27 Jun 2012

Tips Nak Bagi Gunting Tajam Semula



Gunting klu dh tak tajam lagi apa korunk buat ek? Mesti buang pastu beli yg baru kan.Tol tak?Dulu Aini pun buat mcm tue jg.

Masa lepas SPM dulu Aini ada amik Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).Masa tu amik kat Giatmara Pagoh,Muar dalam jurusan Rekaan Fesyen Pakaian.Konon nak jd designer tapi tak menjadi selepas bertemu jodoh ilang dah angan-angan nak jd designer.Hihi..Masa belajar kat sana lah ada sorang cikgu namanya Pn.Rogayah yg bg tunjuk ajar mcm ner nak tajamkan gunting yg dah tumpul.Dah byk sgt gunting sana sini lama-lama tumpul.

Caranya sgt mudah amik botol kaca contoh : botol sos ke kicap ke,atau sebarang botol kaca.Kemudian letakkan mata pisau gunting tu pada botol kaca tersebut.Seolah-olah mcm nak gunting botol tu.Asah kan mata pisau selama nama yg korunk nak sampai dah puas hati.Kemudian blh terus mencuba gunting benda yg nak di gunting.Lihatlah betapa magic nya gunting yg tumpul kini kembali tajam semula.

Selamat Mencuba..!!! 

Info berguna kredit kat SINI terima kasih!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

26 Jun 2012

Apa Khasiat Buah Oren Sunkist



Anda mungkin tahu, sebiji oren Sunkist mampu memberikan kesegaran yang tak terhingga, akan tetapi tahukah anda akan khasiatnya? Khasiatnya buah oren ini, terima kasih kepada Negara China yang memperkenalkannya.

Buah oren berasal dari China ribuan tahun lalu dan diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini ianya ditanam hampir di seluruh pelusuk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus sinensis mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan pada suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.

Buah oren mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:

1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser.

Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.

2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.

Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, apa tunggu lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!

Info ini bagi manfaat sila KLIK SINI Terima Kasih.

☛ Sokonglah PENGHARAMAN pemakanan telur PENYU!!!
☛  Lihatlah iPhone 5 Terbaru ?


Klu suka entri nie Plz LIKE

25 Jun 2012

Khasiat Jagung


Assalammualaikum
Semalam teman En.Husband gi beli burger kat gerai Brother Burger.Burger die mmg sedap sekali makan mesti nak cari lagi.Menu burger pun byk sampai xtau nka pilih yg mana 1.Orang tak putus-putus dtg gerai die.Sampai tak menang tangan tuan kedai dibuatnya tapi takpe janji masyuk kan..Hihihi

Kebetulan semalam masa nak pergi beli burger lalu depan gerai jual jagung manis.Tiba-tiba tekak cam teringin nak makan jagung kan.So minta Husband belikan 1, mak aik harga jagung bakar sebatang RM3.00 tu mahalnya.Kat pasar malam pun tak sampai Rm3.00 cekik darah tol r peniaga tu.

Lepas dah syok mkn tiba-tiba teringat apa khasiat jagung ni ek.Ada pernah org ckp jagung ni banyak khasiat.Aini pun cr lah pak cik Google..Dapat result n nak share ngan korunk sume..Meh baca khasiat jagung ni.


  • Meringankan pencernaan
Jagung mengandung serat yang baik untuk meringankan gangguan pencernaan, seperti mencegah sembelit, wasir dan bahkan menurunkan risiko kanker usus besar.
  • Sumber mineral
Biji jagung yang berwarna kuning ternyata mengandung mineral dengan tingkat sangat tinggi. Jagung juga memiliki banyak jenis mineral, seperti magnesium, mangan, besi dan paling penting fosfor. Fosfor sangat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan tulang, serta menjaga fungsi ginjal agar tetap normal.

  • Perawatan kulit
Jagung kaya akan antioksidan, yang membantu dalam menjaga kulit menjadi awet muda. Minyak jagung juga merupakan sumber asam linoleat. Sedangkan patinya, berguna untuk mengatasi iritasi kulit dan ruam.
  • Mencegah anemia
Jagung manis kaya akan vitamin B dan asam folat yang mencegah anemia.

