30 April 2012

Kenapa Wanita Hamil Mengidam


Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.

Gambar Sumber :Google

Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.


Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah.

Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walau pun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.


Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:

1. Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)

2. Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur

3.Teh herba 

4 Alkohol

Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika anda menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.


Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:

Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.

Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.

Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.

Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.

Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.

Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.

Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung


Klu suka entri nie Plz LIKE

29 April 2012

Wah..Sedapnye!!!!


Assalammualaikum

Sebelum 

Hari ni sungguh tak sangka sekali.Akhirnya dapat juga makan ketam yang ku idam-idamkan selamani..Al-maklum lah time nak makan ketam mase tu kebetulan plak memang xde musim so kne lah tunggu sampai cik ketam ni kuar.Hek.hek..hek..
En.Husband balik dari keje (O.T) tadi nampak die pegang beg plastik ingatkan barang yang Aini pesan tadi (order MCD).Rupa-rupana die belikan ketam tanpa pengetahuan Aini.Memang btol2 suprise ni..Hahaha..Prihatin nye Husbandku ni..Terima kasing Sayang!!....Walaupun die cakap tinggal 3 ekor saja die belikan juga oleh kerana wifenye ni teringin nak makan ketam kan.Tapi besar juga lah ketam tu.Alahai bersyukurnya Ya,Allah dpt husband mcm ni.
Apa lagi mak Aini terus masakkan ketam berlada.(Kenapa Aini tak masak sendiri sbb skang ni mmg malas sgt nak memasak)
Selepas
Selepas setengah jam ketam tadi sudah bertukar rupa lah.Tgk atas begitu lh rupanya.Wah sedap sgt.!!!Terima kasih Mak.Sayang Mak!!.Sanggup tu biarkan Burger Mc`Chiken Mcd yg di order tadi untuk beri laluan makan ketam dulu.Hahaha..Selamat menjamu selera kawan-kawan.


Klu suka entri nie Plz LIKE

26 April 2012

SEGMENT: SERIOUS FOLLOW BACK



Segmen ni datangnye dari AmerCorner 
Dan telah di referred oleh Ainie Sempoy untuk menyertainya.Dengar citer bukan sahaja dapat collect followers yang ramai malah bakal kemungkinan Blog top referred url ke segment ini akan memenangi LOMO AQUAPIX
 Gambar Sumber: Google

NAK JON CUKUP MUDAH KLIK BANNER KAT ATAS TU

Okey..Kenapa Aini nak join segmen ni adalah kerana ingin menanbah followers yang sedia ada ni.Lagi ramai followers lagi semangat Aini nak berbelog.Bagi Aini followers merupakan 1 penyokong kita untuk terus berbelog.Lain lah klu ada yang suke ramai followers tu hanya nak kejarkan angka jek.Paling penting dapat bekenalan serta bertukar pendapat di antara sesama blogger.
Sape cakap segmen ni membebankan mmg lah tak masuk akal kan..Paling mudah jek syarat-syarat nak join segmen ni.Paling penting korang harus rajin tue jerk klu malas mcm mane nak ade followers yang ramai btol tak?..Dah malas nak bebel banyak-banyak..Mari sini kita tgk sape kne TAG ni jeng..jeng..jeng  :



Klu suka entri nie Plz LIKE

Angka 6 Begitu Bermakna


Assalammmualaikum


Baru Aini perasan yang selama ini angka 6 tue membawa makna dalam kehidupan Aini setelah mendirikan rumahtangga bersama suami.

Pada mulanya kami di Ijab Kabul kan pada tanggal 6.6.2009.Setelah kami mengharungi segala cabaran dan rintangan berumahtangga, kami telah dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Danish Thaqif Bin Mohd Hamizan.Yang paling bermakna adalah cahaya mata kami itu lahir pada tanggal 6.5.2010.Dilahirkan pada jam 6.57pm seberat 2.66 kg.Ini adalah merupakan hadiah paling bahagia buat ulangtahun pertama kami.Kini usia perkahwinan kami hampir masuk tahun ke -3.Sekali lagi kami akan di anugerahkan hadiah paling bermakna untuk kali keduanya pula.Mengikut due date anak kami yang kedua bakal lahir pada 26.8.2012.Jika dilihat dari mata kasar itu adalah perkara biasa.Btol tak tapi jika diperharikan betol-betol segala yang membawa kebaikkan dan kebahagian kami itu ada kait mengait dengan angka 6.Semoga angka 6 ini akan membawa tuah yang diberkati Allah.

