15 Ogos 2011

Cara Pikat Hati Suami

Hidup berumahtangga ini mempunyai liku-liku kehidupan yang berbeza dengan hidup sendirian.Bagi seorang isteri macam aku ni harus sentiasa menjaga hati suami supaya dia tidak jemu memandang wajah kita setiap hari.Adakala si suami ni bila dah lama mendirikan rumahtangga,dia dh bosan dengan si isteri, tue yg ada tak blik umah lah,balik lewat malam lh,tak duduk kat umah,kuar dengan pompuan lain dan mcm-mcm lg lah kerenah org lelaki ni bila dah bosan dengan seseorang tue.Oleh itu mari kita para isteri menjaga suami kita supaya die tidak memandang pada perempuan lain.
Ikuti cara-cara nak pikat hati si suami:
    • Sentiasa berdoa agar diri disayangi.
    • Sambut,tegur dan sentuh suami sebelum sambung membuat perkara lain apabila dia balik ke rumah.
    • Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari.(pastikan mood suami baik)
    • Berlatih mendengar dan bertanya dengan tepat.
    • Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami.Apa yang lebih penting adalah simpati.
    • Berikam masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.
    • Tanya ibu mertua,adik beradiknya mengenai hadiah yang disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati ketika memujuk.
    • Masak makanan kegemaran suami.
    • Beri pujian mengenai penampilan seperti rambut,wajad dan pakaian.
    • Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
    • Elakkan daripada suami menunggu lama apabila bersiap atau bersolek.
    • Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit dan komen.
    • Ucapkanlah kata-kata sayang yang romatik dua kali sehari.