29 September 2011

Tersalah letak ubat gigi?Lawak tol minah ni



Ni ade citer lawak pagi tadi anak mummy kejut,dengan kemamau nya mummy bangun.Mcm biasalah dah bangun tu terus ke blik air.Entah mummy berangan ape time nak berus gigi tue, tiba-tiba mummy rasa cam kelat-kelat jerk.Mummy ingatkan tekak mummy yang tak ok.mummy tengok berus gigi rupa-rupanya mummy tersalah letak ubat gigi pada berus gigi.Yang mummy letak bukannya ubat gigi tapi..jeng..jeng..jeng..ha! nak tau tak mummy letak ape pada berus gigi td tu.Mummy yang sengal ni boleh ker gi letak pencuci muka mummy pada berus gigi td.Padan lah lah rase kelat semacam jerk mmg lawak ler mummy ni.Nak gosok gigi tapi gie amik pencuci muka plak..ha.ha.ha. padam lah muka mummy..


Klu suka entri nie Plz LIKE

28 September 2011

Cara Letak Button Back To Top


Hari ni xde ape yang nak buat so mummy pun share lah ngan korang sebagai mengisi masa lapang dengan tutorial ini.Klu nak cuba boleh cuba kerana tutorial ni sangat mudah nak buat.Mari lihat ini 


Caranya mudah saja ikuti langkah berikut :

1.) Mcm biasa login akaun blog kemudian pergi ke Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/Java script
2.) Copy kod kat bawah nie, kemudian paste kan ke Html/Javascript
<a title="Back to Top" href="#" style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><img src="Url gambar"></a>
3.) Gantikan "Url gambar" dengan Url gambar button arrow korang.
4.)Dah selesai korang bolehlah trus save dan lihat hasilnya.


Klu suka entri nie Plz LIKE

27 September 2011

Cara Buat Ayat Di bawah Setiap Post Bergerak

Salam,hari ni nak buat tutorial skit sebab ada yg request kat mummy.Dia tanya mcm maner mummy buat perkataan bawah post tue bergerak..hihihi senang jerk sebenarnya..meh sini mummy tunjukkan k.


1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget
2. Tekan F3 @ Ctrl + F cari kod ini :
<data:post.body/> 
3. Dah jumpa, korang copy kod kat bawah ni kemudian paste kan kat bawah kod <data:post.body/> td ok.
<hr/><center><marquee direction='left'>AYAT KORANG</marquee></center><hr/>
4. Preview dulu ok..Takut ada error ker tak.
5. Dah menjadi  boleh lah SAVE ok.

* Warna Biru tu adalah direction dan korang boleh ubah nak gerak mcm.
*Warna Hijau tu korang tukar dgn ayat korang sedirilah.

    • Right = Ke kanan
    • Up = Ke atas
    • Down = Ke Bawah


Klu suka entri nie Plz LIKE

25 September 2011

Jom Exchange Link Anda

Jom tinggalkan link korang kat sini nanti senang blog yg mane tak sempat nak jenguk mummy sweet akan terjah blog korang plak..Psst!..jgn lupe follow blog nie skali tau..Syg korang sumer...Terima kasih~


Klu suka entri nie Plz LIKE

23 September 2011

Terima Kasih Follower Sweet ke-100


Wah! tak sangka aku akhirnya sampai juga followers sweet yg ke-100 igtkan xde yg sudi nak follow blog mummy sweet ni.Maklumlah blog yg tak cantik dah tue tak best plak.Terima kasih u all`s.Tahniah  kepada Alline Amalina yang telah menjadi followers sweet yg ke 100.Klu korang rse sedih tgk akunye followers sikit sgt rajin2 lah ringankan jari jemari tue klik follow ek.Thanks...Selamat berkenalan semua..


