4 Mac 2014

Bahayanya Asap Rokok Kepada Bayi



Assalammualaikum


Sekadar berkongsi info yang penting.Demi keselamatan anak-anak dan orang sekeliling.
Sekalipun tidak merokok, terdedah pada asap rokok daripada orang lain terhadap ibu menyusu dan bayi tetap menjejaskan kesihatan.

  • Kajian di Santiago, Chili menunjukkan bahawa asap rokok yang terhirup oleh ibu menyusu dapat mengganggu penghasilan susu ibu. Dalam masa tiga bulan, dapat dilihat berat badan bayi daripada ibu yang perokok atau menghirup asap rokok, juga tidak menunjukkan perkembangan yang optimum.
  • Asap rokok yang terpaksa disedut perokok pasif ternyata mempunyai kandungan bahan kimia yang lebih tinggi dibandingkan dengan asap rokok yang disedut oleh perokok. Ini kerana ketika rokok sedang disedut, tembakau terbakar pada suhu lebih rendah. Keadaan ini membuat pembakaran menjadi kurang lengkap dan mengeluarkan banyak bahan kimia.
  • Asap rokok mengandungi lebih 3,000 jenis bahan kimia beracun, 43 antaranya jelas bersifat karsinogen penyebab kanser. Tidak hairan jika pengaruh asap rokok pada perokok pasif itu tiga kali lebih buruk.
  • Pelbagai kajian membuktikan asap rokok yang disebarkan orang lain boleh menyebabkan pelbagai penyakit, bukan sahaja kepada individu dewasa tetapi terutama pada bayi dan kanak-kanak. Mulai dari pelbagai gangguan pernafasan pada bayi, jangkitan paru dan telinga, gangguan pertumbuhan hingga pada gangguan pada saluran pencernaan bayi.
Oleh sebab itu, jangan ambil risiko. Hindarkan buah hati anda dan anda sendiri dari asap rokok, di mana sahaja anda berada!

XXX-KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK!!!!-XXXX

4 comments

4 Mac 2014, 2:24:00 PTG

betul tu asap rokok memang berbahaya...

4 Mac 2014, 2:50:00 PTG

org awam yg tdedah kpd bahaya asap rokok pun mmg berisiko apatah lg kpd bayi yg blom kuat tahap imunisasi ny.. ~.~

8 Mac 2014, 11:54:00 PG

@Farah Waheda Wahid
apa lagi yg menhisap rokok kan..kesian pd mereka yg tak merokok pun terjebak sama.

8 Mac 2014, 11:55:00 PG

@Zara Nurhaidah
tu lah risiko lagi besar kpd yg menghidu asap rokok ni..Mereka tak fikir kan kesihatan org lain.