2 Disember 2011

Fakta Menarik Tentang Bayi

Salam,

Hey korang cuba baca fakta ni selama Aini jadi seorang mummy baru Aini tahu ari ni..OMG! Kuasa Tuhan yang menciptanya..
Aini dapat fakta ni dari seorang rakan FB.



# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Inilah kuasa pencipta...Bila Allah sudah kurniakan zuriat yang diberi maka,jagalah ia sebaik mungkin.
Jangan persiakan amanah yang diberi.
Pesanan Aini kepada semua ibu di dunia ini jangan lah kamu seksa bayi yang tidak tau apa-apa..


Klu suka entri nie Plz LIKE

1 Disember 2011

Sudahkan Anda Daftar Sebagai Pemilih?



Salam,
Minggu ni sebok di kaca Tv tentang mesyuarat Persidangan Umno kali terahkir kerana Piliharaya ke-13 akan datang tak lama lagi.Sampai cerita Elysa tak ke udara Selasa lalu.Wah excited nak tgk tiba-tiba xde plak..huhuhu sedih taw..Tapi takpe lah minggu depan pasti adakan..
Penting kita kena tau mana satu pilihan hati kita.Yang mana satu benar-benar jujur dalam memimpin negara kita.Silap pilihan kita rakyat Malaysia yang merana kelak.
Opps...tetiba termasuk bab politik plak..Yang penting semangat untuk majukan negara kita bukan nak menjatuhkan negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang bagi memudahkan pendaftaran pemilihan. Warganegara Malaysia yang sudah berusia 21 tahun ke atas diwajibkan untuk mendaftar sebagai pemilih.Bagi yang belum mendaftar sila daftar segera..Bagaimana nak daftar boleh menerusi laman web Spr.Gov.My.
Klu dulu korang rasa pernah mendaftar,tapi tak pasti tak tau kawasan mana yang korang daftar semuanya boleh semak juga di  Laman SPR .Nak semak memalui sms pun juga boleh caranya sila lihat Cara SEMAK SMS .

Ingatlah Nasib Negara Kita Yang Tentukan...!!!





Klu suka entri nie Plz LIKE

SEGMEN | 1st Anniversary Blog Lyssasecret



Bertepatan Anniversary Blog LyssaSecret dengan My Birthday today...Sama lah..hihi
Bertuah sungguh rasanya hari ni !!

Blog LyssaSecret yang paling cantik dari mata pandangan Aini sendiri.Aini suka sangat dengan Blog LyssaSecret ni sebab banyak bagi panduan dan tunjuk ajar kepada blogger lain untuk menjadi seorang blogger yang berjaya seperti Lyssa ni.Di samping tu juga blog Lyssa ni memberikan pelbagai Tutorial yang boleh membantu mencantikkan blog masing-masing..Aini selalu mengguna kan panduan dari Lyssa dan hasilnya blog Aini menjadi seperti sekarang ni.Harapan Aini supaya Blog LyssaSecret akan terus menjadi blog yang paling hebat serta banyakkan lagi panduan yang berguna untuk dikongsi bersama..

"I LOVE BLOG LYSSASECRET"

Korang nak join segmen dari Lyssa? Klik lah banner kat atas tue.
Cepat tau kerana segmen ni akan ditutup pada 1 Disember tepat jam 6.00 petang..



Klu suka entri nie Plz LIKE