Klu suka entri nie Plz LIKE

19 September 2011

Open House Lagi

Salam u all`s
Wah!semalam memang rezeki aku asyik makan,makan, dan makan lagi.Sampai aku keletihan dek kerana banyak sgt gie open house.Ditambah plak dengan kenakalan hero aku yg sorang ni.Tak terlayan aku dibuatnya.Dari Bukit Tiram sampai lah aku ker Mutiara Rini aku redah hihihi.Orang dah invitekan takkan tak datang plak.Tue namanya tolak rezeki lau tak datang.Macam2 juadah ade disediakan.Sampaikan tak tau nak pilih mana satu yg nak dimakan dulu.Maklumlah aku ni rambang mata skit.Skit jek tau bukan banyak pun.Rumah yang last gie umah abg ipar aku.Menu perh!terliur aku tgk nasi jagung lawan ngan ayam masak merah tp sayangnya dek kerana kekenyangan terlampau aku tak makan dlu ingatkan masih banyak lagi.Sedar2 tuan rumah ckp "tuelah tadi tak nak mkn dlu,nasi dah abiz lauk pun ade dah habis jgk"Rasa cam mnyesal gak tak makan masa dtg awl2 td.So aku pun bantai nasi impit ngan ayam masak merah jek plus air sirap bandung ice cream soda.Mantop sey!!.Sape2 yg nak buat open house lg tue jgn lupe jemput aku yerk.Lepas-lepas ni nanti semua org akan close house lak.kihkihkih..


Klu suka entri nie Plz LIKE

17 September 2011

Resepi Mee Racun

Semalam aku cuba memasak resepi mee racun ni.Nampak gayanya aku berhasil memasaknya.Hasilnya seperti gambar di atas.Nampak mcm mee bandungkan tp sebenarnya bukan.Ni lah mee racun kalau korang nak tau.Meh sini aku kongsikan resepinya sekali biar korang boleh cuba sendiri.

Bahah-Bahan:

  • 1 Bungkus mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 3-4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2-3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu besar lada boh
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar gula
  • ayam,udang,sotong (suka hati nak letak banyak ke sikit)
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sebiji buah tomato
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara:
  1. Rebus tulang lembu dengan halia.
  2. Tumis bahan yg dikisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis sehingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang,kemudian masukkan soso tomato,sos cili dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang,ayam,sotong,kemudian gula,garam ,kiub ayam dan lada sulah.Masak hingga kuah agak pekat masukkan buah tomato.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

15 September 2011

Blog Aku Bertukar Wajah


Bila aku dah bosan mcm ni lah jadinya.Dok godek blog sampailah berubah wajahnya.Yang penting warna tetap maintain dengan warna pink..hahahaha sebab aku ni gila warna pink.Korang rse ok ker tak wajah blog aku yg baru nie?Cer komen skit..Sekian sahaja update kali ni.Terima kasih.(Aku tak suke melewer(celoteh) banyak sgt skit2 udah ler..hahaha jimat kan space kah3...Jangan lupa komen yerk!!..Klu tak nanti aku nangis..!!Susah nak pujuk.


Klu suka entri nie Plz LIKE

14 September 2011

Masakan Pedas Ada Manfaat


Jom baca entri ni bagi penggemar makanan pedas mungkin ini berita gembira buat korang.Masakan pedas sebenarnya ada manfaatnya.Jom semak manfaat makanan pedas.
    • Menurunkan berat badan-Rasa pedas mampu meningkatkan metabolisme tubuh.Kajian menunjukkan bahawa unsur utama dalam cili iaitu kapsaisin,memiliki kesan termogenik yg mampu menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.Wow!hebat gak cili ni kan
    • Menyihatkan jantung-Hasil kajian menunjukkan,amalan mengambil makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan strok yg lebih rendah.Alasanya sili merah boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat kolestrol jahat,sementara itu kapsaisin pula melawan peradangan.Siapa sakit jantung cuba amal kan makanan pedas yerk.
    • Mencegah kanser-Kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kancer dan leukemia.
    • Mengurangkan stres-Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yg memberikan rasa menyenangkan seperti serotonin.Hasilnya makanan ini membantu mengusir depresi dan stres.
      Ada juga pendapat mengatakan makan makanan pedas ini boleh dapat kanser perut betol ker?Nak tau betol tidak tanyalah pada yang pakar.Saya hanya berkongsi info sahaja.