Secara ringkasnya ; 

Kami nikah : 6.6.2009
Kami Dikurniakan anak pertama : 6.5.2010
Kami bakal dikurniakan anak kedua : 26.8.2012







Klu suka entri nie Plz LIKE

25 April 2012

Design Untuk Birthday Party



Kakak Aini telah meminta Aini supaya buatkan design kad undangan untuk majlis anaknya..Dan ini lah hasil nya setelah berejam di hadapan lappy.Aduhai penat sungguh memikirkan design yang mcm mane akhirnya dapat jg idea.Alhamdulillah..

So korang rse mcm ner ok ker tak ek? Disebabkan masa banyak dihabiskan untuk buat design ni maka, blog Aini tak berupdate lah nampaknya..Hihihi..


Klu suka entri nie Plz LIKE

Tips Menguatkan Daya Ingatan



Adakah anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?
  •  Sentiasa mengingati Allah
    Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.
  • Mengamalkan puasa
  • Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

  •  Berdoa
  • Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.

  •  Membaca dan menghafal Al-Quran
  • Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

  •  Relaksasi secara teratur
  • Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.

  •  Tidur nyenyak
  • Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.

  •  Istirahat cukup
  • Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.

  •  Kembangkan sikap mental positif
  • Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.

  •  Fokus
  • Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.

  •  Libatkan emosi
  • Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.

  •  Kembangkan ketajaman indera
  • Cubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.

  •  Berbicara sendiri
  • Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, “Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti.” Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, “Saya telah mengunci pintu.” Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.

  •  Menata fikiran
  • Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.

  •  Bayangkan dan kaitkan
  • Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai “Hairy Larry.”

  •  Peta minda
  • Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.

  •  Katakan berulang kali
  • Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.

  •  Mendengar muzik klasik
  • Menurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan pembelajaran.

    FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA/DAYA INGAT

    Antara penyebabnya :

    · Makan kepala ikan.
    · Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
    · Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
    · Makan makanan ringan dan makanan segera.
    · Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
    · Makan bawang mentah
    · Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
    · Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
    · Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
    · Minum minuman bergas dan beralkohol
    · Merokok
    · Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
    · Tidur pada waktu asar
    · Kurang tidur
    · Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
    · Fikiran runsing, stress dan hati sedih
    · Melakukan maksiat dan dosa
    · Tekanan darah tinggi

    MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK

    Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

    · Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
    · Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
    · Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
    · Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
    · Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
    · Roti
    · Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
    · Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
    · Ikan tuna
    · Telur ayam
    · Daging ayam
    · Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )

    Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.


Klu suka entri nie Plz LIKE

22 April 2012

Tanda-Tanda Awal Kehamilan




Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Seorang isteri sangat gembira apabila dia dapat mengetahui dirinya sudah “berbadan dua” kerana itulah yang diinginkan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Mempunyai anak kandung sendiri adalah keinginan yang tidak dapat dipisahkan dari pasangan suami sendiri kerana anak merupakan penyeri kepada kehidupan berkeluarga.

Namun, ramai wanita yang masih lagi bingung mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? Berikut adalah tanda-tanda awal kehamilan:

1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.


2. Kekerapan membuang air kecil
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.


3. Terjadi Perubahan Pada Payudara
-Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu kondisi payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.
Selain itu terjadi aktivitas hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.

4. Terasa Kram
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.


5. Mengidam
- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.


6. Moody
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.


7. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.


8. Pengsan
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.


9. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.


10. Rasa lelah yang berlebihan
- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.



11. Sembelit
- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.


Klu suka entri nie Plz LIKE

21 April 2012

Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur



Kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome – SIDS banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat,lebih 90 peratus kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan.

Lazimnya, setiap kes SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat dan tanpa disangka, mereka ditemui mati di tempat tidur. Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini.