  • Mengontrol kolesterol
Vitamin C, karotenoid dan bioflavinoid yang terkandung dalam jagung manis menjaga jantung Anda tetap sehat dengan mengendalikan kadar kolesterol dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

  • Penting bagi ibu hamil

Jagung menyediakan sumber yang kaya akan asam folat. Jagung manis memberikan manfaat kesehatan baik untuk ibu hamil dan bayi. Jagung dapat mencegah kekurangan berat badan pada bayi yang baru lahir dan menurunkan risiko lahir cacat.

#Jika info ini datangkan manfaat sebagai sumbangan klik sini Terima Kasih



Klu suka entri nie Plz LIKE

Under Renovation


Assalammualaikum

Sekian lama tak update hari ni baru berkesempatan nak update blog.Maaf yer..Agk buzy sikit minggu ni sebab my bedroom tgn buat revonation so brg kat umah ni bersepah.Ditambah lg dengan anak Aini sorg ni yg sebok nak kacau org tgh buat renovate.

Pening nak melayan bujang sorg ni.Hai agknya bila lah siap bedroom baru ni.Tak lama lg nak puasa nti x larat Aini nak mengemas dengan bawa perut yg kian membesar ni.Cepat lh siap yerk.

Wow semua bertukar baru.Termasuk lah warna cat bilik..We.we..we.. excited nak tgk ble dh siap.Mentang-mentang nak ada orang baru daddy semua tukar baru ek.hihiNasib lah bini xnak tukar baru.kikiki..

iPhone 5 akan keluar tak lama lagi betol ker? Nak tgk rupa iPhone 5 ------->KLIK SINI



Klu suka entri nie Plz LIKE

19 Jun 2012

Segmen Tambah Follower Blog


Assalammualaikum


Hehe segmen lagi..Tak payah banyak cakap join jek okey.Klik banner atas.

Tarikh Tutup : 24 Jun 2012  
Jam: 6PM


Klu suka entri nie Plz LIKE

18 Jun 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera


Assalammualaikum 


Join segmen lg kali ni dari Aisyah Humaira'
Walaupun terlewat tp masih berkesempatan nak join.Nak join jg klik banner kat atas eh.Cepat sebelum anda ketinggalan.

Tarikh Akhir Segmen: 22 Jun 2012


Klu suka entri nie Plz LIKE

Jom Cuci Baju Baby


Assalammualaikum


Masuk 30 minggu baru lah Aini sibuk nak cuci semua baju-baju bayi ni semua.Hahaha..Ada org 28 minggu dah siap semuanya.Tapi Aini mentang-mentang anak no.2 bt lengah-lengah plak kan.Takpe lah masih sempat lg nak bt persiapan guna dlu yg sedia ada masa Danish dulu.Bukan kedekut nak beli yg baru tp tgu masuk 8 bln bru beli..sbb tgh nak skodeng gender baby ni yg mau tunjuk.


Aini cuci semua baju-baju bayi ni dengan sabun jenama Pureen A-B-D.Bau sabun ni wangi walaupun belum buka kotak lg.Tapi yang penting sabun ni selamat untuk mencuci pakaian bayi.Kulit bayi ni amat sensitif so kna lah jaga jgn main belasah jerk cuci.Lg satu jgn sesekali cuci baju bayi dicampur dengan baju org dewasa mmg tak boleh tau.

ni rupa bentuk sabun pencuci tu..
Masa beli sabun ni kebetulan plak ada offer.Harga biasa sabun ni utk 1kg Rm18.90.Tapi masa offer dapat harga Rm15.90 pastu dpt plak free 200g sabun.Hehe memang btol jimat nie nama nya.Paling best sabun ni memang wangi pas cuci baju-baju warna putih nampak beseri mcm baru jek walaupun baju lama.

Sekian untuk kali ni sebelum tinggalkan entri ni jom tgk ni....>>Sini Tengok<<....