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    13 September 2011

    Apa?Mimpi dapat Baby Girl


    Semalam masa tgh nak makan malam husband aku bgtau kat aku yg mlm tadi die mimpi best sgt.Dia ckp mcm ni "bb malam tadi syg mimpi best sgt tau,mimpi kita dapat baby girl.comel plak tu"Aku pun ketawa jeklah..Aku pun ckp lah "syg ni mimpi tah ape2 jek lah jgn mengharap sgt"Mimpikan mainan tido.Tiba-tiba husband aku leh ckp mcm ni plak "nasib baik syg mimpi dapat baby girl tau klu syg mimpi dapat isteri baru ha bru tau.hahaha".Wah2 nak pasang niat lah tu yg satu ni jek pun masih lagi tercungap-cungap nak bernafas ada hati nak isteri baru..Aku lau dapat tau die buat hal tau lah aku kerjakan.Klu berani buat lah nak tgk aku jadi raksasa mengganas..hihihi


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    Aku Gila Warna Pink


    Phewwit!!Awek ni melaram dengan warna pink.Cun tak?hahaha rse cam nak termuntah lak aku tgk pic awek yg perasan banget ni.hahaha.Nasib lah kasut aku tak warna pink jg klu tak dah jadi ratu pink colour.Budak ni mmg gila dgn warna pink btol lah.Ops!Aku terngata diri aku sendiri rupanya,aduhai mengong tol lah.Korang tgk blog aku ni pun dah boleh tau yg aku ni gilakan warna pink.Btol tak?.Entahlah aku sendiri pun tak tau kenapa aku terlalu obses sgt dengan warna pink.Apa benda yg warna pink pasti aku sambar punya lah.Sampaikan segala barangan peribadi aku pun semuanya warna pink.Jiwa aku ni agknya pink juga kot hahaha..Kadang-kadang tue sampaikan husband aku tegur jgn lah asyik nak beli warna pink jerk cube tukar warna lain plak.Klu aku ada rezeki dapat anak perempuan comfirm kne sarung warna pink jg agaknya.Tapi aku tak terniat lagi nak warnakan rambut warna pink,harap dijauhkan lah niat tak elok tue.Amin


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    Cara Letak Add Page Element Di Atas Posting [Main]

    Okey hari ni mari kita belajar cara letak add page element di atas kawasan catatan blog

    Ikuti langkah ini: Cari kod ini 
    <div id='main-wrapper'>

    Tukarkan perkataan 'no' kepada 'yes'


    Savekan kemudian lihat hasilnya di page element.


    Hasilnya seperti ini..Selamat mencuba..


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    11 September 2011

    Cara Tukar Warna Highlight

    Hari ni aku nak kongsi cara bagaimana nak tukar warna highlight asal (warna biru) kepada warna kesukaan kita.Meh tgk btol-btol tau tutorial ni.

    SEBELUM BERTUKAR


     SELEPAS BERTUKAR


    Caranya mcm nie,Mula-mula korang pergi
    Dashboard > Design > Edit HTML 
    Cari kod
     a:link {
    Bila dah jumpa kod yang dicari td korang copy dan pastekan kod kat bawah ni diatas kod yg dicari td.
    ::-moz-selection {
    background:#EF0E91;
    color:#FFFFFF;
    }

    ::selection {
    background:#EF0E91;
    color:#FFFFFF;
    }
    Kalau rasa was-was nak paste kat mana tgk kat bwh ni di mana harus korang paste kan kod td


    Ok kalau dah fahamkan,sekarang mari kita tgk ape yg nak di adjust lg.
    *Kod Warna Hijau tue warna highlight yang korang nak lah.
    *Kod warna biru tue plak adalah warna tulisan yg akan di highlight kan nanti.
    Kemudian preview dlu dan try highlight klu rse dah ok korang blh lah trus save.