Sudah tentu kes ini sangat menyedihkan ibu bapa. Jadi, sebelum sesuatu berlaku, lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi ibu yang tidur bersama bayi, berhati-hati kerana si kecil ini boleh lemas ketika anda menyusukan mereka, terhimpit atau muka mereka ditutupi bantal atau selimut.

FAHAMI SI KECIL :
• Si kecil tidak berupaya mengawal situasi tidur mereka sendiri
• Si kecil tidak memahami erti bahaya
• Tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya
• Bayi suka ambil sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut mereka

17 Langkah Bagi Mewujudkan Suasana Tidur Lebih Selamat :
1. Pastikan tempat tidur anak anda selamat. Si kecil tidak peduli betapa cantiknya kot mereka, tapi apa yang lebih penting, ia selamat.
2. Tidurkan anak secara menelentang, bukan secara meniarap atau mengiring. Jika anda dapati bayi anda dalam keadaan meniarap atau mengiring, alihkan posisinya segera.
3. Pastikan muka bayi anda tidak ditutupi sesuatu misalnya selimut, bantal atau alat mainan lembut.
4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan dan selepas lahir.
5. Tidurkan bayi di bilik anda atau tidur bersama anda pada usia enam hingga 12 bulan pertama.
6. Jika bayi tidur dalam kot bayi, pastikan kakinya berada di hujung kot. Anda boleh selimutkannya, tapi pastikan selimut diselitkan pada bawah tilam (kiri dan kanan serta di hujung). Ini lebih selamat kerana bayi tidak boleh menggeliang-geliut ke bawah.
7. Pilih kot yang bidainya agak tinggi bagi mengelakkan si kecil memanjat keluar. Letakkan kot di tempat yang jauh dari tingkap dan sinaran matahari.
8. Jika bayi anda sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada kot.
9. Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut kerana apabila bayi dalam keadaan tertiarap, mereka mudah lemas. Sebaik-baiknya biarlah permukaan tilam tersebut mantap dan datar.
10. Sebaik-baiknya, bayi hanya tidur di atas tilam dan tidak memerlukan bantal.
11. Pastikan anda tidak membiarkan bayi menghisap susu botol dan anda meneruskan tidur. Ini boleh mengundang risiko bayi tersedak dan sukar bernafas.
12. Ketika menyusukan bayi anda dengan susu badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anak.
13. Jika anda menggunakan sleeping bag, pastikan ia tidak mempunyai hood. Cukup sekadar ia menutupi tangan hingga bahagian leher (pastikan tidak ketat).
14. Pastikan hiasan-hiasan pada katil bayi anda tidak berlebihan. Pastikan semua tali diikat kemas dan tidak berjuntaian bagi mengelak risiko terbelit pada bayi.
15. Gunakan selimut yang ringan yang boleh dikemas dengan mudah.
16. Pakaikan bayi anda pakaian malam yang sesuai, jadi dia tidak lagi memerlukan selimut.
17. Pastikan pakaian anak anda itu tidak bereben atau seluar yang terlalu panjang. Ini boleh membahayakan bayi anda.

Sumber Info : Pa & Ma


Klu suka entri nie Plz LIKE

Cara Letak Widget Recent Comment Dengan Avatar


Ni adalah contoh widget recent comment dengan Avatar...
Di mana korang boleh lihat Gambar profil si penghantar komen beserta dengan komen yang diberi..Klu korang nak cuba the best widget ni meh tgk cara-cara memasangnya..

Mula-mula harus pergi ke :  Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/JavaScript