Klu suka entri nie Plz LIKE

15 Jun 2012

Cun Lah Design Terbaru Philips Avent

...Assalammualaikum...
 New Design 9oz
Cun kan design terbaru dari Philips Avent ni..Design yg ni blum lg masuk pasaran Malaysia.Tapi ada yg dh jual secara online direct dari England.Geram jek tgk.Pattern die mmg menarik nampak moden xlah klasik.Suker nya..Dah lah Aini ni penggemar beli botol susu yg unik bentuknya.
New Design 4oz
Ada warna putih,biru n pink.Harga die ha amik ko, mahal mentang-mentang baru kat pasaran.Yang 4oz ni ni sebiji dh harga Rm65 yg 9oz pla Rm70 ni harga untuk yg pre-order tau bkn ready stok.Bygkan lah klu masuk pasaran Malaysia nti ntah berapa harganya kan..

Niat hati mmg nak beli sgt tp pk brg bru stok kat Malaysia pun blum ada nti nak cr speare part ssh.Lg putingnya bukan blh sebarang saiznya.Klu design yg sedia ada skang ni blh lh juga pakai puting brand lain yg sama jenis.

Takpe tunggu masuk pasaran Malaysia nanti mummy belikan untuk baby 1pcs n abg 1pcs ek..Hihi belum pape lg dah berangan nak suh baby minum pakai btol ape punya mummy ler ni kan..Hek..hek.hek..



Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Jun 2012

Malam Ni Tidur Lena My Little Boy


Assalammualaikum

Wah..Jelesnya Aini tgk katil anak Aini ni ceria jerk.Cantik tak?..cantik tak?.Memang mood rse nak tido jek x nak bgn klu blh nak guling-guling.Hahaha.Hey nasib mummy die ni dh umur 20-an klu lah masih budak-budak seronoknya guna cadar ceria mcm ni kan.

Cadar ni baru jek sampai pg td.Tak sempat nak basuh lg trus mencuba kat katil anak.Mummy yg excited lebih ni sbnarnya.Hahaha.Anak Aini pun suka tgk katil die gambar kartun dengan warna ceria.

Nak beli cadar kartun yg lawa cun ceria search jek kat FB tp nasib ler kena pandai survey harga.Benda yang sama tapi harga lain2.Aini beli set cadar kod R-066 dengan TIRA CADAR.

Aini dah mula ajar anak tidur katil sendiri.Walaupun katil sendiri tapi masih lg dekat dengan Aini kira sebelah-sebelah jek.Hihi..nak biar tidur sendirian terus tak berani lagi sbb Aini tgk anak tidur agak lasak takut jatuh jer.Tunggu besar sikit nanti baru lh biar tidur sendirian.



Klu suka entri nie Plz LIKE

11 Jun 2012

Mari Mengira 123 To 10


Assalammualaikum

Hai,lme tak update.Kali ni kne fokus untuk belajar mengira.Dah masuk 28 Week mmg ttue wajib dilakukan bagi mereka yg pregnant mcm Aini.Hihihi..Lihat lah buku pinkku dah naik pangkat.Dari Hijau tukar ke warna diraja plak.Bukan sesuka hati yerk nak naik pangkat ni.Cabaran tau warna-warna ni.Semua warna memainkan peranan tentang kesihatan kita masa pregnant.

Para ibu yg dh biasa dgn buku pink ni mesti tau ape perlu buat kan.Cer tgk tu banyak kotak2.Apa lg perlu dibuat kita haruslah menanda pada masa yg tepat dengan merasa gerakkan atau tendangan bayi pada masa tertentu sehingga mencapai 10 kali.Jgn main hentam jek.Ni pun penting untuk tau keadaan bayi dlm perut kita ada problem ker x.Biasa pihak klinik akan terangkan dgn lebih jelas lg.

Untuk memudahkan Aini buat kiraan ke atas gerakkan bayi, Aini buat 1 jadual khas bagi senang kerja.Ni klinik xde bg pepandai sendirilah buat.Hihi..Biasa die suh conteng kat kertas jek.Klu buat jadual mcm ni kan nampak kemas jek kan.Tapi kadang2-kadang tue ter"miss" jg sbb bz buat kerja sbb terlupa.hihi.Sesiapa ibu-ibu yg sama mcm Aini pastikan fokus gerakkan bayi ok.Selamat mengira...123 to 10..

Let`s Go...Klik Sini



Klu suka entri nie Plz LIKE

8 Jun 2012

Segment : Team Follow Back by AmerCorner


ASSALAMMUALAIKUM
Join lagi sekali segmen dari AmerCorner.
Yang betul-betul serius nak follow back tau baru leh join hihi.Dengan ikhlas hati bukan paksaan ok.Nak join jg klin banner atas ni.Senangkan.

