21 November 2012

Beli Barang Online Tapi Hilang Kat Kurier


Assalammualaikum

Pengalaman yang tak pernah ku alami selama ini akhirnya ku alami nya juga.Tabiat Aini suka beli barang online ni memang sejak dulu lagi.Disebabkan kecanggihan zaman skang ni nak beli just order n buat payment n then tgu jek kat umah brg pun sampai depan pintu.Tak pernah terlintas dalam kepala otak ni yang beli online ni mudah kena tipu sebabnya Aini akan selidik dlu sebelum nak berurusan dengan seller online ni.


Sebelum ni xde timbul masalah besar just masalah lambat hantar atau tersalah hantar tu jek.Tapi kali ni Aini ada beli stroller dengan Sweetcherry Online.Barang tu dikatakan proses 5 hari bekerja baru sampai.Ok lah Aini tunggu disebabkan buat Aini buat order n payment pada 6 Nov 2012.So untuk proceed kne tgu 2 3 hari.Maka 8 Nov bru proceed n brg pun dah di pos gne kurier KTM.

Tunggu 5 hari waktu berkerja dr 8,9,12,14 & 16 Nov (10,11,13,15 Nov ari tak bekerja ada public holiday) masih tak sampai juga.so blh sabar lg ni.Hari Isnin berikutnya Aini call Sweetcherry tnya knape brg still x sampai lg die org pun terkejut knape tak sampai sepatutnya dah sampai.Cek punya cek call KTM kl pastu KTM Jb lg.Masing2 ckp xde rekod brg tu pd die org.Call lg Sweetcherry die pg settle kan n nti die org call back.Hati Aini dah rase lain mcm jek.Mesti ada yang tak kena dengan brg ni.

Tgu punya tgu sweetcherry  call back Aini,ape yang memeranjatkan Aini die orang cakap brg Aini hilang dekat KTM.Terkezut ku dengar brg hilang.Mak oi bukan harga barang tu setakat rm 10 20 30 tau ni barang harga beratus-ratus blh hilang.Naya aku mcm ni.Amat mengecewakan.Nasib baik dan bersyukurlah yang pihak Sweetcherry tu mahu bertanggungjawab atas kehilangan barang Aini kemudian di gantikan dengan yang lain n servis kurier lain.

Pengajaran lain kali klu nak beli barang yang mahal-mahal tak mo dah guna KTM lambat bek gne kurier yg servis cepat..Sekali kena dengan TM mahu serik Aini.