Okey, Salin kod di bawah ini ;
<style type="text/css">
#recentcomment {
width:98%;
margin-left:5px;
}
img.recentcomment-avatar {
background:#fff;
float:right;
padding:2px;
margin:2px -2px 0px 0px;
height:30px;
width:30px;
border:solid #ddd 1px;
-webkit-border-radius: 2px;
-moz-border-radius: 2px;
border-radius: 2px;
-webkit-box-shadow: 0px 1px 0px rgba(0,0,0,0.3);
-moz-box-shadow: 1px 0px 0px rgba(0,0,0,0.3);
box-shadow: 0px 1px 0px rgba(0,0,0,0.3);
}
td div.recentcomment-content a,td div.recentcomment-content a:hover{
font-family: 'trebuchet ms';
font-size:1.00em!important;
color:#2C2929;
text-decoration:none;
}
div.recentcomment-content{
font-size:1.00em!important;
text-decoration:none;
line-height:1.45em;
letter-spacing:0.03em;
background: #fff;
padding:4px;
border:1px solid #ddd;
-webkit-border-radius: 2px;
-moz-border-radius: 2px;
border-radius: 2px;
-webkit-box-shadow: 0px 1px 0px rgba(0,0,0,0.3);
-moz-box-shadow: 0px 1px 0px rgba(0,0,0,0.3);
box-shadow: 0px 1px 0px rgba(0,0,0,0.3);
}
</style>
<script type="text/javascript">
ava_mode = "all";
var cm_num = 5;
var cm_desc = 13;
var homepage = "URL BLOG ANDA";
var cm_ava = new Array();
cm_ava['openid'] = "http://3.bp.blogspot.com/-6kHTbPmPW6A/TuZpM4kzZCI/AAAAAAAAAbY/yNkCTBfl8IE/s1600/blogger.png";
cm_ava['livej'] = "http://3.bp.blogspot.com/-6kHTbPmPW6A/TuZpM4kzZCI/AAAAAAAAAbY/yNkCTBfl8IE/s1600/blogger.png";
cm_ava['wp'] = "http://3.bp.blogspot.com/-6kHTbPmPW6A/TuZpM4kzZCI/AAAAAAAAAbY/yNkCTBfl8IE/s1600/blogger.png";
cm_ava['typepad'] = "http://3.bp.blogspot.com/-6kHTbPmPW6A/TuZpM4kzZCI/AAAAAAAAAbY/yNkCTBfl8IE/s1600/blogger.png";
cm_ava['aim'] = "http://3.bp.blogspot.com/-6kHTbPmPW6A/TuZpM4kzZCI/AAAAAAAAAbY/yNkCTBfl8IE/s1600/blogger.png";
cm_ava['url'] = "http://1.bp.blogspot.com/-eUjiOVpSBmw/TuZpNJ0w8-I/AAAAAAAAAbk/MQCBeyTefdI/s1600/user.png";
cm_ava['anon'] = "http://1.bp.blogspot.com/-bCPKKy16aV4/TuZpM901nkI/AAAAAAAAAbQ/GEM1G_Nym_Y/s1600/anonymous.png";
</script>
<script src="http://javscript-code.googlecode.com/files/recent-comment-avt.js" type="text/javascript"></script>
 *Gantikan tulisan yang berwarna MERAH itu dengan URL BLOG ANDA
Setelah itu tekan SAVE..


Klu suka entri nie Plz LIKE

20 April 2012

APA ITU PAP SMEAR




Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Kekerapan Ujian

Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?

Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?

Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.

SUMBER : PUSAT PERUBATAN KPMC PUCHONG

♥♥ Feel free to like, Share & TAG ♥♥


Klu suka entri nie Plz LIKE

19 April 2012

Info: Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan


Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

  • Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

  • Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

  • Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

  • Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥
Oleh: Qaisara Collection


Klu suka entri nie Plz LIKE

18 April 2012

Mai..Mai..Mari Lihat Benda Baru


Assalammualaikum
Sepanjang pembabitan diri dalam dunia blog ni.Aini tak pernah putus asa mencuba sesuatu yang baru.Di mana setiap kali dapat idea akan ku serapkan dalam blog ni untuk dikongsi bersama...Cewah!!.
Korang tgk banner n header Aini akan berubah-ubah mengikut mood Aini..Hahaha..blh camtu ker?Biasa lah klu asyik same jek naik boring kan. 
Perhatikan header baru Aini ni.Cantik tak?..huhuhu..Korang rse korang paham tak knape header tu bermotifkan sedemikian rupa? Klu korang bijak dpt jawapannya Aini akan follow blog u all n akan letakkan blog korang yang vouge tu sebagai Bloglist pilihan Aini..Hey bkn senang tau nak dapat peluang yg Aini bagi ni.

