5 November 2013

Mitos Lebihan Bawang


Assalammualaikum
Baru-baru ini timbul sebaran di Facebook berkenaan bahaya menyimpan lebihan bawang yang dipotong untuk digunakan kemudian. Apa yang peliknya sepanjang saya dan keluarga amalkan tidak membawa sebarang kesan buruk selama ini.

bahaya bawang tidak benar
Mujurnya saya terjumpa dengan satu jawapan kepada isu ini yang sebenarnya satu mitos.

Soalan : Bahaya tak kalau simpan lebihan bawang yang telah dipotong? Dengar cerita, bawang yang telah dipotong adalah “magnet” bakteria!

Jawapan : PALSU. Bawang yang telah dipotong dan disimpan adalah selamat untuk dimakan, selagi kaedah memotong dan penyimpanan adalah bersih.

Dakwaan kononnya bawang menjadi magnet bakteria toksik apabila disimpan semalaman adalah tidak benar. Apabila bawang dipotong, ia mengeluarkan enzim yang menghasilkan asid sulfurik, berpotensi untuk merencatkan pertumbuhan kuman.
Bawang memang boleh tercemar, itu pun jika kita memotongnya di atas papan pemotong yang kotor atau disimpan di dalam bekas yang kotor. Semua makanan pun akan tercemar sama jika kita tak kendalikannya dengan betul, jadi ia bukan masalah yang disandarkan kepada bawang semata-mata.

Dari manakah mitos bawang “magnet bakteria” ini wujud. Pada tahun 1500an dahulu, bawang dikatakan boleh “menyerap” kuman wabak penyakit Bubonic (sila search Black Death di Google) yang telah menular di Eropah pada masa itu. Sebenarnya, bawang tidak berupaya menyerap apa-apa kuman pun. Ia kekal menjadi mitos.

Jangan tertipu dengan mitos berusia lebih 500 tahun!

Sumber : Jom Siasat

Jangan mudah menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya terutama berita itu berbentuk negatif.

3 comments

5 Nov 2013, 9:31:00 PG

Oo.. Bru tauu.. Hihi..

7 Nov 2013, 12:37:00 PG

@Zara Nurhaidah
sy pun bru tau,rasa cuak jg bila dikatan beracun.hehe.Dan itu adalah mitos shj.

8 Nov 2013, 1:36:00 PTG

la.. yeke.. risau gile dulu masa mula2 dengar n baca..