13 Mei 2012

Happy Mothers Day


Assalammualaikum
Di kesempatan ini Aini nak ucapkan selamat hari ibu  terutamanya kepada ibu Aini iaitu Puan Khatijah Binti Ahmad, kerana telah melahirkan serta membesarkan dan mendidik Aini dengan sempurna.segala pengorbanan ibu hanya Allah sahaj yang dapat membalasnya.Kepada ibu mertua Aini pun iaitu Puan Norhasimah Binti Hj.Samian terima kasih kerana sudi menerima Aini seadanya sebagai menantu.Aini sayang kedua-dua ibu Aini sehingga akhir hayat..Luv you Mums...:) 

Dan tak lupa jg kepada semua ibu-ibu yang berada didunia ini tidak kira bangsa.Kerana peranan seorang ibu tu merupakan satu anugerah yang telah dikurniakan untuk setiap wanita yang bergelar ibu.Justeru itu sebagai anak kita wajib menyayangi ibu kita walaupun sejahat mana sekalipun die tetap ibu kita sampai bila-bila kerana beliau telah mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini.Tanpa ibu siapalah kita ini.

Akhir sekali nasihat Aini kepada semua anak-anak yang masih mempunyai ibu ingatilah perngorbanan dan jasa baik ibu anda sebelum terlambat.Mohon keampunan sekiranya ada yg telah melukai atau mengecewakan ibu anda.Ibu mana yang tidak sanggup memaafkan anak kandung nya sendiri betul tak.