Ni plak banner baru blog Aini..Ni kira Limited Edition sbb pasni akan bertukar lg so cepat2 dapat kan banner ni kemudian letak kat blog korang eh..Jasa korang Aini hargai sesangat-sangatnya..Thank You.


Klu suka entri nie Plz LIKE

17 April 2012

Meiko Naturactor Foundation Original Vs Tiruan


Assalammualaikum,
Percubaan pertama kali membeli dan menggunakan Meiko Naturactor ni mmg puas hati..Tak sia-sia lah kata org yang foundation ni mmg bagus..Maaf kali ni suke sgt bab2 kecantikkan..hehe..

Okey jom kita berkenalan dulu tentang Meiko Naturactor foundation.Ada 2 jenis Naturactor Foundation Original ni 1 dari Jepun dan 1 lagi dari China.

Yang ni Original Dari China (Label Tulisan China)

Yang Ni Original Dari Jepun(Label Tulisan Dalam Rumi)

Ori Jepun datang dalam individual boxes mana kala ORI China datang dlm pek yang besar.

Apa Itu Meiko Naturactor Foundation?
Merupakan bedak asas yang berasaskan tumbuhan organik (mengandungi ekstrak bunga sakura)


Antara kebaikkan bunga tersebut ialah:
Membantu kulit menjadi lebih lembut.
Membantu menghidratkan kulit.
Mengurangkan kerandangan
(sesuai untuk yang mengalami masalah jerawat)

Orang Jepun selalu keringkan bunga sakura ni untuk diminum bersama teh. Selain itu, ia juga ada perlingungan dari UV. Ini sangat penting sebab matahari adalah punca penuaan kulit yang no.1.

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM
- Anti kilauan / tidak berminyak.
-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Long lasting & tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori

Harus di ingatkan produk yang digemari ramai ini pastinya mempunyai barangan TIRUAN..So nak beli kena berhati-hati yerk...Mari kita lihat perbezaan antara yang Original dengan yang Tiruan.


ORIGINAL



YANG TIRUAN


Ciri2 Naturactor Tiruan:
1. Berminyak dan bila pakai nampak berminyak sangat.
2. Bila Apply banyak kali pun tidak akan menutup cela atau parut2.
3. Teksturnya sangat lembik tidak padat.
4. Disertakan dalam kotak kecik.
5. Harga lebih murah berbanding yang ori.

Untuk lebih terperinci boleh baca lah maklumat sebenar klik kat sini ----> NATURACTOR ORIGINAL