Followers sekarang adalah 758


Klu suka entri nie Plz LIKE

7 Jun 2012

Akhirnya Dapat Tau Juga


Assalammualaikum


Hari ni Aini ada appointment kandungan 7bulan dengan dokter kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak.Appointmentnya kul 9.00 pagi tp Aini dtg awl kul 8.30 pagi dah terpacak kat klinik.Tapi yang buat stress tunggu nak jumpa dokter tu sampai kul 10.30 pagi bru dpt jumpa.Adohai...Panas jek kan.

Masuk bilik dokter (Dr.Rohayu) dah tersenyum jek Dr.Ayu tu tgk muka Aini.Hihi..Die suh baring sekali tgk buku pink ayoyo..Awk dah naik pangkat ker?Bila awk minum air gula ni.Tgk ish2 kan dah kantoi bacaan tulah mkn durian byk sgt x?Tapi BSP awk okey jerk.Byk btol die tanya Aini.Aini hanya jawab dgn spontan "sy kuat makan lah Dr".Skang ni dh diet.Tgk berat Aini naik 800 gram jek slalu mesti naik 1kg.Dr.Ayu pun ckp "awk kne mkn lbh tp kurangkan yg manis-manis tue klu tak nanti berat awk tak naik".Abis die celoteh Dr.Ayu bt scan debar2 jantung nak tgk baby dlm perut ni.Comel jek tgk die gerak.Semua ok Dr.Ayu ckp cuma die ckp perut awk ni kecik jek ek comei.Hihihi..Nak tau baby dlm perut ni jantina ape?Jeng jeng..Tunggu die kuar bln 8 nti ek.Hihihi.

Siap semua Dr.Ayu ckp kita jumpa sebulan sekali pasni yer.Hihihi.Dan akhir skali dengan tetiba Dr.Ayu suh amik darah untuk ujian Hb1ac.Erk..Aini dh terkedu alamak yg hari tu amik darah lebam kat lengan baru hilang ni kena amik darah lg.Oh Tuhan!Terpaksa mengalah demi kesihatan baby..Sekian untuk hari ni.


Klu suka entri nie Plz LIKE

6 Jun 2012

6.6.2012 Ulangtahun Ke-3 Perkahwinan Kami


Assalammualaikum

Hari ni hari penting bagi Aini n husband kerana tanggal tarikh 6.6.2009 kami telah diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.Kini usia perkahwinan kami telah masuk ke tahun ke-3.Amin bersyukur sgt2 kpd Allah kerana dianugerahkan seorang husband yang begitu baik hati,penyayang,penyabar,bertimbang rasa serta bertanggungjawab.

Ucapan buat husband tercinta " Sayang,Bb sentiasa menyayang diri kamu walau dlm ape jua keadaan sekalipun,bahkan cinta hati Bb hanya untuk Sayang seorang buat selamanya.Semoga bahtera perkahwinan yang kita bina selama ini akan terus berbahagia dan berkekalan sampai ke syurga.Amin.Terima kasih atas segala pemberian yang Sayang bagi kpd Bb selama ini.Love You Always My Dear ".

Sebagai hadiah korunk tolong klik sini boleh---->Hadiah For Me <----


Klu suka entri nie Plz LIKE

5 Jun 2012

Bubur Oat Ala Mummy Sweet



Disebabkan Aini ni berdiet gara-gara GDM terpaksa makan makanan yg tinggi seratnya.Pilihan utama semestinya Oat.Tapi klu mkn oat kosong campur dengan air panas atau susu erk..tak temakan lah jawabnya.Berlapuklah oat tu kat dapur.Hihihi.Tu sebabnya Aini cuba olah jadi bubur yg sedap.Ok nak cuba meh kita kongsi resepi.

