma igtkan husband kitar jek semula bju rye yg lepas-lepas.Untuk anak kena cr baru lah sebab dh tak muat bju rye yg lepas.
Last-last tukar warna tema plak.Warna apa tema tahun ni untuk family Aini kne tgu entri pasal hari raya pertamalah.Hihihi.Senang hati bila persiapan dah buat awal untuk family tak lah sibuk sgt nti bila dah dekat nak rye nanti.
Sambungan cerita semalam (Cerita Semalam).Mari lihat aksi si abg Botak bermain drum..hehehe..Kali ni entri bergambar.Zazzsss Layan.................!!!
Test..test..testing..1..2..3..Seronok jek muka bila dpt tau daddy die belikan set drum ni.asyik tersengih-sengih jek.
Cewah mula-mula, malu-malu konon nak pukul.Sekali dah dapat pukul tak berhenti.
Dengan penuh yakin Abg Botak ni bermain drum..Cer tgk gaya muka die tu.Agak-agak ada bakat tak jadi pemain drum terhebat ni.Hahaha.
Sekian sahaja persembahan saya untuk hari..Terima kasih!
Sejak benda ni ada.Pagi petang siang malam asyik jek nak berdrum.Teruja benda baru.Sebelum ni Abg Botak sebenarnya xtau lg yg daddy die nak belikan set drum.Sekali dh tgk depan mata kedekut tak bagi orang lain usik drum tu.Yang kesian daddynya lah excited punya pasal nak main last-last anaknya tak bagi main..hahaha siannya..Siap ckp dengan daddy die lg "tak mo, tak mo".Tgk jek lah daddynya yer..
Menanti dengan penuh kesabaran akhirnya sampai juga walaupun amik tempoh masa seminggu.Yang paling tak sabar En.Husband hari-hari tanya bila brg nak sampai.Tak penyabar lah husband ku ni..Hehehe..
Parcel yang tiba petang tadi
Ini lah gambaran benda yg ada dalam bungkusan yg diterima tadi.
Barang yg sebenar blum buka lg sebab husband pesan tgu die blik dr ofiz bru buka kotak.Excitednya husbandku ni.Padahal belikan untuk anak tapi daddynya yg lebih-lebih.Hahaha..
Set Drum ni dibeli secara online.Zaman skang guna hujung jari jek beli barang.Ni beli dengan Mummy Kids Toys.Sapa nak shopping brg mainan untuk anak-anak boleh pergi ke Fb Mummy Kids Toys .Siaplah dua beranak ni buat bising kat bilik nanti.Adohai...
Duit baru ni seakan-akan duit sembahyang cina mati ?....(Biasanya duit yang digunakan oleh masyarakat Cina untuk dalam upacara kematian).
Dikatakan beberapa buah kedai cina telah enggan menerima duit ini kerana di katakan sial dan suwey...suratan atau kebetulan???
Apa pendapat korunk ek..Cam serius jek bunyinya nie..Hmmm...Aini rasa lain kot cuma dari segi warna jek kot.Entah lah tak leh ckp byk sebab duit ni yg Bank Negara keluarkan.Mereka ada pendapat mereka sendiri..So renung-renungkan,,,Hihihi.
Di kesempatan ini Aini ingin mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger yg beragama Islam tak kira di mana jua anda berada.Selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang.
Sebelum tu jangan lupa niat puasa yer kawan-kawan.
Alhamdulillah, selamat sampai ke tangan.Selepas bt order dengan The Little One Boutique akhir bln Jun ari tu.Sebelum ni ada entri pasal botol Avent baru ni ( Baca Sini )
Botol Avent Design Baru versi 2012
Bila dah tgk depan biji mata sendiri botol ni, baru Aini tau betapa cutenya botol ni.Rasa cam nak order lg jek.Hahaha..tp sian garu kepala nanti En.Husband.
Danish pun pandai tau, nampak botol baru die punya suka amboi..Melompat keriangan.Mula-mula igt nak belikan utk baby yg bakal lahir nti tp pikir-pikir anak bujang sorg ni nti berebut nak jg.So belikan 1 untuk Danish, 1 untuk baby yg bakal lahir nanti.Siap awal-awal hihi.