Minta Maaf 
~~~OUT OF STOK~~~


Klu suka entri nie Plz LIKE

16 April 2012

Si Handsome Boy Belajar Makan Sendiri


Assalammualaikum,
Hari ni baru lah dapat update.Dah 2 3 ari ni bz skit layan anak..Lagipun hujan jek dengan guruh plus petir tak boleh nak online kang klu sebok online tak pasal -pasal Wifi kena sambar petir plak trus tak leh guna nti.Hihi

Sejak nak masuk usia 2 tahun ni.Anak Aini si Danish Thaqif dah makin pandai nak berdikari sendiri.Yelah tak lama lagi nak dapat adik so pasni kne blaja buat sendiri.Harapan boleh bantu mummy die ni ha..

Sekarang nie sumer perkara die nak buat sendiri.Buka baju,kemas tempat tido,buka pampers,mandi,gosok gigi,makan pun nak pinggan sendiri.Paling rjin tolong mummy die sapu sampah.Die sendiri pegang penyapu lalu sapu kat tempat yg die nampak ada sampah.Hari ni mummy die bagi peluang blajar pakai sudu n garfu sendiri.Cer tengok gelagat Danish Thaqif ni masa nak belajar makan sendiri..

Jemput makan!!!

Bismillahhirahmannirahim...

Nyum..Nyum..Nyum..Mmmm..Sedap!!

Erk!!..Alhamdulillah..Selesai makan.

Hahaha..kelakar pun ada, bangga pun ada.Walaupun die mkn sendiri cuba perhatikan tak comot pun die mkn.Tapi makanan bersepah kat bwh sebab ada mknan yg jatuh tak masuk mulut dengan betol..hihihi..Pandai anak mummy ni.Mcm ni lah nak jadi Abang Kecik.Lepas ni blh blajar tak pakai pampers plak eh..Sayang....Handsome mummy nie..MmmuaAh!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

13 April 2012

Rahsia Tahi Lalat Dan Maksud Kedudukan Tahi Lalat



1. Tahi Lalat di kepala
Banyak fikir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.

3. Tahi lalat di dahi
Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.

4. Tahi lalat di bulu kening kiri
Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.

5. Tahi lalat di bulu kening kanan
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.

6. Tahi lalat di bawah mata
Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.

7. Tahi lalat di hidung
Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.

8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.

9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.

10. Tahi lalat di alur dagu
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.

11. Tahi lalat di telinga
Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.

12. Tahi lalat di tengkuk
Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.

13. Tahi lalat di leher
Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.

14. Tahi lalat di bahu kiri
Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.

15. Tahi lalat di bahu kanan
Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.

16. Tahi lalat di dada
Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.

17. Tahi lalat di belakang badan
Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).

18. Tahi lalat di bawah payudara
Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.

19. Tahi lalat di atas pusat
Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.

20. Tahi lalat di bawah perut
Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).

21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.

22. Tahi lalat di Kemaluan

Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.
Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.


23. Tahi lalat di betis
Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.

24. Tahi lalat di kaki
Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.

25. Tahi lalat di tangan kiri
Dipermudah rezekinya.

26. Tahi lalat di tangan kanan
Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.

27. Tahi lalat di pinggang
Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.

28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.

29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

Sumber: Earth’s Secret


Klu suka entri nie Plz LIKE

12 April 2012

Bila First Time Dengar Jantung Baby


Assalammualaikum

Hari ni 12 April 2012 tepat jam 9.00 AM pergi checkup untuk 20 week kat klinik.Wah dah 20 week 5 Day skang ni cepatnya masa berlalu.

