21 April 2013

Stok Ayam Untuk Baby Awish


Assalammualaikum...
Hari ni nak share cara Aini buatkan stok ayam untuk baby Awish.Stok ayam ni membuatkan makanan menjadi lebih sedap.Sama mcm yang readymade punya kat pasaraya tu tapi yang ni versi Homemade sesuai untuk bayi kerana ramuan asli serta air tangan mummynya sendirikan..hihihi


Maaf yer gambar di combine kan huhu..Jom Aini terangkan 1 per 1 cara berdasarkan gambarajah di atas
Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • Tulang temulang ayam (kaki ayam,leher ayam rangka ayam,isi ayam skit)
  • Calery or Saderi sama jek bendanya
  • Daun Leek
  • Bawang Besar seeloknya bawang Holland tp Aini xde so guna bawang besar biasa jek.
  • Rempah 4 beradik
  • Nak letak halia pun boleh (Aini  terlupa mau letak)

Cara Memasak :

  • Masukkan kesemua bahan tersebut di dalam periuk.
  • Letak air klu boleh air yang bertapis mengikut kehendak anda.
  • Renih kan semuanya dalam masa 2-3 jam ada yang kata sampai 4 jam lagi lama lg bagus kot stok jadi pekat.Sehingga isi ayam tertanggal sendiri dari tulang.
  • Kemudian tapis amik air rebusan tu sahaja.Isi segala bagai tak digunakan.Sejukkan sebentar.
  • Letak stok tadi ke dalam bekas kecil.Aini menggunakan cube ais jek.Kemudian bekukan dalam freezer.
Yang ni Aini buat untuk tempoh seminggu jerk untuk baby Awish.Klu abis return lagi masak stok ayam ni.Hehehe..Ok selamat mencuba ibu-ibu.Yang terbaik adalah dari Homemade.

Tq Nak cuba tolong klik sini dulu yer ----> KLIK SAYA

4 comments

21 Apr 2013, 6:17:00 PTG

eh boleh ye buat stok ayam camni?

21 Apr 2013, 10:12:00 PTG

@baby comel
boleh jerk sy ni belajar pun dr group yg byk pengalaman hehe

25 Apr 2013, 12:46:00 PG

jenjalan sini , nanti follow back k http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com and comment too

5 Okt 2014, 10:36:00 PG

Mne beli bekas cube tu ye