Bahan-bahan :

3 sudu besar oat (suke hati byk mne korang nak letak)
2 cawan Air
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
Isi daging ayam (lain2 pun blh letak klu nak)
Lobak merah
Serbuk lada hitam
Serbuk pati ayam (kiub ayam pun blh)
#note: nak lebih sedap letak daun sup

Cara-Caranya: 
  1. Rebus bahan yang ditumbuk bersama isi daging ayam dalam air.
  2. Masukkan lobak merah beserta serbuk pati ayam,biar kan sampai isi ayam empuk.
  3. Masukkan oat kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk lada hitam,Masak sehingga oat kembang matikan api.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba menu diet..


Klu suka entri nie Plz LIKE

Apa Khasiat Epal Hijau Vs Epal Merah


Assalammualaikum
Mari kita lihat khasiat antara epal hijau dan epal merah.Kedua-duanya mempunyai khasiat yg baik untuk tubuh kita.
Epal Hijau
  1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8. Mengurangkan risiko barah.
  9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Epal Merah
  1. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
  2. Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
  3. Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
  4. TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.
  5. Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
  6. Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan


Klu suka entri nie Plz LIKE

3 Jun 2012

Lawak Yang Spontan


Assalammualaikum
Wah hari ni banyak betul undangan jemputan berpusing-pusing lah jawabnya.Perut penuh jek ngan nasi minyak.Memang ler naik sebu jawabnya..


Nak citer kisah mlm td ni.Aini tgk cerekarama Tv3 (tajuk nya ape ek lupa plak) alah lakonan Neelofa ngan Jalaluddin Hasan tu ha. Ada part dlm citer tu suami die balik dr kerja bt suprise bg hadiah pd isteri.Dengan tak semena Aini saja jek ckp ngan husband.(Dialog Aini kpd Husband) "Yang, tgk tu suami die balik dari kerja bagi hadiah pd isteri die kan best tu,Sayang tak nak ker buat mcm tu jg?".Husband pun dengan selambanya jawab " Eh kan tadi Sayang dh bagi hadiah" Aini tanya semula "Hadiah ape yg Sayang bagi, xdepun".Lantas husband pun ckp "tu sardin 2 tin dengan telor 10 biji hadiah lah tu".Hahahaha Aini terus ketawa terbahak-bahak.Ya Allah husband Aini ni buat lawak mlm hari sampai sakit perut ketawa tak berhenti.Baby dlm perut ni siap tendang agknya mummy die ni bising ketawa kuat sgt.


Klu suka entri nie Plz LIKE

1 Jun 2012

Seronok Dapat Hadiah

Assalammualaikum
Permulaan bulan yang cukup baik 1 Jun 2012 jatuh pada hari Jumaat.Syukur Alhamdulillah masih lg diberi bernafas dalam bumi Allah ini.Sedar tak sedar dah masuk pertengahan tahun rupanya.Di mana tanggal 6 Jun nanti usia perkahwinan kami telah menjangkau ke tahun ke-3.Syukur Ya Allah kami diberikan kebahagiaan.
Anniversary minggu depan tapi yg bestnya kan dah dapat awal hadiah ulangtahun perkahwinan.Seronoknya.Nak tau apa yang husband Aini bagi.Jeng..jeng..jeng..

Nie lah die katil Queen baruku..Hihihi..

Ni plak katil single untuk little boy
Hadiah ni untuk anniversery kami tapi Danish jg dapat hadiah.Ish sebok jek tau.Kenapa husband Aini hadiahkan katil baru sebab tak lama lg kami dah nak berempat so katil queen ni dah tak muat untuk tampung 4 org.Knape tak nak bli yang king size sebab bilik Aini kecik tak muat nak letak brg besar punya.Buat keputusan pilih design yang sama senang boleh match.Dah besar sikit nanti si Danish akan kami pisahkan tempat tidurnya.Hadiah dari Aini untuk husband plak dah ada dlm perut ni utk awk syg.Hihihi.Antara koleksi hadiah perkahwinan kami ialah di tahun pertama hadiah dlm perut jg(kuar lah Danish Thaqif) tahun ke-2 pula suprise dinner dan tahun ke-3 hadiah dlm perut jg kali ni.Next nti tukar lain okey syg..Semoga awk syg bb selamanya okey..

Mood happy dpt benda baru..seronok sgt.Sayang awak En.husband Luv you so Much!!!Next week lagi seronok tau..Tak sabarnya..Nak tau apa kena lah tunggu entri akan datang okey. :)



Klu suka entri nie Plz LIKE