Mula2 pergi timbang berat naik 1.5 Kg untuk bulan ni.Fuhh!! dlm fikiran Aini berkata "naik jg berat aku ni kn".Pastu cek Hb darah naik lah jg 11.5.Tiba masa cek perut plak..Huhu ni first time nak dengar jantung baby berdegup rasa tak sabar sgt-sgt.Bila dh dengar bunyi degup jantung baby rasa bersyukur sgt sbb baby dlm keadaan sihat jantung pun ok.Tapi paling happy sgt ttg kelajuan degup jantung nya..Kenapa ek?..
Sumber: Google
Huhu..Dulu masa ank 1st, kali pertama dgr bunyi degup jantungnya sangat laju..Dup..dup..dup..dup..Sampai nurse ckp mak aih lajunye..Ni mesti boy kat dlm.Sekali kuar btol pun boy.Tadi plak masa dengar degup jantung baby yg 2nd ni agak sederhana jek tak lah sekencang ank yg 1st...So dlm hati berkata agknya kat dlm ni baby girl kot..Kemudian tu nurse leh plak tnye ko rse-rsekan baby ape kat dlm tu?Hihi Aini pun dh ketawa..hahaha klu ikut firasat n gerak hati mengatakan baby girl tp xtau lh kot yer btol ke x.Nurse tu pun ckp "aku pun rse mcm tu gak tgk ko ske pkai baju pink jek"..Kikiki lg pun ni mesti kes dengar bunyi jantung td  tu yg nurse tnye pada Aini.

Keputusannya sama ada tunggu scan 7 bulan nanti atau pun bila dh lahir.Kita tunggu yerk....BOY or GIRL..Suspend ni + nerbes..Bila cter kat husband pas checkup td asyik tersenyum jek tak abis-abis..Suke ler tu..Semoga baby sentiasa sihat dan cergas..Amin.





Klu suka entri nie Plz LIKE

11 April 2012

Cara Buat Teks Bergerak (Marquee)


Ini adalah antara contoh kod yang boleh buat ayat @ teks itu bergerak..

Untuk Gerak Dari KANAN Ke KIRI 
<marquee> text </marquee>
Contoh : SELAMAT MENCUBA

Untuk Gerak dari KIRI ke KANAN
<marquee direction="right">TEXT</marquee>
Contoh :SELAMAT MENCUBA

Untuk gerak dari ATAS ke BAWAH
<marquee direction="up" scrollamount="2"> text </marquee>
Contoh : SELAMAT MENCUBA

scrollamount="2" boleh ditukar mengikut angka kelajuan yang dikehendaki.


Untuk gerak dari BAWAH ke ATAS
<marquee direction="down" scrollamount="2"> text </marquee>
Contoh : SELAMAT MENCUBA

Untuk Gambar bergerak
<marquee direction="up" scrollamount="4"><br />
<center><a href="URL ANDA"><img src="URL GAMBAR ANDA"></a></center>
<center><a href="URL ANDA"><img src="URL GAMBAR ANDA"></a>
</marquee>

Contoh :







Klu suka entri nie Plz LIKE

10 April 2012

Cara Buat Tajuk Posting Bergerak


Hari ni xde buat pape just nak share cara tajuk posting bergerak..
Ikut step di bawah:

Sbg contoh: Sila TGK SINI utk Demo

1.) Mula-mula Go Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget
2.) Tekan F3 cari kod ini <h3 class='post-title entry-title'>
3.) Dah jumpa kod di atas kemudian copy kod di bawah ;
<marquee direction="right" scrollamount="5">
4.) Pastekan betul-betul di hadapan kod <h3 class='post-title entry-title'> 

5.) Kemudian scroll ke bawah sikit akan jumpa kod </h3>.Copy kod ini pula;
</marquee>
6.) Paste kan di sebelah akhir kod </h3> tadi.

Contoh kod seperti ini;
 <marquee direction="right" scrollamount="5"><h3 class='post-title entry-title'>     <b:if cond='data:post.link'>
       <a expr:href='data:post.link'><data:post.title/></a>
     <b:else/>
        <b:if cond='data:post.url'>
          <a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
        <b:else/>
          <data:post.title/>
        </b:if>
     </b:if>
      </h3></marquee>    
Warna BIRU  :boleh uban mengikut kelajuan bergerak yg dikehendaki.
7.) Setelah itu PREVIEW dulu dah ok semuanya baru lah SAVE..


Klu suka entri nie Plz LIKE

Set Make-Up Dah Sampai


Assalammualaikum,

Panasnyer cuaca hari ni,lepas basuh baju dah siap jemur..tup..tup..bertukar plak jadi mendung.Jgn lah hujan nti x kering bju2 ku itu.Esok public holiday so kerja rumah pun nak public holiday jg..hihi..blh gitu.

Hari ni nasib lah sempat brg yg di order hari Isnin sampai hari ni, sbb esok posmen pun cuti gak.Klu tak sampai hari ni comfirm Khamis bru dpt brgnye.Kebetulan plak hari Khamis xde umah nk gie checkup baby.Syukur sgt2..

Ni dia yg baru sampai td mmg puas hati..Aini beli Eyeshadow Romantic Colour,Set Brush Mac ngan Eyeliner Mac dgn shapener kat Fuchsia Elegance Make Up mmg harga terbaik..Nak cari barangan make-up dgn harga lelong dan berkualiti meh ler singgah ke Fuchsia Elegance Make Up.

