28 Jun 2013

Couscous Wit Chezzy



Assalammualaikum

Jeng..jeng menu baru si budak comel..9 bulan baru intro benda sume ni..Sian..die kan.



Bahan-bahannya :
Couscous
Onion
Garlic
celery
carrot
Butter unsalt
Cheese
sebuk bilis homemade
Ayam/ikan (sukahati n ak letak mana 1)
Air rebusan ikan or ayam (stok ayam)

 Cara memasak:

  1. Tumiskan onion dan garlic dengan butter sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan isi ayam/ikan ,celery,carrot dan sebuk bilis.Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan couscous dan air rebusan ayam/stok ayam/air rebusan ikan.
  4. Biarkan seketika sehingga couscous mengembang dan isi ayam empuk.Taburkan cheese yg telah diparut sehingga cair digaulkan sebati.Tutup api..
  5. Sedia untuk dihindangkan. 

Ini lah rupa apabila siap di masak..nyum.nyum.

Sebelum di blend dan selepas di blend (ank tak reti lg nak kunyah.Xdo gg)

Fuyoo rasa die ummpp...Mak budak pun tumpang sekaki jg.Lazat lemak berkrim.Nak tau cubalah tak susah mana pun nak masak resepi ni.Hehehe..Air tangan ibu adalah kelazatan bagi anak-anak.


Klu suka entri nie Plz LIKE

21 Jun 2013

Inner Magic


Assalammualaikum

Hari ni xde ape nk citer tapi just nak share 1 jenis inner yang memang superbeb..Serius sbb Aini dah try gunakan nye..Apa tu inner Magic ek?Korunk mesti tertanya-tanya btol kan.Meh sini Aini tunjukkan Inner Magic tu...

Hasil tangkapan inner magic untuk di cuba pakai #Dusty Pink #Black Colour

Rupa inner bhgian belakang special design berbentuk potongan U dan labuh menutupi rambut

Ni hasil dr pemakaian Aini..Abaikan muka sememeh tu yerk.Hahaha..Cer tgk inner nye tak melekap di dahi.Seperti memakai inner yg berawning tp sebenarnya tidak pun.Yang paling best kain lembut selesa sangat untuk dipakai dan paling penting tidak menyakitkan bhgian telinga.Lepas ni kompem nak order lagi hihihi..Terbaek dari ladang.Jom lah cuba.

Nak Order..Pm sini yer FB Aini Sha


Klu suka entri nie Plz LIKE

16 Jun 2013

Selamat Hari Bapa


Assalammualaikum


Today is hari bapa.So kesempatan ini nak ucapkan selamat hari bapa kepada husband Aini Mohd Hamizan bapa kepada anak Aini Muhammad Danish Thaqif dan Muhammad Darwish Rifqi terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang baik hati dan penyayang untuk mereka.Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.Amin.

Buat ayah mertua terima kasih kerana membesarkan anak lelaki ayah dengan sempurna.Khas buat abah Aini yg tercinta walaupun Aini hanya mendapat kasih sayang abah hanya 2 tahun Aini tetap bersyukur dapat rasai belaian abah.Allah lebih sayangkan Abah.Kami redhainya.Al-Fatihah...

Mari kita sama-sama bacakan doa untuk kedua ibu bapa kita.Amin


Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Jun 2013

Bedak Sejuk Tanaka Macam Pisang Goreng Panas!!!


Assalammualaikum..


Entri kali ni nak citer skit pasal fenomena baru terhangat skang ni "Bedak Tanaka".Aini pun pelik lah asal ada artis yg gunakan jek mesti benda tu meletops u all.Lagi yg menggunakannya artis jelita lagi menawan Nora Danish ha! amik ko cun gitu muka diekan.

