11 September 2011

Arwah Abah Dalam Ingatanku Selamanya


Raya pada tahun ini aku betuah kerana dapat beraya dengan sedara-mara arwah abah yg tak pernah aku kenal.Paling menyayupkan hati aku bila beraya dirumah adik-beradik angkat arwah abah di Simpang Renggam.Mukanya yagng mirip mcm arwah abah membuatkan hati ku terasa rindu kepada arwah abah.Walaupun abah tinggalkan aku sewaktu kecik,ketika itu aku berusia 2 tahun setengah tapi aku tetap mengingati wajahnya.Orang lain bernasib baik menpunyai abah sedangkan aku mempunyai abah jg tapi sekejap saja aku dapat bermanja dengan abah.Abah pergi disebabkan penyakit usus.Mereka yg ada abah tue jangan lah persia-siakan masa bersama abah korang tue.Berbuat baiklah pada orang tua kita selagi masih ada di dunia ini.


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 September 2011

Kesian Tak Jadi Balik

Kesian mak mertuaku dan ipar-iparku dh tunggu kat umah.Dah planning awal-awal sebelum raya lg nak balik umah mak mertua raya ke-5 tapi disebabkan kakak aku blik beraya kat sini,anak sulungnya merangkap anak buah aku pula pujuk aku suruh balik esok.Nak tak nak terpaksalah mengalah sebab die pancing aku nak main mercun.Maklumlah anak buah aku nie mmg rapat dgn aku,lgpun dh lme tak jumpe asyik sekolah jerk sampai xde masa nak jumpa.Bukan ape die saje nak bermanja dgn ucunya(aku ler tue).Tak kira aku dh ade anak ker ape die tetap nak mengimpit aku jerk.pergi mane2 mesti nak dengan aku.Aku pun pelik sampaikan die ckp dgn kwn die yg aku ni bukan makcik die tapi kakak die..Alahai..Rse muda lak aku ade adik,kononnya..hahahaha


Klu suka entri nie Plz LIKE

2 September 2011

Tak Sangka Dapat Duit Raya Lagi


Assalammualaikum,Hari pertama update blog pada bulan raya..hihihi.Seronok korang beraya tahun ni?Dah berapa banyak dah pergi open house ni.Mesti perut dah naik kembungkan.Aku ni masih lagi terasa penat beraya..Raya pertama jek aku dh balik ke Batu Pahat..Nak citer skit ni pasal beraya kat Batu Pahat..Masa raya ke-2 aku ngan famili gie r raya kat Sri Medan,umah sedara arwah nenek aku..Ada 1 rumah pakcik ni belum lagi makan dh bagi duit rye seronok lah budak2 kan..hihi tengah bagi duit raya pakcik tue nampak aku die pun bg jg aku duit raya.(nampak muda agknya aku ni) aku ckp "pakcik tak payah sy dah ada anak ni ha"..Pakcik tue blh senyum pastu siap ckp "amik jek lah nak" dah tue die extrakan lgi duit rya dr 1 sampul ke 2 sampul.Terima pakcik yg bermurah hati bg duit raya.Makcik aku siap ketawakan aku lg sbb dh kawin anak 1 masih lg org nak bg duit raya..huhuhu rezeki aku agknyakan..Tak sangka aku dah 2 tahun berturut-turut masih lg dapat duit raya walaupun dh ada ank 1..Korang mesti jeleskan tgk aku dh tukar status bujang kpd kawin masih lg dpt duit rye..hihihi rahsianya nak kelihatan muda mcm aku kenalah sentiasa senyum selalu..pasti akan kelihatan muda.Moralnya jgn asyik nak monyok jerk muka tue.Kena lah ceria-ceria selalu..


Klu suka entri nie Plz LIKE