8 Disember 2011

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500


PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT


1.Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.


Klu suka entri nie Plz LIKE

6 Disember 2011

Cara Tukar Perkataan 'Post A Comment' Dengan Ayat Sendiri @ Gambar

Hye korunk...
Dah lama dok try search pakcik Google tapi tak juga jumpa..Setelah puas redah,akhirnya ku temui juga cara ini..
Nak tukar perkataan "Post A Comment"
Ok let's do it now,

Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget
Tekan F3 cari kod ini 
<a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a>

Kemudian,bila dah jumpa delete perkataan warna merah tue.Gantikan dengan :
<img src="URL GAMBAR" /> atau AYAT KORANG
Contoh :
<a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><img src="URL GAMBAR" /></a>


<a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'>AYAT KORANG</a>


Note: Warna merah letak gambar korang masuk kan URL gambar yang korang nak.
        : Warna biru gantikan dengan ayat korang suka.


Dah siap SAVE,Lihat hasilnya di blog korang sendiri.
Tak faham boleh tinggal persoalan di kotak komen.Sekian


Klu suka entri nie Plz LIKE

5 Disember 2011

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia

Assalammualaikum,

Setelah sekian lama tak update blog hari ni baru berkesempatan nampaknya.
Semalam hari Ahad, Aini berkesempatan lah ikut husband pergi Karnival Jalur Lebar kat padang Majlis Kota Tinggi,Wah!seronok sangat tengok die orang buat promosi broadband masing-masing.Ada U Mobile,Maxis,Celcom dan juga TM.Pelbagai aktivi yang diadakan antaranya,perlawanan batu seremban secara online,soal jawab,lucky draw dan banyak r lagi klu nak citer sampai esok pun tak abis.Ada satu aktiviti yang menarik minat Aini iaitu karikatur percuma beb.Bukan senang nak dapat benda percuma nie.Apelagi kami tiga beranak pun amik kesempatan ni untuk dijadikan kenangan..nak tgk karikaturnya..hehehe jgn gelak plak eh...U see there..

Kemudian jalan-jalan di setiap booth tgk ape aktiviti die org buat..Tetiba ntah mcm mane leh plak tersangkut kat booth Tm.Sembang punya sembang last-last husband Aini blh plak ckp nak tukar broadband nak amik pakej Unifi wah tersentak Aini..Tak pernah-pernah pun ckp nak tukar.Selalu ckp nak tutup ade lah..Memang rezeki lah tue...Dah sign up ade plak lucky draw.Rezeki lagi.Pusing punya pusing sekali dapat lak plak pen drive 1Malaysia.Bukan tue aje kita orang dapat goodies bag dari Tm jg..Anak pun dapat jg tapi dapat belon ajer hehehe..


Sekali tiba-tiba muncul plak maskot upin dan ipin wah Aini beriya-iya konon nak amik gambar anak Aini dengan Upin Ipin tadi kesudahannya hampeh sebab anak menangis nak susu plak...Ish!dapat tgk jek lah.
Petang plak ada acara cabutan bertuah.Pengacaranya dari Murai.com tue sape ek namanya Aini lupalah...Hadiah die pergh!menyengat..antaranya ipad,psp,handphope BB,laptop,ipod mcm-mcm lg lah.Tapi bab cabutan bertuah ni mmg haru tue takde tuah untuk kita org pun..kahkahkah...Last-last balik dengan keletihan jerk..Letih dgn gelagat sikecil tu.Tapi ok ape dpt goodies bag ngan pendrive xler balik dgn tangan kosong..


Klu suka entri nie Plz LIKE