12 Disember 2012

5 Kaedah Bersalin


Terdapat 5 kaedah bersalin. Pilihan akan ditentukan berdasarkan keadaan ibu dan bayi.

1. Bersalin spontan melalui vagina
2. Bersalin menggunakan forcep
3. Bersalin menggunakan vakum
4. Bersalin songsang
5. Bersalin melalui pembedahan


1. Bersalin spontan melalui vagina



-Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.

Prosedur

1. Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2. Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.

3. Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4. Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5. Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6. Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.

7. Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan).

8. Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.

9. Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10. Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting.

11. Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12. Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.
kembali ke atas


2. Bersalin menggunakan forcep



Syarat-syarat untuk bersalin menggunakan forsep

1. Doktor akan memastikan serviks telah terbuka sepenuhnya. Ini kerana serviks yang tidak terbuka akan menjadi penghalang untuk menggunakan forsep.

2. Persembahan bayi mestilah sama ada puncak ataupun muka.

3. Kepala bayi harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks.

4. Pundi kencing mesti dikosongkan.

Prosedur

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi san saluran kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran.

2. Doktor akan memeriksa tulang pelvis bakal ibu dan kedudukan kepala bayi sebelum memasukkan forsep.

3. Anda akan diletakkan pada kedudukan lithotomy (kedua-dua belah kaki diletakkan di atas pemegang di bahagian sisi katil).

4. Kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.

5. Sekiranya perlu, doktor akan membuat episiotomi untuk meluaskan lagi bukaan untuk memudahkan forsep dimasukkan dan seterusnya memegang kepala bayi.

6. Apabila forsep telah memegang kepala bayi, doktor akan menarik dan pada amasa yang sama anda perlu meneran untuk membantu bayi keluar.
kembali ke atas


3. Bersalin menggunakan vakum


Prosedur

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.

2. Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.

3. Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy)

4. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.

5. Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.

6. Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.

7. Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.

8. Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.

9. Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.

10. Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.

11. Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.

12. Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.

13. Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.

14. Plasenta akan dikeluarkan.

15. Luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.

16. Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan.


4. Bersalin songsang

Terdapat 3 persembahan songsang:

Extended or frank breech - punggung bersama paha akan dibengkokkan bertentangan dengan dada dan lutut tidak akan membengkok.
Flexed breech - punggung bersama paha akan membengkok bertentangan dengan dada tetapi lutut turut membengkok juga.
Footling breech - lutut dan punggung tidak akan membengkok dan kaki terletak dibahagian bahagian bawah sekali.
Sebelum bersalin secara sonsang, beberapa keadaan perlu dikenalpasti:

1. Bayi mestilah berat kurang dari 2.5 kg.
2. Bahagian punggung tidak terlalu kecil.
3. Pembukaan faraj adalah sepenuhnya lebar.

Prosedur :

1. Anesthesia (ubat bius) digunakan semasa bersalin secara songsang. Episiotomy selalu digunakan untuk membenarkan pembesaran pembukaan faraj. Bahagian punggung akan dibawa keluar diikuti dengan badan dan bahu.

2. Kadangkala forcep digunakan untuk bersalin secara songsang.

3. Jika masa untuk bersalin sudah terlewat, doktor akan memilih cara bersalin secara pembedahan (caesarean section).kembali ke atas


5. Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)


Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.

Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.

Mengapa anda memerlukan caesarean section ?

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:

1. kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :

1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Prosedur

1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.

2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.

3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.

4. Saluran intravena juga akan dimasukkan.

5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.

6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.

7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.

8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.

9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.

10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik

11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.

12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.

13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?

1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .

Mitos

Mitos 1:
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta:
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2:
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta:
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Mitos 3:
Sebelum bersalin seseorang wanita yang mengandung boleh dijangka untuk bersalin melalui faraj atau sebaliknya.

Fakta:
Beberapa kajian telah menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk sesetengah bayi. Kaedah ‘ultrasound mempunyai 10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi. Oleh itu, kebanyakan doktor mendapati kesesuaian seseorang wanita untuk bersalin melaui faraj adalah melalui ujian makmal.



5 comments

Tanpa Nama
12 Dis 2012, 3:50:00 PTG

baca dengan kerut dimuka..

sumpah rasa sakit :(

12 Dis 2012, 5:44:00 PTG

@deqjamucuxx
Hehehe..dan rasa sakit itu adalah merupakan penghapus dosa tau..So bersyukur sbb kita di seorang wanita :)

12 Dis 2012, 5:45:00 PTG

takutnya....

18 Dis 2012, 1:06:00 PTG

errr , takutnyaaa . hihi , kak , mcm mana akak buat reply bawah gambar tuu . buat lah tutoo . please . hihi

18 Dis 2012, 5:15:00 PTG

@Ni Sha
Hehe..yg ni tuto die agak pyh skit klu nk buat..tp xpe klu nak cuba blh jek..Nti akk bt yer :)