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    Arwah Abah Dalam Ingatanku Selamanya


    Raya pada tahun ini aku betuah kerana dapat beraya dengan sedara-mara arwah abah yg tak pernah aku kenal.Paling menyayupkan hati aku bila beraya dirumah adik-beradik angkat arwah abah di Simpang Renggam.Mukanya yagng mirip mcm arwah abah membuatkan hati ku terasa rindu kepada arwah abah.Walaupun abah tinggalkan aku sewaktu kecik,ketika itu aku berusia 2 tahun setengah tapi aku tetap mengingati wajahnya.Orang lain bernasib baik menpunyai abah sedangkan aku mempunyai abah jg tapi sekejap saja aku dapat bermanja dengan abah.Abah pergi disebabkan penyakit usus.Mereka yg ada abah tue jangan lah persia-siakan masa bersama abah korang tue.Berbuat baiklah pada orang tua kita selagi masih ada di dunia ini.


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    4 September 2011

    Kesian Tak Jadi Balik

    Kesian mak mertuaku dan ipar-iparku dh tunggu kat umah.Dah planning awal-awal sebelum raya lg nak balik umah mak mertua raya ke-5 tapi disebabkan kakak aku blik beraya kat sini,anak sulungnya merangkap anak buah aku pula pujuk aku suruh balik esok.Nak tak nak terpaksalah mengalah sebab die pancing aku nak main mercun.Maklumlah anak buah aku nie mmg rapat dgn aku,lgpun dh lme tak jumpe asyik sekolah jerk sampai xde masa nak jumpa.Bukan ape die saje nak bermanja dgn ucunya(aku ler tue).Tak kira aku dh ade anak ker ape die tetap nak mengimpit aku jerk.pergi mane2 mesti nak dengan aku.Aku pun pelik sampaikan die ckp dgn kwn die yg aku ni bukan makcik die tapi kakak die..Alahai..Rse muda lak aku ade adik,kononnya..hahahaha


    Klu suka entri nie Plz LIKE

    2 September 2011

    Tak Sangka Dapat Duit Raya Lagi


    Assalammualaikum,Hari pertama update blog pada bulan raya..hihihi.Seronok korang beraya tahun ni?Dah berapa banyak dah pergi open house ni.Mesti perut dah naik kembungkan.Aku ni masih lagi terasa penat beraya..Raya pertama jek aku dh balik ke Batu Pahat..Nak citer skit ni pasal beraya kat Batu Pahat..Masa raya ke-2 aku ngan famili gie r raya kat Sri Medan,umah sedara arwah nenek aku..Ada 1 rumah pakcik ni belum lagi makan dh bagi duit rye seronok lah budak2 kan..hihi tengah bagi duit raya pakcik tue nampak aku die pun bg jg aku duit raya.(nampak muda agknya aku ni) aku ckp "pakcik tak payah sy dah ada anak ni ha"..Pakcik tue blh senyum pastu siap ckp "amik jek lah nak" dah tue die extrakan lgi duit rya dr 1 sampul ke 2 sampul.Terima pakcik yg bermurah hati bg duit raya.Makcik aku siap ketawakan aku lg sbb dh kawin anak 1 masih lg org nak bg duit raya..huhuhu rezeki aku agknyakan..Tak sangka aku dah 2 tahun berturut-turut masih lg dapat duit raya walaupun dh ada ank 1..Korang mesti jeleskan tgk aku dh tukar status bujang kpd kawin masih lg dpt duit rye..hihihi rahsianya nak kelihatan muda mcm aku kenalah sentiasa senyum selalu..pasti akan kelihatan muda.Moralnya jgn asyik nak monyok jerk muka tue.Kena lah ceria-ceria selalu..


    Klu suka entri nie Plz LIKE