Belum apa-apa lagi Danish dh amik dlu botol 9oz ni.Lepas Aini cuci n steril terus die minta susu suh bt dlm botol baru.Aini bt dalam botol lain die x nak nangis sampai merajuk.Aini tukar guna botol Avent ni baru senyap.Penangan botol comel ni bt anak Aini nak susu jek.Adohai..
Lama x kemas blog ni.Gara-gara kena serangan virus selsema n batuk.Adohai tgh sarat-sarat ni kena batuk rase cam nak tercabut jek pinggang ni.Syukur Alhamdulillah dengan kuasa Allah kini dah kembali sembuh.(Amin)
Ni lah ubatnya yang menyembuhkan batuk
Ada org bagi petua katanya klu nak cepat baik batuk makan lah aiskrim Perisa Vanilla.Ape lg terus ler pergi supermarket cr aiskrim ni.Nak beli yg besar teringat plak yg diri ni tgh berpenyakit GDM.Time preggy nak telan ubat batuk dokter tak bagi so telan aiskrim jek lah.
Dengan berselera ku telan aiskrim Vanilla nie.Sedap tol, nasib lah aiskrim nie kurang manis skit berbanding yg lain tu.Klu x pergh!! mendadak naik paras gula dlm badan ni.Sape nak jawab dengan dokter nti.Hahaha
Ha!sape yg tengah batuk tu blh lah try cuba yerk mane tau kot-kot mujarab mcm Aini ni ha..Selamat mencuba :)
Minggu ni cuaca agak kesejukkan hari-hari mesti hujan.Tak lebat tapi gerimis mengundang jek.(mcm tajuk lagu plak)..Aktiviti semalam mengundang gelak ketawaku yang kuat.Korang tau kenapa? My hero kena botak kepala akibat daddy die punya kje.Sian die xde rambut dah.
Beginilah rupa My Hero sebelum n selepas berbeza benor muka nye kan..
Yang sebenarnya nak suh daddy die trim jek rambut bg pendek sikit jambul depan tu.Tapi entah mcm mane daddy die blh terzzapp!! rambut depan dgn mesin rambut.Ya Allah! Aini tergelak tgk muka my Hero.Pertama kali die potong rambut mcm tu.Memang serius lain jek muka die btol ker anak Aini ni.Nasib lah My Hero tak menangis tgk rambut die takde dah.Die tersenyum-senyum malu jek bila org tanya mana rambut.Hihi..
Syukur lah bila dh pendek rambutnya tak kasar n tajam.Lembut jek rambutnya.Mula-mula risau gak klu dh pendek mcm tu rambut mesti tajam-tajam kan.Tapi apa pun anak mummy mmg sweet walau mcm mana gaya rambut sekalipun..
Sekian lama menyepi dari menulis blog kini kembali.Cewah..
Kini dengan membawa kandungan yang sudah mencecah usia 8 bulan.Dah tak larat nak ngadap blog tiap-tiap hari cepat terasa penat.Yelah tinggal sebulan jerk lg ni nk bawa kandungan yg kian membesar ni.Harap-harap semua berjalan dengan lancar hendaknya.Amin,
Hari ni Husband belikan Aini 2 biji buah kelapa untuk diminum air dan di makan isinya.Padahal kat umah ada pokok kelapa tapi malas nak jolok beli lg senang kata husband Aini.Hehehe..Org kata banyak khasiat klu minum air kelapa muda ni di saat-saat akhir kehamilanAda tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau.Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda– maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.Air kelapa muda memang mengandungi berbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil.Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsungmenjadikan baby lg sihat.Betul ke tak meh baca info ni:
1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu mengandung memerlukan lebih banyak air dibandingkan dengan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kaki cramp edema dan kontraksi yang dapat menyebabkan bayi lahir prematur.
2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.
3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.
4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.
5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
Tahukah anda ada bahayanya penghawa dingin kereta terhadap kesihatan diri.Seringkali kita menggunakan penghawa dingin ini untuk menikmati keselesaan di dalam kereta.So kepada sesiapa yg selalu menggunakannya harus baca info ini.
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
P/s : jika anda sayangkan keluarga & rakan-rakan anda ,Jangan malu-malu mau share,copy paste kerana info ini milik kita semua