Aini pun ape lagi lah nk juga try.(pantang benda hangat nak jg cuba) tup.tup..order abiz stok..order2 abiz stok.Alahai omak licin semua stok orang dok borong neh.Hurm..nak tgu lain stok dengar citer harga dr supplier naik melonjak-lonjat kaw2 tu.Al-maklum benda tengah Hot ni kan.Harga jgn ckp lah mcm2 dah jumpa paling mahal pun rm35 free postage saiz besar 110gm.Haha..xmo mengalah jg Aini ni cr yg murah tup tup ada rezeki saiz besar dapat harga Rm14 inc poslaju terus tak banyak citer bayor.Takut kehabisan lagi.Itupun sis tu ckp dh tinggal skit sgt stok die ni.Hahaha..Korang dah cuba lum jom share citer pengalaman menggunakan Bedak Tanaka ni.


Klu suka entri nie Plz LIKE

13 Jun 2013

Majlis Akikah Anakku


Assalammualaikum
Pada 8.6.2013 yang lalu family Aini telah mengadakan 1 Majlis Akikah beramai-ramai.Disertai oleh Aunty n Cousin2 Baby Darwish Rifqi.Hehe..Syukur Alhamdulillah ada rezeki untuk anak kedua Aini untuk buat Akikah.Yang abgnye dah lepas dah tumbang 2 ekor kambing.Kali ni tumbang seekor lembu jek.

Dari kiri Nek Ni n aunty cilik Aira,mak long n cousin Iqqram,Me n Bb Awish dan mak ude n cousin Fayyadh

Ni saya dan Mummy.Muka kepenatan serta tak cukup tido.cian utk anak apa sahaja kulakukan.

Majlis bermula lepas Zuhur di sertai marhaban dan tahlil Yasinan perempuan.Pada sebelah malam pulak  kenduri doa selamat orang lelaki.Fuh..meriah sungguh majlisnya.Alhamdulillah sepanjang majlis berjalan dengan lancar.

Terima kasih para tetamu yang sudi hadir menhadiri Majlis Akikah kami.Tak lupa juga kepada saudara-mara yang banyak membantu membuat persiapan.Terima kasih banyak-banyak.Luv u All.




Klu suka entri nie Plz LIKE

6 Jun 2013

Happy 4th Weeding Anniversary


Assalammualaikum,


Luv You

Pada tanggal 6.6.2009 Aini telah sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Hamizan dan hari ni 6.6.2013 genap sudah usia perkahwinan kami yang ke-4 tahun.Alhammdulillah Allah telah mempertemukan jodoh yang baik untuk Aini.

Penyeri hidup kami

Dengan kehadiran 2 cahaya mata ini maka bertambah lagi seri kehidupan kami sekeluarga.Ku bermohon agar tuhan melindungi perkahwinan kami ini sampai ke Jannah.Amin..

Buat suamiku terima kasih kerana sudi memperisterikan saya dan menjadikan saya sebagai permaisuri dalam hati kamu.Sayang sangat-sangat dekat awak selamanya.

Nak tau jemput baca Cerita Dimana kami dipertemukan



Klu suka entri nie Plz LIKE

4 Jun 2013

Puree Bayam Untuk Baby Awish



Mari kita  buat puree Bayam Hijau.Jangan terkejut plak sayur berdaun ni blh buat puree yer.Ni sebabnye sayang beli seikat guna nti 5 6 helai daun jek.Lgpun xblh nak simpan lama sayur ni nti lecur plak kan.Ambik jln selamat pureekan jek.Tahan lama gitu.Klu freezer lah.

Anak dah 9 bulan baru nak bg makan bayam.Adoihai mummy sorg ni.Kekeke.

Pilih sayur bayam yang segar..Kemudian cuci bersih dari segala kekotoran.

Dah siap cuci bolehlah rebus@celur dalam periuk yang berisi air(gunakan air bertapis klu blh).Jangan lama sangat yer 2-3minit cukup.Klu x nanti zat2 hilang rugi jek.Klu steam lg bagus.


Selepas dah rebus@celur angkat dan toskan sayur bayam tu tadi.

Lepas tu blend sampai halus.(Ni pic terlupa snap mse tgh blend hehe..so dah siap baru teringat.Hahaha)
Tada..Siap blend masuk kan dalam bekas yang sesuai kemudian bekukan.Senangkan.Nak masak nti tinggal campak2 jek.



Kongsi Info:

PERIHAL BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.


Klu suka entri nie Plz LIKE