Dulu sebelum preggy yg 2nd ni xdelah minat sgt barangan make up ni.Just yg simple2 jek..Faundation,compact,eyeliner,blusher n lipstik tu jek.Ha! Sekarang ni asal nampak set make up amboi berkenan sgt walaupun tak pandai bermake up..hahaha.Tapi kena cuba dan terus mencuba.Pembawakan ni kot..hihi

Sian husband,wifenya tgh preggy suke shopping brg jek..Lagi2 brg wanita semua tgk berkenan.Klu blh nak semuanya..Hihihi..


Klu suka entri nie Plz LIKE

6 April 2012

Wah!!..Topup Rm10 Dapat Rm 20


Assalammualaikum,


Semalam ada dpt sms dari Hotlink dekat no.phone lg 1.No.phone tue jarang gnekn dan topup tp masih aktif lg sebab expired date 4thn, lme kan2.
Selalunya jarang nak baca sms yg tak penting.Sekali ntah mcm mne blh jg ter baca sms tu sbb ternampak perkataan PERCUMA Rm1.Alah Rm 1 jek tp tetap gak nak buka.Tetiba Yahoo!!!..ape yg yahoo nya tue hehe korang tgk la pic bawah ni

Tu yg Yahoo!!!Dah baca full sms baru tau PERCUMA Rm10 bukan Rm1.Hahaha bukan senang nak dpt mcm ni lagi-lagi dari Hotlink.Kita topup Rm10 biasa dpt Rm10 jg kn tp ni lain topup Rm 10 dapat Rm20 kan ker 2 kali ganda tu.Hihi Rezeki jgn ditolak betol x kawan-kawan? Ape lg trus topup tunggu jek lah 10hb nti masuk kredit percuma tu.Terima Kasih Hotlink..Setia Bersamamu..Cewah ngayat lebih nampak..Harap pas ni blh bg selalu ek.


Klu suka entri nie Plz LIKE

5 April 2012

Bahana Kad Kredit


Salam,
Hari ni mood sepoi-sepoi bahasa jek.Hahaha.Dek kerana cuaca yg mendung hanya menanti hujan turun membasahi bumi.

Sebelum memulakan bicara Aini pohon maaf terlebih dahulu andai ada dikalangan korang yg terasa.Ni sekadar kongsi pendapat saja..Xde maksud pape pun.

Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.

Kebanyakkan pemilik kad kredit ni adalah dari golongan kaya.

Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.

Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.

Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.

Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri.Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.

Oleh itu, berbelanjalah mengikut kemampuan jgn mengikut nafsu..Kelak membinasakan diri sendiri dgn menanggung beban hutang yg tak mampu dibayar.Last-last dapat tittle MUFLIS.


Klu suka entri nie Plz LIKE

4 April 2012

Today Nurse Datang Rumah

Salam.

Hye everyone!! Ape khabar hari ni? Mood ada okey ke?..hihihi..
Yeah! Pagi td ujan syiok woo..tdo zZzzZ...Hahaha.Tiba2 dgr SWG (Samsung Galaxy Wonder) berbunyi  lagu Yuna.Tgk dr JM Sahliza.Tp xsempat jwb pun.Igtkan apehal agaknye die tpn.
Sekali pg ruang tamu dgn tak disangka TinG!!.terpacak nurse tu depan pintu.Alangkah terkejutnya Aini.Cepat2 buka pintu pagar.Sian nurse diri lama kat luar agknya..

Usia kandungan 19 Minggu (Sumber Google)

Mcm biasa nurse KD (Klinik Desa) ni mmg rjin dtg umah lawat pesakit.Hari ni dh masuk 19 Minggu usia kandungan nurse buat lawatan rumah Aini amik tekanan darah pastu cek baby dlm pewot ni ha..Bila cek semua ok.Paling happy bila nurse ckp baby awk ni dah bsr,dah dgr jantung die..Seronok jek dgr rse cam tak sbr plak..hihi..Harap semuanya berjalan dgn lancar dan selamat.Amin.



Klu suka entri nie Plz LIKE

2 April 2012

New Collection For My Hero


Salam,

Horey!!! sampai jg brg yg di order untuk My Little Boy.

Ape tu?

New bottle feeding with teats lah..Tiap2 tahun mesti cuba brand lain untuk Danish.Dulu masa 1 year guna Tommee Tippee.Kali ni nak masuk 2 year try Brand Avent plak.Yang ni brand Avent Special Edition Blue.
Selalunya Aini beli secara on9 jek senang lg pun kdg2 harga blh dpt murah skit dr pasaran luar.Kali ni beli kat seller KEDAI AVENT MURAH mmg berbaloi harganya.Sape yg nak cari barangan Brand Avent dengan harga terbaik dr ladang blh tgk page die.Urusan pembelian senang dgn seller ni.Walla!!!Promote seh!!

Aini ni suka cari botol yg lain skit drpd biasa kat pasaran .Yang agk unik skit..Bukan apa suka tgk design botol yg cantik2.Ank pun suka bila dpt new botol kan.Hihi..Tak lah boring asyik gne botol yg same jek.


Klu suka entri nie Plz LIKE